2017 - Tahun Melawat Perak - Visit Perak Year 2017
Untuk 'weekend getaway' bolehlah lari ke utara, ke Kuala Kangsar. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ada tempat, teman pun belum sampai lagi. Pernah buat entry tribute to my hometown, check out old entry - Parlimen P067 DUN N29.
Entry kali ni mengenai masjid lama. Masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak.
Masjid ni dah lama menarik perhatian saya, tapi tak juga singgah-singgah. Sempena cuti Maal Hijrah, Alhamdulillah, berjaya melawat masjid ni yang dah dijadikan galeri.
Galeri Masjid Ihsaniah Iskandariah
Nampak familiar kan seni binanya. Seni bina masjid ni serupa dengan seni bina Istana Kenangan yang ada di Bukit Chandan. Mercu tanda Kuala Kangsar yang popular. Iconic landmark gitu. Mungkin ada yang belum mengenali Istana Kenangan, yang juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas.
Istana Kenangan - sumber: wikipedia |
Jom tengok fakta mengenai Masjid Ihsaniah Iskandariah, sumber dari Jabatan Warisan Negara.
Masjid Ihsaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 bersamaan 11 Februari 1938.
Rekabentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan senibina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
anyaman kelarai bermotif berlian
Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid ini sangat cerah, nyaman dan selesa.
perincian ukiran tingkap
Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dinding. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama dengan warna Istana Kenangan.
Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini sudah musnah.
pintu masuk utama
Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada 2008.
Memang sepatutnya khazanah lama seperti masjid ni dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi baru. Usia masjid ni dah mencecah 80 tahun.
pandangan depan
pandangan sisi
Bagi yang ingin melawat, masjid ni sangat mudah untuk dijejaki. Dari PLUS Highway arah utara, keluar tol Kuala Kangsar. Selepas tol, susur ke kiri menuju ke arah Taiping, akan nampak masjid ni di sebelah kiri selepas jalan susur masuk ke jalan besar (Jalan Kuala Kangsar - Taiping).
Jom cuti-cuti local, dekat jer.
cantik ye..
ReplyDeleteunik..dinding anyaman buluh..
DeleteCantik dan sangat klasik
ReplyDeleteklasik..khazanah senibina Melayu..
DeleteOne word to describe, cantik :D
ReplyDeletehasil seni org kampung dulu2..
DeleteCANTIK N UNIK SENIBINANYA XPUAS DIPANDANG
ReplyDeleteunik kan..muafakat mmbawa berkat, hasil gotong-royong org kampung..
DeleteSeni org dulu2 kan, halus, cantik..Mana nak Ada dah sekarang ni.
ReplyDeleterajin org dulu2 menganyam buluh..sekrg susah nak cari..
DeleteSenibina yang sangat kreatif dan cantik..
ReplyDeleteorg zaman dulu rajin menganyam buluh..
Delete