Thursday, 13 September 2018

Konbini: Family Mart

Moshi-moshi...

Baru-baru ni teman ada pergi Family Mart, kedai serbaneka Jepun yang buka 24 jam tu. Dalam bahasa Jepun, kedai serbaneka dipanggil konbini.

Walaupun Family Mart ni dah lama ada di Lembah Kelang, sejak akhir tahun 2016, tapi baru ni je teman dapat pergi. Sebenarnya takdelah ambik port sangat tentang kedai serbaneka ni, sebab dah biasa dengan 7-11. Ingatkan sama je, rupanya ada kelainan.

Family Mart di tingkat 2, KLIA2

Teman pergi Family Mart di tingkat 2, KLIA2. Hari Sabtu lepas raya haji dan hari Ahad lepas, yang cuti 4 hari, teman pergi Alor Star, ada urusan keluarga. Dua-dua hari tu, tidur di airport sebab flight awal pagi.

Dekat KL Sentral pun ada outlet Family Mart, nampak masa on the way dari monorail ke tempat ambik bas airport. Malas nak singgah. Dah sampai KLIA2, nak kill time, naik lif ke tingkat 2, nak ronda-ronda kedai, keluar lif, terus nampak Family Mart, jom le singgah..survey kedai...masa ni jadi solo traveller...



Dah asal dari Jepun, banyaklah produk Jepun yang dijual. Rambang mata, banyaknya produk matcha (teh hijau). Harga, memang sedikit tinggi..

 sandwich manis - choco banana


matcha swiss roll

matcha and tiramisu parfait

ingatkan bedak talkum, rupanya teh susu dan latte


matcha candy

snek beras

 sofuto - soft icecream, ada 2 perisa - matcha dan hokkaido melon
ada juga jual kopi panas/sejuk - americano, latte, mocha


beli hokkaido melon...sedap, nyum, nyum


pukul 4.00 pagi, makan oden, terus segaq bijik mata


Oden ialah signature dish kat Family Mart, ala-ala steamboat, kuah tomyam. Ada banyak pilihan - seafood tofu fish cake, crab fish cake, king crab chunk, fish ball, jagung rebus.

Balik dari Alor Star, sebelum ambik bas ke KL Sentral, singgah lagi di Family Mart, nak makan oden. Tunggu oden masak, pekena matcha swiss roll. Swiss roll ni masa kat Jepun dulu dah teringin, tapi tak beli.


just nice, tak manis


 pelbagai jenis fish cake, crab chunk

Kali ketiga ke Family Mart di KLIA2 pada hari Sabtu malam 8/9/18. Flight awal pagi ke Alor Setar. Sebelum pergi beradu di surau, pekena matcha ais krim.
 
tak manis sangat

Di KLIA2, ada dua outlet Family Mart, di tingkat 2 dan 3. Overall, menarik juga Family Mart ni. Barang-barang lain pun ada juga dijual di sini. Dah ada pilihan selain 7-11 dan myNEWS.com.

18 comments:

  1. sekali-sekala cuba makanan jepun best gak kan?

    ReplyDelete
  2. CT suka sandwich telur and tuna mayo. isk sedap ngat aih tapi tula rege mahai. sesekali okayla.. plus kalau kat sana tak brani nak makan sangat so di Malaysia insyallah halal terjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mahal gak...cuma beli swiss roll, aiskrim & oden je kat sini..

      Delete
  3. Cantik nya aiakrim tu, mcm smooth sangat.

    ReplyDelete
  4. Wah! best juga konbini ni ada macam-macam 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pilihan macam2 bento, onigiri, produk matcha..

      Delete
  5. Laaa ada rupanya konbini (convenience store) Family Mart kat KLIA2 dan KL Sentral... awat cheq boleh tak tauuu huhuhuu... thanks for sharing this info sis :'D

    Last time saya masuk konbini Family Mart dulu masa kat Tokyo je, area Kamata. Nampak Meron pan (Melon bun) dan Yakisoba pan (Yakisoba bun) tapi tak berani beli sebab was2 status halalnya... huhuuu. Kat konbini di KLIA2 tu ada tak buns tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru tau..hihi..sbb travel light & travel solo, tu yg boleh naik monorail ke KL Sentral and ronda2 every floor kt KLIA2 nak kill time..

      tak sure ada tak bun2 tu..yg banyak jual bun & sliced cakes kt outlet di tkt 3 (departure)..

      Delete
  6. Adoi.. Duk berkenan nak try oden tu.. Tapi kat area belah sini tak ada lagi nampak FreshMart tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Klang Vlley pun, ada di selected tempat je...

      Delete
  7. betul nohas bila viral dulu baru tahu tak sama mcm 7E.. kena terjah ni tp bkn semua tempat ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa family mart, mesti nak beli matcha aiskrim...betul, tak semua tempat ada..

      Delete
  8. viral gak family mart ni, kan.
    aida lom dpt terjah. takde kat melaka.
    oden tu. hingga viral la resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. femes family mart..ramai betul peminat oden ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!