Sunday, 20 December 2020

Kulit masak lemak

 Pertama kali makan kulit lembu masak lemak
 

Sodap juga, kenyal-kenyal rasanya...kulit masak lemak sama rebung..
air asam perut lembu (babat) & pegedil kentang..sayur takde, sebab dah habis, tinggal ulam raja je, malas nak ambik..
 
Makan di sini..
 
De'Salai Bangi Station @ Bangi Gateway
 
Macam-macam jenis masak lemak ada di sini, masakan nogori, terbaikk..
 
kulit lembu ni pernah makan yang dibuat keropok, selalu jumpa di kedai Minang, kedai nasi Padang, dipanggil juga keropok jangek
 
keropok kulit lembu aka keropok jangek
 
 
you all pernah ke makan kulit lembu? cer citer..

56 comments:

  1. Kulit lembu dalam apa Rupa belum pernah ada rezeki try lagi. Walaupun ayah pure orang negeri hehehe...

    ReplyDelete
  2. belum penah try lagi kulit lembu.. tapi teringin nak try hehe

    ReplyDelete
  3. Tidak pasti pula pernah makan ke tidak kulit lembu.

    ReplyDelete
  4. pernah makan kulit lembu buat sup...makan panas-panas dengan sambal kicap. perghhhh kenyal kenyal rasanya tapi sodap

    ReplyDelete
  5. Pernah makan keropok kulit lembu masa ke Jakarta, tapi tak kena selera. Bolehlah makan sekadar merasa.
    Kat kampung mertua pun pernah masak sup kulit lembu, tapi tak try pun...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok kulit lembu tu dah lama makan, tak tahu yg tu kulit lembu..sedap jg lah..
      teringin nak rasa sup kulit lembu..

      Delete
  6. First time dengar kulit lembu masak lemak..biasa nya perut lembu masak lemak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time jumpa kulit masak lemak..

      Delete
  7. Tak pernah makan kulit lembu. Nampak sedap, masak lemak pulak dengan rebung. Biasanya, masak lemak rebung dengan perut lembu. Yang tu pernah makan. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..yg biasa kita jumpa perut masak dgn rebung...kulit ni jarang jumpa..tu yg terus nak rasa..not bad..sedap jg..

      Delete
    2. nohas, anda adalah salah sorang top commentators kat blog saya.
      https://iamaslowrunner.blogspot.com/2020/12/hadiah-untuk-top-pengomen.html

      Delete
    3. oo..nanti baca entry di sana..

      Delete
  8. Tak penah lagi makan kulit lembu. Huhu. Nice sharing :)

    Eza follow sini tau, follower ke 277.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try kalau jumpa..

      thanks, dah follow u jg..

      Delete
  9. PERNAH JUGA MASAKAN KULIT LEMBU NI SEKALI DULU

    ReplyDelete
  10. Kulit masak lomak tak pernah jumpa laie, kalau jumpa pun mgkn tak makan, huhu.
    Keropok jangek tu pernah makan beli kat kedai masakan Padang, tapi tak boleh masuk sbb kuat naw rasa hamis lembu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok jangek yg saya makan ok rasanya..takde bau hamis..tak tau yg tu kulit lembu, kawan yg beritau yg tu keropok kulit lembu..

      Delete
  11. Wow saya baru tau tentang semua ni tentang kulit lembu hehe

    ReplyDelete
  12. Apa rasa keropok kulit lembu tu? Pernah tengok dalam Majalah 3 dulu tapi tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pertama kali makan, tak tau pun yg tu kulit lembu..rasa mcm biasa je, takde bau hamis lembu..

      Delete
  13. akak datang Bangi lagi roger2 laa.. jom kita makan2..
    im here terperuk sini hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah..teringat jg nk call haritu tapi sbb ada kes urgent, keluar ofis lmbt, sampai Bangi kul 1 lbh..appointmnt kul 2 ptg..

      Delete
  14. Wah! pure masakan nogori 9 tu De Salai Bangi
    Pernah makan keropok kulit lembu tu tapi Mrs. A tak suka hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap masak lemak di sini..mmg pure nogori ni..keropok kulit lembu tu dah lama x mkn..nmpk ada jual kt kedai Nasi Kapau..x teringin nk beli..huhu..

      Delete
  15. Kakmim pn penah mkn kt sini... mmg A+ especially sambal belacannya ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tak ambik sambal belacannya..next time Inshaa Allah..

      Delete
  16. masak lemak cili api daging salai tu pasti yg paling best...sampai keluar peluh sbb tahan pedas n panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada daging salai, ikan keli salai..mmg nampak sedap masak lemaknya..

      Delete
  17. Pertama buka postingan langsung lapar karena disugguhi makanan, hallo apa kabarmu sahabat di seberang sana, semoga selalu sehat dan tetap semangat berkarya di tahun yang baru akan kita mulai. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabar baik Martin..sibuk sekali di hujung tahun ni..capek & lelah..

      Delete
  18. ni kulit lembu putih berseri.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Kedai salai salai ni memang popular dan ramai peminat makanan salai dan masakan lemak cili api. Saya tak makan kulit lembu. Daging lembu pun kurang makan apatah lagi kulit :) tapi ramai sebenarnya penggemar kulit lembu@babat ni. Benda rare ramai cari, itu yang terlajak laris. Tak tahu pulakboleh dibuat keropok. inovasi menarik tu buat kudapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..ramai peminat..masa saya dtg, dah tinggal sikit lauk pauknya..saya pun dh kurang mk daging tapi jumpa kulit masak lemak ni, teringin nk rasa..hehe..

      Keropok kulit lembu tu org Indonesia, Minang dah lama buat kudapan..org kita jarang buat..

      Delete
    2. why not mencuba bila dah ada depan mata kan. Ohh patutlah tak berapa tahu, rupanya kudapan dari sana. Tq for info :)

      Delete
    3. bila dah jumpa, mesti nak cuba..hehe..

      Delete
  20. Menariknya....teringin juga nak cuba kalau jumpa keropok kulit lembu ni nanti ๐Ÿค“

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari di kedai2 minang, nasi padang..kat shopee pun ada dijual..

      Delete
  21. Oh, ini sedap, kak ..
    Kalau di Indonesia dinamakan 'Krecek' untuk yang basah dan kalau yang kering namanya 'Rambak'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali makan kulit sapi masak lemak..enak juga..dah lama tak makan Rambak, ada nampak dijual di kedai nasi padang..

      Delete
  22. Tak pernah makan tapi rasa nak cuba plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time makan kulit masak lemak ni..sedap jg..

      Delete
  23. salam singgah dear.. tunggu awk update blog :)

    ReplyDelete
  24. Biasa kalau masak lemak ni mmg sedap. biarpun x pernah makan kulit lembu masak lemak tapi nampak mcm sedap ja tu ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali makan kulit masak lemak..sedap jg..

      Delete
    2. kalau buat kerabu ni mesti sedap jgk kann

      Delete
    3. mesti sedap...mcm kerabu perut..

      Delete
  25. kedai tu tak jauh dari rumah..baru nak ajak SS g mkn tapi kalau kulit lembu tu..x pernah mkn..biasa mkn perut lembu..nk try lah hihi

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!