Friday 9 September 2016

Satu usaha yang bagus

Assalamualaikum...

Hospital Mesra Ibadah. Hospital Sungai Buloh. 

Kali kedua ayah dimasukkan ke sini, baru perasan, ada bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk pesakit mengerjakan solat. Yang bagusnya semua bahan-bahan tersebut diletakkan di dinding berdekatan dengan katil pesakit. Memudahkan ahli keluarga/penjaga menolong pesakit untuk bersolat.


dua pilihan - debu untuk tayamum & botol spray air untuk berwuduk
siwak juga disediakan

Disertakan sekali buku panduan solat untuk pesakit

 panduan solat pesakit

“Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keadaan berbaring.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, satu usaha yang baik oleh hospital kerajaan. Semoga jadi ikutan hospital-hospital yang lain juga.

Dikesempatan ini,  kepada muslimin muslimat, selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1437H pada hari Isnin ni...hati-hati di jalan raya..

Jom puasa sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah) 
Hari Sabtu & Ahad, 10 & 11 September 2016 

Selamat bercuti.... 

40 comments:

  1. Usaha yang sangat bagus...

    ReplyDelete
  2. Pendekatan pihak management yg patut dipuji dan dicontohi
    Susah sepatutnya yg sakit kena lebih dekat/ingat/mohon padaNya
    Solatlah satu-satu ibadah yg tak boleh ditinggal selagi ada akal yg waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg patut dicontohi oleh hospital lain, mmg ada usaha NGO2 dtg ke hospital bg tunjuk ajar camner nak solat masa sakit..solat tiang agama..

      Delete
  3. Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. bagusnya rasanya ada beberapa hospital lain yag dh pratikkan juga. Betullah tu masa sakit nilah kita kena lebihkan ibadat n berdoa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha utk KA sekeluarga...ya, betul, dh banyak hospital sediakan kemudahan solat utk pesakit..mudah utk pesakit & keluarga..

      Delete
  4. WAH BAGUSNYA USHA MURNI PIHAK TERLIBAT MENGINGATKKAN KEWAJIPAN UMAT ISLAM WALAU SAKIT...SALAM IDIL ADHA NOHAS MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Idul Adha, Kak PI...usaha murni utk memudahkan pesakit, solat tak boleh ditinggalkan..

      Delete
  5. bagusnya pihak hospital menyediakan kemudahan seperti ini

    singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. prihatin ttg kesulitan pesakit..

      tq singgah di sini..

      Delete
  6. masya Allah ...

    satu usaha dan inisiatif yang sangat bagus

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari raya Aidil Adha in advance buat Nohas sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha, Zana & famili..

      Delete
  8. ptut jadi polisi utk implemen di smua hospital,sangat bagus ni...
    salam raya korban kak nohas...Eid Mubarak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%..semoga ada usaha oleh hospital2 yg lain..

      Selamat hari raya eidul adha..

      Delete
  9. ITU sebahagian tanggunhjwb pihak hospital juga . alhamdulillah , mudah utk pesakit Muslim ... Selamat berpuasa Dan selamat menyambut aidil adha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital yg prihatin..

      Selamat mnyambut hari raya aidil adha..

      Delete
  10. Alhamdulillah, bagusnya hospital tu :)

    Salam Aidiladha sis! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga jadi ikutan hospital2 yg lain..

      Salam Aidil Adha plain..

      Delete
  11. sangat bagus kak usaha ini..selamat berpuasa kak..irda esok insyaAllah kak...berpuasa dgn family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa hari Arafah..& selamat hari raya Aidil Adha..

      Delete
  12. Alhamdulillah mmg bagus sngt
    Patut dicontohi hospital ni oleh semua hospital
    Sbb kebanyakan org sakit akan meninggalkan segala solat semasa dihospital kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mmg patut dicontohi usaha ni, supaya mudah pesakit menunaikan solat..

      Delete
  13. benda-benda beginilah yang amat dituntut oleh orang Islam ketika sakit...tiada alasan untuk tinggalkan solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat itu wajib walopun sakit, dgn adanya usaha sebegini, semoga tiada yg beralasan utk tidak bersolat..

      Delete
  14. ahamdulillah bagus usaha camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital yg prihatin..semoga terbuka pintu hati pesakit nak bersolat..

      Delete
  15. bagusnya..alert juga hospital dgn tanggungjawab umat islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. memudahkan bagi pesakit bersolat..ada hospital yg prihatin sebegini..

      Delete
  16. alhamdullillah bkn semua hospital ada macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital yg prihatin..solat wajib walopun sakit..

      Delete
  17. Replies
    1. semoga hospital lain pun ikut buat mcm ni jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!