Hello December...annyeonghaseyo..
Kita mulakan entry bulan Disember dengan senarai program realiti Korea yang menarik, kisah kehidupan yang bisa mengundang air mata, travelog local dan luar negara. Semuanya dah saya tonton, semuanya best bagi saya..nak share dengan korang semua...ke ada yang dah pernah ditonton?
1. Screening Humanity
Ditayang di channel KBS2, mula tahun 2001. Rancangan mengenai kisah kehidupan rakyat marhaen Korea Selatan. Kebanyakannya kisah di luar bandar, kawasan kampung. Macam-macam kisah kehidupan.
Yang saya ingat episod 'My mom, Phuong'. Kisah seorang wanita Vietnam yang kahwin dengan duda Korea anak 3, yang ada ladang garam. Kisah bagaimana dia menyesuaikan diri dengan keluarga mertua, anak-anak tiri, masyarakat disamping menolong suami mengerjakan ladang garam. Dapat lihat cara depa buat garam putih.
Kalau tengok kdrama Prison Playbook, banduan Min-Cheol minat sangat program ni, kelakar tengok mereka buat aerial, nak dapat siaran TV.
Menarik rancangan ni, ada part yang 'habuk masuk mata'...huhu..
2. A Walk around the Neighbourhood
Program KBS 2 juga, mula ditayang pada Januari 2019. Dihost oleh aktor veteran, Kim Joung-chul. Program ronda-ronda, berjalan kaki, melawat kawasan, bertemu dengan masyarakat, melihat kehidupan harian mereka, mencuba local foods.
Dalam episod 45, Joung-chul pergi melawat Gimpo, kawasan disebelah Imjin River, yang bersempadan dengann negara Korea Utara. Masa tonton kdrama Search, teringat episod ni. Kampung dalam drama Search tu sama keadaannya dengan kampung dalam episod ni, setiap rumah ada tempat berlindung bawah tanah. Di kampung tu ada tiang tinggi, tempat letak heller speaker (untuk buat announcement)..
Joung-chul naik bas bersama penduduk kampung
Menarik rancangan ni, bila berjalan kaki akan jumpa banyak kejutan, benda-benda yang tak disangka. Rancangan ni juga ada part ''mata masuk habuk'', heart-wrenching story..sampaikan host pun sebak..
Bila tengok rancangan ni, dapat tau yang ramai warga emas Korea tinggal seorang diri dan mengurus kehidupan sendiri..
3. Life Perfectionist
Rancangan terbitan SBS, menonton di website viu, sekarang ni dah episod 761. Ada 2 segmen, satu food related dan non-food related. Produser mencari restoran, bakeri, gerai yang menjual makanan sedap dan dikunjungi ramai pelanggan. Menyiasat kaedah yang peniaga ambil membuatkan makanan itu sedap.
Segman non-food pula tentang kepakaran dan skill luarbiasa. Mereka ni orang biasa je, tapi boleh jadi luarbiasa. Ada yang buat research sendiri, ada yang melalui latihan, ada yang dah pekerjaan dia hari2, lama2 jadi terer. Macam-macam skill - wild camping, tebar base pizza, terbangkan kapalterbang kertas, mental calculation, baiki handbag, baiki kasut, baiki jam. Yang tebar base pizza tu siap masuk Guinness Book, terer giler. Kita biasa tengok penebar roti canai yang menari-nari, lambung-lambung, masa tebar roti canai, tapi yang ni lagi hebat..Memang menariklah segmen ni.
Tak tercapai akalku tengok macamana specialist ni baiki handbag yang rosak boleh jadi macam baru..mencipta gam organik, melebur kulit utk tampal, buat corak yang sama..kagum betul..
4. House on the Wheels
Program kembara dengan rumah kecil oleh 3 orang aktor - Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Yeo Jin-Goo. Ada 12 episod semuanya, tonton di website viu.
Mereka bawa rumah kecil yang serba lengkap - ada dapur, bilik air, katil, park di kawasan yang cantik - di tepi laut, di tepi bukit, di tepi hutan buluh. Mereka masak-masak dan jemput aktor & aktres jadi tetamu mereka. Antara yang jadi tetamu ialah IU, Hyeri, Jung Eun-ji, Ha Ji-won, Lee Sung-kyung.
Bila tengok program ni, baru tahu yang orang Korea makan daging lembu mentah, yang dipanggil 'beef sashimi'. Dalam episod 1, masa depa beli daging, peniaga tu siap hiris daging, bagi rasa, suruh kunyah, lagi lama lagi sedap, rasa butter. Idok le teman. Masa IU jadi tetamu lagi le, siap pecah telur ayam campur dengan daging mentah, kemudian makan mentah2...kembang tekak..
Dalam program ni juga, dapat tahu yang kumpuian rock terkenal, the Queen ada nyanyi lagu tajuk ''Mustapha"..bila check di youtube, lirik lagu ni Islamik sikit..
Overall, ok juga rancangan ni, walaupun sedikit slow pace..
5. Hometown Flex
Rancangan jalan-jalan melawat kampung halaman beberapa aktor dan aktres Korea Selatan. Di host oleh dua orang city slicker (orang Seoul), pelakon Lee Seung-gi dan Cha Tae-Hyun. Ada 10 episod + 1 special episod.
Bandar yang mereka pergi ialah Busan, Gwangju, Cheongju, Daejon dan Jeonju. Setiap tempat ni mereka dilayan oleh selebriti yang berasal dari tempat ni. Selebriti ni memperkenalkan tempat-tempat nostalgia mereka sebelum jadi selebriti, tempat makan yang best, tempat tinggal mereka dulu..ada part yang sedih bila ada yang pergi sekolah lama dan berjumpa guru mereka.
Producer juga sediakan game yang depa kena main, local vs city slickers. Siapa yang kalah, tak dapat makan, kena gi kedai, masak beli ramen. Kelakar betullah, tak kering gusi. Program realiti kalau ada Lee Seung-gi memang best, tambah kalau selebriti tu pelawak. Di Daejon dan Jeonju, salah seorang selebriti tempatan ialah member program 2 Days 1 Night (2D1N), bertemu dengan host Cha Tae Hyun yang juga member 2D1N..memang meriah betul..
Masa di Cheongju, Seung-gi reunion dengan Han Hyo-Joo..pasangan dia dalam drama Shining Inheritance/Brilliant Legacy.
suka couple ni dalam Shining Inheritance
masa tu depa muda belia, 10 tahun yang lalu
Dalam rancangan ni, baru tahu yang orang korea juga main batu seremban, yang depa panggil 'gonggi'. Masa di Gwangju, Yunho (TVXQ) dan Cha Tae Hyun main gonggi, tiba-tiba jari Tae Hyun cramp..haha..kelakar..
Best rancangan ni tapi disebabkan covid-19, terpaksa dihentikan di episod 10. Dalam Episod 11, host buat summary kesemua 10 episod dan pilih mana yang best bagi mereka.
6. Jung Hae-in Walk-documentary
Pertama kali tengok Jung Hae-in berlakon dalam drama 'Three Musketeer'. Masa tu dia belum popular lagi. Perasan dia, masa dia berlakon dalam drama Prison Playbook. Watak dia sebagai kapten askar yang kena fitnah dan kena penjara atas tuduhan bunuh. Bila check info, dia ada buat vlog travel ke New York. Menarik travelogue dia. Tempat pertama yang dia pergi di New York ialah cari foodtruck the Halal Guy.
The Halal Guy ni memang berasal dari New York, ada cawangan di Itaewon, Seoul. JHI cakap dia pernah makan di Itaewon, nak rasa Halal Guy yang authentic di New York pula.
Tempat-tempat menarik di New York yang dia pergi ialah Roosevelt Centre, Times Square, the raging bull @ New York Stock Exchange, Empire State Building. Asyik makan lobster je dia ni. Paling best masa dia dan 2 orang kawan dia pergi ke Niagara Falls..puas hati tengok view air terjun Niagara..cameraman pun terbaik..close-angle shot..Rasa macam bestnya New York..macam nak pi travel sana..
Inilah 6 program realiti Korea yang best bagi saya, yang menambah pengetahuan am, menyentuh perasaan, buat kita tersenyum, buat kita menangis, jalan-jalan secara maya..
Recommended for viewing..