Assalamualaikum...banyak gi open house? Alhamdulillah, almost every weekend..bukan saja open house, open kedai, open hall, open office, macam-macam venue ada. Selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu kita beraya kan, bersilaturahim, makan-makan, sembang-sembang.
Corat-coret jamuan Aidilfitri di sana-sini. Lupakan hal-hal politik, ini jamuan hari raya PAS Kawasan Batu pada malam 1 Ogos di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar.
Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.
Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.
Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua sudi hadir. Sungguh segak berbaju Melayu merah tua, bersongkok lagi. YB Tian Chua ni memang sporting orangnya dan fasih berbahasa Melayu.
Gambar-gambar dari whatsApp group
Menu hidangan - nasi putih/beriani, kari kambing, ayam masak merah, lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, bihun sup, bihun goreng, nuggets/sosej & buah tembikai. Alhamdulillah..
-----------------------------------------------------------
Ini pula 'open restaurant'..jamuan hari raya Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, bukan di Sarawak, tapi di kotaraya KL. Lokasinya berhadapan dengan Hospital KPJ Tawakal, berhampiran dengan Restoran Haslam.
Makanan yang dihidangkan - mee kolok, mee bandung/mee belacan, nasi kaler hijau (hujan panas kot), rendang ayam & daging, mee/kueyteow goreng, cucur udang, rojak, nasi impit & kuah kacang dan ABC.
panas2 - memasak cucur udang & kueyteow/mee goreng
Alhamdulillah..syukran kepada tuanpunya restoran, semoga bertambah maju dan bertambah rezeki. Pernah sekali makan di sini selepas balik dari Kuching tahun lepas, mencari nasi arok ikan terubuk masin (kes kempunan..tak sempat makan nasi ni semasa di Kuching)..tapi takde dijual..huhu..
-----------------------------------------------------
Ni pula jamuan Hari Raya di pejabat pada hari Isnin 10 Ogos..decoration simple je tahun ni..masing-masing sibuk..
deko deko..lemang mesti ada..
a pot on the stove...kuah lodeh...panas-panas
food galore
Hujung minggu ni, hari Sabtu dan Ahad, ada lagi jemputan open house..penutup bulan Syawal..In shaa Allah, gantung periuk lagi..Alhamdulillah...
BANYAK OPEN HOUSE SEMPENA RAYA TANDA KITA BERSYUKUR DGN LIMPAHAN REZEKI-NYA SAMBIL MENIKMATINYA BERSAMA-SAMA.
ReplyDeleteya, betul..berkongsi kegembiraan bersama-sama...
Deletewow! meriahhh!
ReplyDeletemeriah suasana dan meriah makanan..double wow!!
Deletemmg menternak lemak ni ... heheheee ... sabtu last syawal rasanya . klu ahad tu dah x raya ...
ReplyDeletekebanyakan kejadian berlaku pd hari Sabtu dan Ahad, weekdays kita posa, diet..hihihi..
Deleteoh ya ke, terlajak pulak..hari Ahad mmg ada jemputan makan2..
Telan ayaq liur je saya tengok dari kejauhan nohas.... :(
ReplyDeletetakpe, balik M'sia boleh makan, atau tunggu hari raya haji, In shaa Allah..
Deletewah alhamdulillah rezeki melimpah ruah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sampai x terlarat nak pegi..
DeleteAlhamdulillah..murah rezeki.
ReplyDeleteMakanan pun sedap-sedap nampaknya.
Alhamdulillah..kalau mcm ni sepjg tahun, alangkah bahagianya...mkanan OK sedap semuanya..
DeleteBanyak jugak la lemak yang berjaya 'diternak' dalam badan :D
Deletelepas ni boleh diet..hihi..
DeleteWow meriahnya....... rezeki tu Nohas. Hujung minggu ni gantung periuk lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki..gantung periuklah nampaknya..
DeleteRezeki bulan syawal...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah..raikan Syawal..
Deletetrima kasih berkunjung ke sini..
ReplyDeletemeriah nyer....tapi minggu ni minggu akhir syawal..tinggal beberapa hari jer lagi kan...
ReplyDeleteesok hari terakhir Syawal..ada 2 open house, hari Ahad pun ada jg..terlajak, ramai yg nk buat esok..
DeleteYummy..nasi arok ikan terubuk mmg sedap. Lagi satu nasi arok dabai, walawehhh..lemak masin yg menyelerakan.
ReplyDeletehmm...dua2 tak dapat makan..kena repeat Kuching ni...
DeleteWaaahhh! ini betul-betul beraya ni:)
ReplyDeletetapi yg menarik mata kakak bila Tian Chua pakai baju melayu.
beraya sakan..siang malam..banyak jg koleksi baju melayu YB Tian Chua ni, kalau bersamping lg OK..
DeleteAlhamdulillah syok nye open house
ReplyDeleteMakanan special belaka
yang bestnya lagi part bersembang.
Nohas bila nak review movie?
saya suka baca..
saya kenal blog ni dari entry
Movie review :)
Alhamdulillah..jumpa sahabat2 lama, makan2..
Deletesekrg ni busy sikit, nak publish satu entry pun rasa semput, nanti dah santai sikit, in shaa Allah, saya akan review...bahan dah ada...
seronoknya ... alhamdulillah rezeki. bestnya dapat makan makanan sarawak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..tak dapat laksa sarawak, dpt mee kolok pun jadilah...
DeleteBanyak sangat jamuan...merata
ReplyDeleteAlhamdulillah..merata KL n Selangor..
DeleteSeronoknya! Jamuan raya sana sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sana-sini, sampai tak larat nk pergi..
DeleteSakan menjamu selera di bulan syawal, jangan lupa pada mesin penimbang berat di rumah... hihihih
ReplyDeleteterpaksa lupakan penimbang berat...makan dulu, baru diet..hihihi..
DeleteSyukur nikmat melimpah dari ramadhan hinggalah ke syawal...sronok menjamu selera sambil merapatkan silaturrahim..moga bertemu lagi kita dengan bulan barakah di tahun depan
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki melimpah ruah...ramai yg bersedekah sempena bulan Ramadhan dan Syawal...semoga dipanjangkan umur bertemu lg bulan Ramadhan..
Deletemakan makan...jangan tak makan.
ReplyDeletemalaysian n food berpisah tiada...
hahahaha...
hihii...berlumba-lumba buat open house, Alhamdulillah...
Deletemeriahnyaaa raya best best =) paling grand CT join open house hotel skali tu je..
ReplyDeletethen ada open house rukunt tetangga..
paling suka bulan Syawal...sebab? byk jemputan makan FREE
ReplyDelete