Saturday, 28 November 2015

Ho Chi Minh : Mekong River Tour

Assalamualaikum..

Hari kedua di HCM. Selepas breakfast di hotel, ada panggilan untuk turun, bas dah sampai. Hari ni tour ke Sungai Mekong. Kali kedua bertemu sungai ni, dulu nampak dari atas je di Golden Triangle, Chiang Rai.

Dari hotel, bas menuju ke Restoran Amin di Nguyen An Ninh, ambik satu group orang Malaysia dari Johor. Sakinah datang hantar dua bungkus makanan dan air mineral, bekalan untuk lunch. Kemudian ambik lain-lain peserta, dah cukup korum, off to Mekong River. Jauh juga perjalanan walaupun ikut highway.

Singgah di Mekong Rest Stop area, macam RnR tapi cantik tempat ni. Rasanya semua yang nak ke Sungai Mekong, akan singgah di sini.

 Mekong Rest Stop area

 outlet menjual roti dan buns

 cafe

Dibahagian belakang, ada banyak restoran dengan landskap yang sangat cantik, resort style..



French restaurant

 music room

Kemudian sambung balik journey, singgah di temple ni. Tour guide tu cakap temple ni famous. Masa ni panas bebenor, matahari memancor-mancor.

 temple and the happy Buddha

Tak lama disini, off to Mekong River..sampai di jeti, ada gerai jualan di sepanjang laluan ke bot.

Sungai Mekong
panjang botnya..group tak ramai
banyak tempat kosong

 bot mula bergerak meninggalkan jeti
yuhuu..meluncur di Sungai Mekong

 tour guide 


dah sampai, menyeberang Sungai Mekong

Tempat pertama yang disinggah ialah pusat menternak lebah, dari lebah dapatlah madunya..

 ahli group memegang sarang lebah
lebah yang manja, tak gigit 

 diberi minum teh madu limau dan ada kudapan 
halwa halia, pisang sira dan kuih bepang kacang
biasalah untuk promosi, lepas tu tunjuk pula peket2 untuk dijual

  jalan-jalan di bawah pokok

 yang ni takde dlm itinerari, jalan-jalan, nampak
industri kampung buat gula-gula kelapa
masuk snap gambar, takde orang pun

Jalan lagi, masuk kebun pula, dari jauh dah dengar orang menyanyi. Sampai di dua pondok, dalam pondok pertama tu tengok ramai orang tengah makan buah-buahan, ada ramai orang Malaysia..ada amoi-amoi Vietnam tengah menyanyi dengan suara terpenyek...hihi..nyanyi lagu rakyat kot..lagu-lagu lama, zaman 60an..

 pondok jual durian

Group kami terpaksa tunggu tour guide yang tak sampai-sampai, dok melayan ahli group yang tertinggal dibelakang sebab membeli barang-barang di gerai di tengah jalan tadi..group Malaysian tu la..

Tiba-tiba dari pondok pertama tu, terdengar irama yang sangat familiar, irama catchy..lirik lagu pun macam pernah dengar je..rupa-rupanya depa nyanyi lagu 'Si Jantung Hati'..huhu..berdiri di tepi meja group orang Malaysia..

"Badanku kurus, bukannya kurang makan, mataku layu bukannya kurang tidur,sedih hatiku kerna si jantung hati..oo..oii..si jantung hati"

Suara dahlah terpenyek..macam kelakarlah pulak..group orang Malaysia tu pun sporting habis..siap menyahut, oo..ooi si jantung hati..hehe..meriah suasana..

Ok, tour guide dah sampai. Kami pun masuk duduk di pondok kedua. Dihidang dengan pelbagai jenis buah-buahan potong..

 ada lima jenis buah

 dua orang tengah menyanyi, lepas nyanyi depa bawa bakul
letak kat meja, kot ada sapa-sapa nak bagi sumbangan
kat kami, takde pulak nyanyi lagu 'Si Jantung Hati'
sebab tak ramai org Melayu, group M'sia satu lagi tu org Cina Johor 

Lepas makan buah, jom naik sampan untuk pergi ke bot besar. Naik bot di terusan kecik ni, air keruh dan cetek.


  banyak sungguh bot, sesak di terusan
berselisih dengan bot yang balik dari menghantar penumpang


masa disini, makcik pengayuh sampan tu tunjuk kat atas tebing
sambil cakap 'my house', rumah yg sangat buruk, hampir roboh
malas nak layan, sbb dah tahu, rasanya semua pendayung akan tunjuk
rumah yang sama, nak minta simpati 

 dah sampai di bot besar di Sungai Mekong

Masa ni dah hampir pukul satu, masing-masing dah kelaparan. Ahli kumpulan yang bawa bekal lunch dari Restoran Amin dah buka bekalan dan makan dalam bot. Segan le pulok nak makan, lagipun tour guide cakap nak pergi satu tempat untuk makan. 

Bot meluncur laju, entah ke mana, tak tahu nama tempat yang dituju. Ada dua tiga restoran di tepi sungai tapi tak halal. Kami makan bekalan lunch di sini. Bekal nasi putih, lauk ayam masak sambal dan telur dadar.

Sedap masakannya, mungkin sebab lapar ditambah pula makan ditepi sungai, disapa angin sepoi-sepoi bahasa, menambah selera makan.

 bot berlabuh

Lepas makan, jalan-jalan melawat kawasan. Suasana sungguh redup, banyak pokok-pokok..ada pulak buaian 'hammock'..perghh..memang best layan tido waktu-waktu panas macam ni..take a nap, siesta, qailulah..

Nak baring, baru lepas makan, so kita jalan-jalan dulu. Tengok ramai orang menjerit-jerit di jambatan..ingatkan apa, rupanya depa beri makan buaya..

 banyak buayanya, ada buaya asyik ternganga je, tak bergerak-gerak
ingatkan patung, rupanya buaya hidup..hihi.
memang suspens, tengok buaya ni melompat makan ikan  

 buaya-buaya berendam

Jalan lagi, ada kedai-kedai souvenirs di bahagian belakang. Cantik landskapnya..  

 kedai souvenir

 teratai

Tak minat nak membeli, berpatah balik, tak tahan nak juga berbaring, jom kita berbuai di 'hammock'..what a bliss...

 bestnya

Time's up..kena balik ke bot untuk destinasi terakhir - kilang gula-gula kelapa. Industri kecil & sederhana, kilang dalam kebun kelapa....best pulak environment..sejuk je..

proses secara manual

OK, tamatlah sudah, tour di Sungai Mekong yang mengalir merentasi enam negara - Myanmmar, Laos, Cambodia, Vietnam, China dan Thailand. 

Masuk dalam bas, semua keletihan, tidur di sepanjang perjalanan balik ke bandar. Dah hantar ahli yang lain, tinggal orang Malaysia je, kami semua turun di Malaysian Street, di depan Restoran Amin. Terus dinner di sini.

Order pho ayam dan Vietnamese roll..

Vietnamese roll..sedap, makan dgn sos cili
sos yang kiri tu, kureng sikit..

Lepas makan, pergi ke Kedai Rohani untuk beli tudung, orang kirim..susah ada whatsapp ni, ada je message masuk, order barang...huhu...

Tengok riuh-rendah di jalanraya, penjaja pasar malam, depa ramai-ramai tolak khemah beroda menyeberang jalan..ada yang naik motor, ada yang jalan kaki..pasar malam dah nak start..sekejapan je depa set-up khemah..


  Balik hotel, dah tak keluar, letih bebenor..end of Day 2.

40 comments:

  1. cantik sangat resort tu sis... nyaman jer... dh lama tak berbuai tu... selamat bercuti sis... take ecare

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu RnR tepi highway...depa buat landskap stail resort..memang cantik..

      dah balik...tapi masa berbuai tu rasa taknak balik, best sangat..hihi..

      Delete
  2. seronoknya.. nohas pergi dengan package ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi sendiri, berdua dgn kakak..tapi yg ni ambik local tour..

      Delete
  3. bersantai bawah pokok tu bestnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..nyaman sungguh..sampai beli 'hammock' bawa balik m'sia..huhu..

      Delete
  4. suara terpenyek pun merdu sgt kot nohas...apa saja yg jadi modal bisnis pelancongan dimenafaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah, sedap jg..sesuai kot lagu dgn suara mcm tu....macam2 dijadikan modal utk tarik pelancong...

      Delete
  5. Ramai member yang ke HCM skip trip ke Sungai Mekong ni sebab tak begitu menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugalah tour ni, nak kelainan sikiti + nak larikan diri dari kesibukan kota HCM...hajat utama nak merasa naik bot di Sg Mekong..Geography revisited...hihi..

      Delete
  6. Replies
    1. Hawaii di Asia Tenggara...berangan dulu, nak gi x mampu..hihi..

      Delete
  7. Cantiknya view..Masa pergi HCM, tak sempat nak pergi tempat2 ni sebab member tak abih2 shopping :(
    Saya suka tengok langit biru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak balik M'sia, mmg tak abih shopping di HCM..hihi...nak tengok Sg Mekong sebenarnya ni...besar betul sungainya..

      Delete
  8. Kakak terkekeh sendiri tau No kata suara terpenyek. Lagu tradisi merekalah tu agaknya.
    Walaju apa pun kakak terpaku tengok teratai yg atas air tu cantik sungguh.
    Sambil menikmati sungainya masih boleh makan-makan lagi itu yg seronok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara penyanyi perempuan semuanya mcm tu..entahlah, mungkin kena nyanyi mcm tu kot..

      kebykan tasik dipenuhi dgn pokok teratai..tapi takde yg berbunga..makan ditepi sungai, dgn angin bertiup, memang seronok....hihi..

      Delete
  9. cantik2nya suasana resort.. hijau.. hebatkan industry perlancogan depa ni.. sungai berlumpur pun berlumba2 org pegi.. kita ni haaa.. sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat2 makan diberi hiasan lanskap yang menarik, stail resort, memang cantik dan well-maintained...mmg ramai yg tourist yg ikut tour sungai mekong ni..hebat promosi pekej pelancongan ni..

      Delete
  10. buaya hidup rupanyer., kehkeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ingatkan patung, tak bergerak-gerak, asyik ternganga je..sekali dia ngap, huh! terperanjat..

      Delete
  11. pengalaman begini hanya mampu dirasai sendiri apabila dapat pergi ke tempat begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari dari kesibukan kota HCM, nak merasa naik bot di Sg Mekong..

      Delete
  12. hari yang tenang ya berbanding semalam...menghayati alam,menarik pengalaman cruise tu,tapi selalu dengar org cakap pasal cuaca yg panas tu,brapa average temperature kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hari yg tenang, cuaca yg indah walopun panas..check kt internet, hari tu temperature 33-34 drjh celcius...

      Delete
  13. wah...menarik sungguh bangunan di sana..very french.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg french influence..lain sikit from colonial british..

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryy..Nieda..ter 'remove content'..tengok guna hp, dlm kereta..tertekan..x sempat baca..
      thank you..for your comment..

      Delete
  15. Lebah-lebah manja... hihihi... takper, ai tengok dari jauh aje lah sis heheh X3

    Buaya... erk, dulu pernah pergi tengok crocodile farm somewhere in Bangkok, diorang baling ketulan2 ayam mentah. Ish, ngeri pulak tengok, imagine kalau ada anak orang jatuh ke dalam kolam buaya tu... huhuu ngeri...

    Coconut candy, oh yang tu nampak menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun cuma ambik gmbr je..takut jg nk pegang2..hihi..

      Mmg ngeri tengok buaya2 tu melompat, menyambar mknan..coconut candy tu sedap, natural..tak manis sangat..

      Delete
  16. best best.. memang kalo CT pegi HCM nak naik boat kat Mekong River..
    tapi adeh part buaya tu seram la.. boat tu dahla rendah.. xde buaya ke situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boat yg rendah tu lalu kt anak sungai yg cetek, takde buaya..Mekong River luas betul, yg tu naik bot besar...highly recommended tour ni..

      Delete
  17. mcm x menarik je kat sungai kecik tu ... apa yg ada kat situ ya ... lebah manja klu menyengat , geram juga ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sampan kat sungai kecik tu utk pergi ke bot besar, air sungai cetek, berlumpur..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!