Thursday 25 May 2017

Sabah's Lost World : Maliau Basin

Assalamualaikum, semua...huh! lama juga tak update..sibuk bebenor sebulan dua ni...akan berlanjutan sampai hari raya...huhu...

Tapi takpe, nak up juga satu entri sebelum Ramadhan..kali ni kisah 'dunia yang hilang kat Sabah' Lost world? Ini bukan macam Lost World of Tambun, tempat bersukaria..ini tempat, yang kalau jalan sorang-sorang, highly likely, surely, LOST, lost in the jungle.. 

Teman takdelah pergi tempat ni..cuma tengok dalam buku. Buku yang sangat menarik, tajuknya Maliau Basin, Sabah's Lost World by Hans P. Hazebroek, Tengku Zainal Adlin and Waidi Sinun. Diterbitkan dalam tahun 2004.

"The Maliau Basin, Sabah's Lost World celebrates the many natural wonders in one of the most captivating and mysteriously beautiful protected areas in the world. The Basin has a spectacular crater-like form with a mountainous rim and includes magnificient rain forests, wild rivers, splendid waterfalls and a cool highland plateau"


Baru tahu ada tempat nama Maliau Basin di Sabah, lokasinya di bahagian selatan Sabah, bersempadan dengan Kalimantan. Nak sampai ke sini pun satu adventure, samada dengan sewa helikopter dari Kota Kinabalu atau dengan kenderaan pacuan 4-roda dari Tawau atau Keningau. Perjalanan mengambil masa 5 hingga 7 jam, melalui jalan tak berturap, jalan hutan..memang adventure, style camel trophy..

 
Maliau Basin Conservation Area (MBCA) ialah kawasan hutan tebal yang penuh keindahan alam semulajadi, dengan flora dan fauna yang unik..tempat untuk mereka yang berjiwa kembara yang kental.

"MBCA is an ideal destination for adventure jungle trekking, providing a unique wilderness experience. Wildlife observation, bird watching, nature photography, night walks and night drive along the access roads to spot nocturnal wildlife are some of the highlights. Swimming in Maliau's rivers and waterfalls is very enjoyable"

Selain dari tapak perkhemahan, ada tempat penginapan juga di MBCA..

 lokasi kem - Agathis Camp, Camel Trophy Camp, Rafflesia Camp

 Agathis Camp

 Camel Trophy Camp

Menarik tengok gambar-gambar di Maliau Basin Conservation Area.

 air terjun

flora - Kak PI, ada orkid hutan..cantikk

 fauna - stick insect, menyerupai dedaun

serangga menyerupai dahan pokok

Banyak lagi, dapatkan buku ini dipasaran. Ralit tengok gambar-gambar flora dan fauna dalam buku ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.maliaubasin.org. Pertanyaan mengenai trip ke sini, boleh hubungi Yayasan Sabah, Research & Development Division.
  
Till then, Salam Ramadan Al-Mubarak 

40 comments:

  1. Woah... first time juga dengar nama tempat ni, geng kembara dan hikers mesti suka :D

    Salam Ramadan sis! ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan, plain...tmpat kembara/hiking, best nmpaknya..

      Delete
  2. Kalau bukan hiker tegar memang tak sampailah tempat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg betul2 minat mmg suka tempat2 mencabar mcm ni..

      Delete
  3. wahhh ada ekk tempat nama tu..x pernah dengar..menarik tuu... cuma nak sampai tu ntah bila..walhal sblh Swk jer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time dgr nama tempat ni...nk pegi ke sini, kena ada semangat yg kental..mencabar tmpt ni..huhu..

      Delete
  4. Air terjun tu cantik betul, kalau dpt pegi;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak air terjun di sini, semuanya nampak best..

      Delete
  5. Ada rezeki boleh pergi. Jungle trekking di Maliau Basin memang siok, air terjun semua terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pergi ke?..memang betul, tengok gambar pun dah teruja tgk air terjun di sini..

      Delete
  6. Lamanya laa hai tak mandi air terjun... Kalu terjun sekarang batal tak pose? he he he... Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak batal melainkan sengaja minum air terjun..hehe..
      Selamat Berpuasa SS..

      Delete
  7. Teringinnya nak pergi tempat macam ni. Insha-Allah, tenang aje kan. Selamat Berpuasa, kak Nohas.

    p/s: Saya belum habis studi lagi, sekarang tengah minggu studi sebelum exam. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan tempat mcm ni..unspoiled beauty..Selamat berpuasa, Faarihin..

      study hard..goodluck in your exam..

      Delete
  8. Sekadar singgah nak wish selamat beribadah di bulan ramadhan No.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Kak Zakie, selamat beribadah di bulan penuh barokah..

      Delete
  9. Land below the wind,our nature reserve treasure,pernah tinggal 3 tahun di sana pun masih tak sempat nak explore smua tempat lebih2 lagi yang rare macam maliau basin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tempat menarik alam semulajadi di Sabah...

      Delete
  10. BUKU YG MNARIK DIBACA NI TAMBAH ADA KISAH ORKID LIAR KAN OHAS..MMG KAK SUKA..TKSH NOHAS XLUPASEBUT NAMA KAK..HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok orkid, teringat kat akak, byk jg gambo orkid liar dlm buku ni..cantik..very rare..

      Delete
  11. Saspen..ingat kat nohas pegi sana rupanya dlm buku eheeh

    ReplyDelete
  12. Kak nohas sibuk buat kuih di bulan ramadhan ke or terima tempahan jahitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 idok..hehe..kuih raya beli je...baju raya mak dah buat..

      Delete
  13. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kak nohas..jom terawikh 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. selmaat berpuasa, JM...inshaaAllah, terawih..

      Delete
  14. selamat berpuasa nohas....
    menarik tmpt ni, tapi penuh ranjau dan duri nak sampai ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa 2U2...nk pegi sini pun mencabar fizikal & minda..

      Delete
  15. ingatkan nama hanya di buku rupanya wujud... selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama ni tk tau kewujudannya..selamat berpuasa 2U2..

      Delete
  16. Saya tau pasal tempat ni sebab tengok citer hantu apa tah. Ingatkan hanya rekaan, rupanya betul2 wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada shooting movie kt sini..mesti menarik..

      Delete
  17. baru tahu ada tempat mcm tu disabah..tp memang hijau sungguh...tp irda ni penakot sikit..apalagitmpat lost gini..ingatkan kak nohas p sabah tadi tengok tittle..tq kak for sharing..xpernah sampai ke sabah lagi irda ni..hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt ni mmg penuh kehijauan..best utk hiking, masih tk byk pembangunan..

      Delete
  18. Saya memang suka tempat macam tu. I love jungle. Saya ni orang kampungpersekitaran begitu biasa bagi saya. Tapi yg ni lebih dahsyat. Kampung saya di pingr hutan je. Tapi sekarang hutan tu dah dibangunankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maliau basin ni mmg betul2 protected jungle..kena ada jiwa kental, jiwa pengembara ala2 'camel trophy' baru boleh sampai sini..

      sekarang ni hutan dah banyak diteroka, taman2 perumahan dibuka memenuhi demand manusia..kpg dh jadi separa bandar..

      Delete
  19. Saya dah lama teringin nak ke maliau basin....tapi belum berkesempatan...tempat dia dengar kata memang cantik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul, tengok gambar cantik tempat ni..tapi akk takut jg nak gi sini..nk duduk kt dlm hutan tebal mcm ni, gerun jg..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!