Sunday, 2 October 2016

Salam Ma'al Hijrah 1438H

Assalamualaikum...Salam tahun baru hijrah 1438..


Perjalanan agung Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA, kisah yang tidak pernah jemu kita mendengarnya.

Perutusan Ma'al Hijrah daripada Mufti Wilayah Persekutuan

Menekuni sejarah Hijrah Rasul SAW, nescaya kita dapat mengambil sejumlah iktibar dan faedah yang begitu banyak untuk dijadikan penyuluh dalam perjalanan kehidupan kita lebih lebih lagi pada zaman yang penuh dengan cabaran, mehnah dan tribulasi. 

Kami suka untuk mengambil petikan ayat Al-Quran al-Karim ketika mana Rasulullah SAW bersama sahabatnya di dalam Gua Thaur, Allah SWT merakam perbualan kedua sahabat ini, di dalam Surah At-Taubah, yang maksudnya:

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah, 9:40)

Ayat ini jelas menunjukkan betapa sahabat menjadi pemangkin semangat dan motivasi dalam meneruskan sebuah kehidupan. Kefahaman yang betul dalam kebergantungan terhadap Tuhan adalah amat penting.

Begitu juga tidak perlu berdukacita terhadap apa yang berlaku, tetapi lihatlah ia di dalam bentuk yang positif untuk meneruskan kesinambungan hidup. Seterusnya merasakan kewujudan Allah dan kebersamaan-Nya itu menjadi penenang dan penawar yang sejati dalam melayari bahtera kehidupan.

Semoga cahaya hijrah yang akan muncul bersempena dengan 1438 Hijrah kali ini akan membawa sinar bahagia, ketenangan, kejayaan dan keamanan bagi negara kita yang kita cintai juga di dalam kehidupan kita dan akhirnya kita dapat menapak maju menjadi golongan yang berjaya, InsyaAllah. Amin. 

Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan
29 Zulhijjah 1437 H bersamaan 1 Oktober 2016 M

----------------------------------    

Berkata Imam Abu Hurairah RA
"Setiap kali datangnya tahun baru, membuat daku risau dan resah selalu kerana semakin singkat umurku. Semakin dekat ajalku, semakin tipis pengampunan Allah terhadapku. Dan semakin dekatnya hari perhitungan ku"

Selagi ada KEHIDUPAN, UMUR adalah KESEMPATAN
MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
DEWASA lah dengan PENGAJARAN
TUA lah dengan PENGALAMAN   
LAPANG lah dengan KEMAAFAN
SIBUK lah dengan KEMANFAATAN
KAYA lah dengan KEBAIKAN
MISKIN lah dengan KEBENCIAN
KUAT lah dengan KESABARAN
HIDUP lah dengan KETAATAN
MATI lah dengan KEIMANAN
dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN  

sumber: whatsapp  

Selamat tahun baru. Semoga kehidupan, rezeki, fizikal, spiritual, emosi, ibadah, di tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Maaf zahir & batin.    

26 comments:

  1. Salam Ma'al Hijrah sis, sama-sama kita tingkatkan amal ibadat. Thanks for the reminder sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ma'al Hijrah, plain..semoga diberi kekuatan utk meningkatkan amal ibadah..

      you're welcome, semoga bermanfaat..

      Delete
  2. salam maal hijrah juga dan selamat bercuti

    ReplyDelete
  3. Salam maal hijrah kak! Info pembacaan yang bermanfaat untuk kita semua. :) Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah...sama2..semoga bermanfaat..

      Delete
  4. Salam Maal Hijrah juga buat Nohas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah utk Bunda sekeluarga..

      Delete
  5. Salam Maal Hijrah.. hayati erti pengorbanan yg sebenar.. moga kita menjadi insan yg lbh baik.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ma'al Hijrah...pengorbanan umat Islam terdahulu utk kelangsungan agama Islam di bumi Allah SWT..

      Delete
  6. Salam maal hijrah dari kakak juga.
    Mengharap semua yg baik-baik belaka.

    ReplyDelete
  7. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah :)

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut Tahun baru..

    ReplyDelete
  9. Salam maal hijrah to u too dear.
    semoga chapter baru in life lebih membaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..in shaa Allah, berusaha jd yg terbaik..

      Delete
  10. Salam Muharram 1438H...moga kita sentiasa berhijrah ke arah kebaikan dan setiap hari lebih baik dari hari semalam yang telah berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1438...semoga diberi kekuatan utk jd lebih baik setiap hari..amiin..

      Delete
  11. Salam mal hijrah kak nohas. 10 muharam nanti masak bubir tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah JM, tak masak bubur asyura, tapi dapat rasa 2 jenis asyura..yg bubur & yg kuih manis..Alhamdulillah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!