Monday 8 February 2016

Selera Street and MARAkesh

Assalamualaikum..selamat bercuti semua. Cuti-cuti ni kemanakah kita? Tak sanggup nak menempuh 'traffic jam' di highway, kita duduk KL je lah. Dah balik kampung minggu lepas, sempena cuti Hari Wilayah.

Ini cerita cuti Hari Thaipusam. Dah berjanji untuk belanja anak-anak saudara di Seoul Garden. #Janji ditepati. Yang abang dapat good result dalam PT3, yang kakak tengah tunggu result SPM. My sister dgn sorang lagi anak saudara tak join sebab depa tak minat makanan Korea..huhu... 

Seoul Garden yang paling dekat sudah tentulah di Sunway Putra Mall. Sebab awal sangat datang, Seoul Garden buka pukul 11.30pagi, ronda-ronda dulu mall ni. Jom check it out Selera Street, di tingkat 5.


Sebagaimana namanya, begitulah realitinya..tempat makan-makan berkonsepkan tahun 60'an. Ada banyak juga restoran yang famous seperti Boat Noodles, Teochew Chendol, Bakar Station, Kebab Turki..

rojak, asam laksa & cendol
 Lorong Seratus Tahun
Taiyaki, Kebab Turki
 
tempat photoshoot - Warung Haji Putra
kedai runcit Ah Huat
  untuk ke pesta??

Menarik juga konsepnya. Kami tak makan di sini, simpan perut untuk mencekik habis-habisan di Seoul Garden. Dah habis makan di Seoul Garden, bergerak ke Medan MARA untuk join my sister cari barang di sana. Teringat yang kedai komputer/handphone ala-ala Lowyat dah dibuka di Menara MARA. Jom check it out..

 MARA Digital

 Ramai juga pengunjung di hari cuti

MARA Digital menempatkan peniaga-peniaga komputer dan handphone Bumiputera. Walaupun tak besar macam di Lowyat Plaza, tapi ok juga. Bumiputera pun boleh berniaga handphone original, pasaran sangat luas.

Ternampak tulisan Marakesh di atas tulisan MARA Digital. Tertanya-tanya juga apa benda Marakesh tu..nama lebih kurang sama macam Marrakesh di Morocco tu. 

 M-A-R-A-kesh rupanya..hihihi..

Ada banyak outlet jual jubah, tudung, spa pun ada..konsep ala-ala tradisional street shops..berwarna-warni..

  

Menarik konsepnya. Mungkin kalau bukan cuti umum, lebih banyak kedai-kedai dibuka dan lebih meriah..check it out.

36 comments:

  1. MARAKESH SELAIN CARI ALATAN GAJET2 CANGGIH BOLEH JUGA BELI KEPERLUAN LAIN TU SEMUA ADA YA...BAGUS TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam ada dijual disini, bolehlah jln2 bawa seisi keluarga..

      Delete
  2. Mara kesh ye, good idea :) teringat pertama komplek hehe.. the mall dah change kan, tu la dah tak da taman tema. Sedih gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama rasanya takde taman tema kt the mall..pernah jugaklah masuk tmn tema tu masa time belajar dulu...medan mara & pertama komplek berpisah tiada..hihi..

      Delete
  3. Berkenan betul tengok konsep Selera Street tu. Siap ada tempat nak ambil2 gambar lagi :)

    ReplyDelete
  4. cantik deco di sana...mengamit memori

    ReplyDelete
  5. Wow mmg menyelerakan selera street tu,one day nak jejak jugak mara digital tu,mcm best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan gerai2 di selera street..jom sokong org Melayu berniaga di Mara Digital..best jg..

      Delete
  6. yg tempat jual jubah tu tertarik ni nohas pergi mana pun kaknoor mmg nak cari jubah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak butik2 jual jubah n tudung di marakesh..boleh singgah kalau terbang ke KL..

      Delete
  7. lama betul tak datang sini. masih nampak seperti dulu

    ReplyDelete
  8. ada yg x suka mkn makanan Korea..rugi tu...dpt gaji nanti nk bwk adik2 g mkn d Seoul Garden jgklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn Korea ni ada yg ok, ada yg tak memenuhi citarasa, tapi di Seoul Garden, semuanya ok, boleh diterima...berbaloi belanja adik2 di SG ni, mkn habis2an..

      Delete
  9. wow best nya, memang tempat terbaik untuk jalan-makan-cuci-mata ^_^

    ReplyDelete
  10. MARAkesh tu macam best je. MAcam-macam ado. Selera street tu dah pergi masa pesta buku 1 malaysia tapi tak pusing keliling sebab dah penat. Tapi tempat dia memang cantik dekonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan di MARAkesh, ada spa jg..kena buat comeback kt Selera Street, makan2 pulak..

      Delete
  11. Ini kalau masuk semua kedai dan berhenti rasa kakak 3 jam pun belum tentu dpt balik. Tapi kalau dah banyak macam ini seronoknya banyak pilihan. Utk kita sukalah tapi kena abang memang dia tunggu kat satu tempat ajelah hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan-jalan, pusing-pusing, sebelum buat pilihan..rambang mata..hihi..

      Delete
  12. Rupe dia ada skit2 macam kat singapore...

    ReplyDelete
  13. Hihihihi kelako pulak baca notes tu,,nak ke pesta ?... tapi ok gak konsep 60 an ni , unikkan..

    ReplyDelete
  14. Yeayyyy akhirnya dapat komen kat blog akak...


    Assalamualaikum... akak... saya datang nak raya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..berapa kali mau raya daaa...ooo..raya cina lak...lai, lai..hihi..

      Delete
  15. Henfon sewel kna jangkitan virus juOn...
    tu yg x blh komen kt blog semua orang termasuk blog sendiri...

    Blh up new entry and can READ ONLY at others blog...

    Tragik tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik virus juOn, bukan virus zika..

      Alhamdulillah..dah ok..

      Delete
  16. selera street tu...dulu2 Medan Hang Tuah ke?..i.e masa zaman2 the mall dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat, mungkin jg..dulu2 jarang gi foodcourt the mall ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!