Thursday 23 June 2016

Satu Kegembiraan : Iftar

Assalamualaikum, Salam Nuzul Quran..

"Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Robb-nya." (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan orang yang berpuasa akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Kebahagiaan di dunia ini akan dirasakan saat berbuka puasa, kerana Allah telah memberinya kekuatan sehingga dapat melaksanakan kewajipan puasa dan mengizinkan baginya untuk makan dan minum serta hal-hal lain yang sebelumnya dilarang sewaktu dia berpuasa. Dan kebahagiaan di akhirat, ketika dia bertemu dengan  Allah swt, karena dia akan mendapatkan pahala puasanya selama di dunia.   sumber: Ahmadzain

Cerita tentang iftar. Haritu Kak Noor ada publish entry cendawan besar - Portobello Mushrooms berinti Daging dan Keju Mozarella..

Tetiba teringin pulak nak buat...pergi cari bahan2 kat Parkson..sampai rumah, dah pukul 6.30, mula lah bersilat kat dapur...kelentung-kelentang, takde dah nak control2..biaqpi la jiran tetangga nak cakap apa pun..mengejar masa ni..huhu...

cendawan portobello yang besar bagak, ada 4 biji
daging kisar Ramly, guna sliced cheese (murah sikit..hihi)

Intinya saya guna bahan2 basic je: bawang besar, cili kisar, daging kisar dan serbuk lada  hitam, bakar dalam periuk ajaib dan hasilnya, memang juicy...

 buat dua biji, tak cukup..huhu..

 Inti selebihnya buat goreng pasta 
menu berbuka - mee sup, pasta goreng, pai cendawan, bubur lambuk
ikan cencaru bakar & pencicah dan air zam zam 

 Second time, cheese leleh..

--------------------------------------------

Shangri-la lagi, Alhamdulillah. Tahun ni company's iftar di Hotel Shangri-la seperti tahun lepas.


Iftar ni meraikan semua staff dan keluarga, Muslim dan non-Muslim, so memang ramai yang hadir.


Juadahnya...biasalah, buffet Ramadhan.. 

raw oyster & sushi


 penutup - pisang goreng yg sedap

sambil makan, layan live band kat lobby lounge ni
orang pergi solat terawih, ni lepak2 dengar lagu..OMG.. 

-----------------------------------------------------------

Iftar di surau. Marvellous, home-cooked foods. Dimasak dengan kasih-sayang. Ramai juga yang datang membawa kuih-muih, sumbangan untuk berbuka.

Kari kambing seperiuk besar, nasi sedang dimasak
 ayam goreng kunyit

Alhamdulillah, sangat sedap kari kambingnya. Yang best berbuka di surau, dapat berkenalan, merapatkan silaturrahim sesama jiran. Lepas makan nasi, terus bersiap-siap untuk solat jemaah Isyak dan terawih.

Kalau di surau/masjid, boleh je berbuka makan kurma, buah-buahan dan kuih-muih dulu, kemudian solat Maghrib dan lepas tu baru makan nasi, tapi kalau di rumah, memang tak tahan. Mesti nak makan heavy terus, lepas tu mulalah..sengkak...hehe..mengata diri sendiri..huhu..

-------------------

Semoga Ramadhan yang berbaki ni, dijalani dengan peningkatan mujahadah melawan nafsu, istiqomah dalam beribadah wajib dan sunat, terus menerus merebut tawaran pahala yang berlipat-ganda dan menjadi hamba yang tunduk patuh pada yang Maha Pencipta. 

Sekian, wassalam..

36 comments:

  1. Sedapnya lah hai semua menu tu..by the way tahniah sbb berjaya tiru resipi kak noor..nampak.mavelesss sgt tau sis...teringin nak cuba...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap pai cendawan tu, tak cukup rasanya..mesti dicuba..

      Delete
  2. Iftar tak kiralah dimana pun sebab perut tengah lapar semuanya sedap belaka
    Kalau dpt yg teringin macam portobello mushroom tu lagilah best... kakak tak pernah lagi rasa tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa berbuka, mmg semua makanan akan rasa sedap je..sy pun first time mkn cendawan portobello ni..nanti try le, kak..

      Delete
  3. Memang meriah nya menu buka posa ni, Nohas. Mushroom tu betul2 besar la..SB belum penah jumpa lagi jenis yg macm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besar mushroom tu, boleh buat base utk pai...

      Delete
  4. Bagus ofis Nohas..
    Non muslim pun dijemput hadir iftar kan..
    Mereka pun suka menu iftar kita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi tradisi company akan ajak sekali non-muslim utk majlis berbuka puasa, setahun sekali company belanja staff makan2 kt hotel..hihi..

      Delete
  5. seronoknya office akak ada iftar boleh bawak keluarga. sini ramai non muslim jadinya kami tak pernah ada iftar ni. cuma ada makan makan waktu raya je lah. btw cendawan tu nampak mengiurkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendawan tu juicy..hmmm..hihi...setahun sekali gathering, makan-makan macam ni, dgn family sekali...

      Delete
  6. NIKMATNYA BERPUASA DAN BERBUKA...DI SHANGRILA HEBAT TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg belanja makan kt Shangrila..kalau tak, takde le nak gi makan kat sana..mahall..

      Delete
  7. Akan ku cuba buat menu cendawan tu.. Nampak menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..jgn lupa up entry ye...huhu..

      Delete
  8. menarik cendawan tu, minggu ni nak try buat

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah bila dpt berbuka puasa, memang terasa nikmatnya...
    meriah menu, sedap2 semua...
    mudah2an dpt pertingkatkan amalan di 10 malam terakhir ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat makan & minum setelah seharian berpuasa..in shaa Allah, semoga diberi kekuatan utk tingkatkan amalan di akhir2 Ramadhan..

      Delete
    2. Ramadhan makin berarak pergi...rasa sayu juga...moga diterima semua amal ibadat ...aminnn

      Delete
    3. tnggal beberapa hari lg..huhu..count down to Syawal..
      pecutan terakhir..

      Delete
  10. Fuh nampak sedap je cendawan tu

    ReplyDelete
  11. Cendawan tu menyelerakannnya! Selemat menempuh fasa terakhir Ramadhan, kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try..pecutan terakhir - the power of 10 days..

      Delete
  12. Rasa lapar pulak tengok cheese leleh tu...
    Wow...shangri -la....menarik nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah try masak cendawan ni, highly recommended..
      big boss belanja, kita ikut je..hihi..Alhamdulillah..

      Delete
  13. Pandai Nohas masak, bila jemputan untuk pengguna blog ni hehe.. alhamdulillah rezeki nohas kan berbuka tempat best2, honecooked tu paling special kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple2 je, BP..tuk diri sendiri, nak ajak org lain makan..hmm..
      Alhamdulillah, rezeki di bulan puasa..

      Delete
  14. mcm nak cuba je pai sendawan tu satu hari nanti ... bila lah agaknya ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dicobain..lepas raya pun boleh..enak dimakan bila2 aje..

      Delete
  15. isk.. awat rasa macam nak kena p cari gak cendawan tu ehhe.. sedapnya menggoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..harus dicuba, mmg sedap..

      Delete
  16. yummy nya stuffed mushroom tu,Alhamdulillah melimpah rezeki ramadhan..tp pantas je dah blalu pergi,moga btemu lagi bulan barakah di tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba stuffed mushroom...semoga bertemu lagi bln Ramadhan di lain2 tahun..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!