Assalamualaikum...
Semoga tahun baru ini dan tahun-tahun yang akan datang menjadikan kita sentiasa berhijrah ke sikap yang lebih baik. Hijrah dari pemikiran negatif kepada yang lebih positif. Hijrah dari niat kerana manusia kepada niat kerana Allah semata-mata.
Daripada www.ilmudanulamak.blogspot.com:
Kelebihan berpuasa dalam bulan Muharram secara umum ada disebut oleh Baginda Rasulullah SAW;
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ
الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa
yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang
paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202).
Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram. Sebahagian
ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari
‘Asyura (10 Muharram).
Abi
Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada
hari ‘Asyura? Baginda menjawab;
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari itu
akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Soheh Muslim; 1161/197).
Umat Islam disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari
ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10
dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.
Tujuan
berpuasa pada hari ke 9 ialah untuk berbeza dengan amalan orang-orang
Yahudi dan Nasara yang hanya berpuasa pada hari ke 10. Menurut ulamak;
boleh juga hari ke 9 itu diganti dengan hari ke 11 (yakni berpuasa pada
10 Muharram dan 11 Muharram), berdalilkan hadis Nabi SAW;
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَبُو بَعْدَهُ يَوْمًا
"Berpuasalah
pada 'Asyura, akan tetapi hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang
Yahudi, iaitu dengan kamu turut berpuasa sehari sebelumnya atau sehari
selepasnya" (Riwayat Imam Ahmad dalam Fadhail as-Sihabah; 1951. Musnad
al-Bazzar; 5238. Dari Ibnu 'Abbas RA).
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1440.