Sunday, 29 November 2020

The Courtyards @ the Curve

The Curve Mutiara Damanara diantara shopping mall yang best di Lembah Klang. 

the Curve is Malaysia’s first pedestrianised shopping mall with a fabulous blend of food and retail outlets. Its unique appeal is in its distinct ambience, refined by its wide canopied walkways and its al fresco dining area—divided into Asian and Western Courtyards

Suka tema shopping mall ni, airy and design kemelayuan sikit. Lebih kurang sama tema dengan shopping mall Paris Van Java, Bandung.

 

The Curve
 verandah

 ada dua courtyard, Asian and Western Courtyard. Masa pergi, western courtyard tengah ada renovation.

Asian Courtyard
 
Courtyard ni is a breather for the enclosed space.  Dah penat jalan-jalan dalam bangunan, kita ke courtyard, feel the breeze..
 
water feature and greenery

anak lah ikan lah ikan
 
western courtyard

 Di kawasan courtyard, ada banyak cafe dan restoran
 
al-fresco dining
 
al-fresco dining view from the Street
 

happy weekend, take care!

Thursday, 26 November 2020

Suka iklan Christian Dior ni

Tertarik tengok iklan Christian Dior 
dalam majalah Malaysian Tatler
 

Mula-mula tak perasan apa yang nak diiklankan oleh 3 dara 'black beauty' supermodel ni...rupanya beg tangan..so subtle, not trying hard..
 
ehem, ehem..beg tangan nya pun menarik hati..koleksi musim luruh/sejuk 2020..
namanya Bobby bag
 
hitam itu menawan
 
cuma tak berkenan dengan strap nya
tapi boleh tukar-tukar strapnya
 
strap ni lawa

jamu mata..harga?? yang saiz kecik USD3,250..saiz besar USD4,100..

hmm..dalam mimpi je lah..

 entry santai, stress break..xoxo..

Tuesday, 24 November 2020

Military Thriller : Search (2020)

Assalamualaikum, semua...

Writer's block lately. Takde idea nak tulis apa. oklah, kita review kdrama Search yang baru habis ditonton, genre military thriller..yang bikin jantung copot-copot.. suspense nya drama ni...daebak, awesome sungguh..

 
 
Cuma 10 episod, tapi memang terbaiklah, padat dan tightly written plot. Antara kdrama genre military yang enjoyable selain Descendants of the Sun dan Crash Landing on You.

Sinopsis

Lokasi drama mainly di kawasan Demilitarized Zone (DMZ) di sempadan negara Korea Utara dan Korea Selatan. Drama bermula dengan operasi tentera Korea Selatan yang diketuai oleh Kapten Jo di sektor 21 DMZ pada tahun 1997. Mereka bertembung dengan seorang penyelidik nuklear wanita Korea Utara dan bayi perempuan dia, yang nak berpaling tadah ke Korea Selatan. 

Wanita tersebut sempat menyerahkan bayi dia kepada tentera Korea Selatan. Tetiba datang sekumpulan tentera Korea Utara, mengugut penyelidik wanita tersebut. Kedua-dua belah tentera acu senapang ke arah satu sama lain. Situasi yang sangat tegang. Tiba-tiba ada seorang tentera melepaskan tembakan, diakhirnya, nampak macam semua terbunuh. tapi sebenarnya 5 orang askar terselamat, 4 dari Korea Selatan, seorang dari Korea Utara yang jadi culprit pembawa radioaktif dan juga bayi perempuan korea utara tu.

Kembali ke tahun 2020, seorang tentera, Corporal Oh hilang di kawasan DMZ. Search team diwujudkan untuk mencari Corporal Oh. Bila mayat Corporal Oh dijumpai dan dibawa ke makmal, mayat tersebut kembali hidup, jadi mutant menyerang Son Ye Rim, salah seorang anggota Search team. Search team kemudian kembali ke hutan untuk menangkap 'host' pembawa virus mutant dan cerita sebenar insiden tahun 1997 terbongkar bila camcorder dijumpai.

  Sarjan Yong Dong Jin, dog handler dalam Search team

Memang menarik drama ni, gabungan misteri mutant, military operation, sifat tamak jawatan, kebenaran yang diseleweng, hubungan ayah dan anak. Pertama kali tengok drone askar yang canggih.

 search team

Puas hati dengan ending drama, wrap up dengan baik sekali.

Recommended untuk ditonton.

Thursday, 19 November 2020

Terkaitnya Kita oleh Syaz Eym

Salam hari Khamis..

Alhamdulillah, hari Isnin haritu dapat bungkusan misteri daripada Santai Ilmu Publication..surprise, surprise..

Alhamdulillah, dapat senaskah buku karya sulung blogger Syazni Rahim yang berjudul 'Terkaitnya Kita'..nama penanya Syaz Eym...sedap gak..hehe..

 The book

Buku yang memaparkan koleksi cerpen-cerpen garapan beliau yang sangat menarik. Sebabnya?

Sebabnya setiap cerpen tu berkait diantara satu sama lain..daebakk..sesuai dengan tajuk buku ini - terkaitnya kita. Cerpen yang buat anda tersenyum dan ketawa sendirian..

 "Percayalah, sesungguhnya semua kisah-kisah hidup ini ada perkaitannya. Sama ada kita percaya atau pun tak saja"

Terfikir juga macamana ya buat cerpen berkait-kait macam ni. Mungkin buat site map dulu, buat lakaran, kemudian cari idea untuk kisah setiap yang terlibat...

To Syazni, terima kasih, syukran, for the awesome gift. Tahniah!! keep up the good work in writing fiction and non-fiction. We all support you. Let's celebrate..

 

Kalau readers nak order buku ni, boleh ke blog penulis www.syaznirahim.com atau klik link ni-wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita

Happy reading..

Tuesday, 17 November 2020

Drama Review : The Blooms at Ruyi Pavilion

 Ni hao..review drama mainland China..the Blooms at Ruyi Pavilion..

 Ada sapa-sapa yang layan drama ni tak? 

Cerita zaman dulu-dulu, historical, period drama

Ada 40 episod semuanya, boleh menonton di iqiyi, dramacool, kissasianin, youtube..

Walaupun historical genre, drama ni ada moden vibe sikit dan tak heavy dengan politik istana, adegan lawan pedang, perang-perang semua. Plot-plot jahat tak le kejam sangat. Kiranya drama ni drama ringan, sweet-sweet gitu. Paling best tengok pakaian, perhiasan, cinematografi, cheography kung fu yang menarik dalam drama ni. Kung fu yang jenis terbang melayang..

Sinopsis:

Kisah di negeri Dayu. Male lead, Xu Jin (gelaran Duke Su of Dayu) anak raja no. 4 yang dianggap pembawa malang, kembali ke ibukota Dayu, Hengjing, daripada sempadan, untuk menyiasat kes penyelewengan ration tentera. Mereka yang terlibat dengan penyelewengan ni nak bunuh Xu Jin. Bila tiba di kota, ada pula kes penyelewengan senjata di kem askar. Raja suruh Xu Jin siasat dua kes ni.

Female lead - Fu Rong, anak kedua majistret Hengjing, selalu mendapat mimpi tentang masa depan. Dia bermimpi jadi gundik Duke Su, kena buli dengan isteri Duke Su, Duke Su mati di usia muda dan dia ditanam sekali dengan Duke Su. Yang best heroin ni bukanlah yang budget2 ayu, playing victim tapi jenis yang smart, resourceful, keras kepala juga..

male lead & female lead - Duke Su and Fu Rong

Disebabkan mimpi tersebut, dia berusaha menjauhkan diri daripada Duke Su, tapi takdir menemukan mereka dalam beberapa kejadian. Kelakar jugalah kisah pertemuan mereka.

Fu Rong bekerja sebagai pereka barang kemas di Ruyi Pavilion. Sifu dia ada bisnes sulit iaitu sebagai pencari dan penjual informasi. Ada network yang luas dan terlibat dengan kes-kes high profile. Bila sifu mati kena bunuh, bermulalah cabaran dalam hidup Fu Rong sehingga dia jadi gundik Duke Su.

The villain: Duke Ahn (Xu Ping), bapa saudara Duke Su dan kawan lama Fu Rong. Benci kepada Duke Su kerana percaya Duke Su yang menyebabkan mak dia meninggal dunia dalam kebakaran di kuil.

second couple - Wu Bai Qi dan Fu Xuan

Kisah second couple dalam drama ni pun not bad, menarik juga. Kakak Fu Rong, Fu Xuan dengan general Wu Bai Qi. Comel je. Adik lelaki Fu Rong, Guan Ge such a cutie pie. Cute giler..
 
Fu Rong dengan adik dia yang alahai comel giler
 
Sapa yang minat genre percintaan (sweet bickering) + penyiasatan + keluarga + kungfu fighting scene + kisah-kisah istana, recommended sangat drama ni..will make your heart flutters..
 
 gandingan dua pelakon utama ni sangat best

spoiler: drama ni happy ending..
 
Happy watching..

Monday, 16 November 2020

Pantun yang bikin panas

 Bila Dewan Bahasa & Pustaka keluarkan pantun lama ni...

ada yang panas..katanya tugas wanita bukan hanya masak di dapur 

 takyah le nak 'panas' kan..buat sambal guna blender pun sedap juga, laju je makan, bertambah-tambah nasi...chill..

Saturday, 14 November 2020

Berniaga apa aja, di mana saja

Salam warga Kuala Lumpur..
 
Mulai Ahad ni, 15 November, warga KL boleh berniaga di mana saja, depan rumah, di tepi jalan di kawasan perumahan, asalkan tempat tu selamat dan sesuai untuk berniaga
 

 Alhamdulillah, kelonggaran diberikan oleh DBKL untuk merancakkan kitaran ekonomi rakyat

sejak pandemik Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan
semoga usaha ini membuka peluang untuk mereka mencari pendapatan halal

Marilah kita sama-sama membantu membeli produk-produk mereka ini sebagai sokongan disamping menjaga SOP dan mengamalkan norma baru
 
Diharap juga peniaga-peniaga ni menjaga kebersihan kawasan niaga mereka

#kitajagakita

Friday, 13 November 2020

Uniknya outlet Nando's Prima Sri Gombak

Hari minggu yang lepas, teman ke Sri Gombak, hantar laptop yang dah kaput. Hantar repair di kedai UstazPC di Prima Sri Gombak.

Quality Beyond Perfection...perghh..tagline tak menahan..
 
Inilah pertama kali rasanya jejak kaki di kawasan komersil Prima Sri Gombak. Not bad, best juga kedai-kedai di sini. Ada banyak juga outlet yang femes - Sushi King, JM Beriani House, Paparich, Secret Recipe, Pizza Hut, Nasi Vanggey, Nando's, Tealive, elewsmart..

Jalan-jalan cari makan. Masuk Nando's. Tertarik dengan tema outletnya yang rustic..guna bahan-bahan kitar semula.

kemasan siling dan dinding menggunakan papan-papan yang kelihatan 'rustic'
 
siling
 
meja dan bangku..old school
 
Yang paling win 
<
<
sinki dan bakul sampah....terus teleport ke zaman dulu-dulu...hehe..
zaman-zaman dulu masa kat kampung, kolah tadah air mandi

weii..pertama kali jumpa macam, rustic and classic..
 
jom makan..nasi butter, french fries & ayam sos peri-peri yang masam

lunch set 
 
sos peri-peri Nando's yang femes
 
till then, jaga diri, hiasi peribadi

Wednesday, 11 November 2020

Berpinau dah bijik mata..

 Salam petang Rabu
 
Rest sekejap, update blog...berpinau dah bijik mata..tengok pelan ni semua..
 
 
ditambah dengan check senarai penyewa yang beratus-ratus..huii..cannot work from home cenggini..stress kalau kerja dari rumah..
 
Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala??..hehe..cannot make mistake..zero error..
 
Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Monday, 9 November 2020

Makanan menjadi SAKA??

Salam hari senin..selamat bekerja semua..

Hari Selasa lepas, jalan-jalan di Taman Melawati sebab ada urusan bank, tiba-tiba terjumpa lorong ni...

 Terkejut den..rasa macam mistik pulak, ada lak Lorong Saka..

rupanya disini ada cafe ni

Saka Cafe

Tagline dia - mengancam habis..

"Kesedapan hidangan kami, akan menjadi SAKA dalam hidup anda!"

 hoii, seram nya..haha..saka ni sihir yang diwarisi turun-temurun.

teringin nak makan di sini, rasanya cafe ni buka petang ke malam
 

#takziah kepada waris dan ahli keluarga mangsa yang terkorban nahas kemalangan helikopter di Taman Melawati tengahari semalam. Al-fatihah (dibaca)

Friday, 6 November 2020

Dua yang sama, dua yang berbeza

Apa yang sama, apa yang berbeza? 

Throwback..dalam bulan October 2008, ada buat entry tajuk yang sama. Dalam entry tu ada lah tentang our beloved PM buat persembahan tarian zapin. TSM kan dari negeri Johor. Masa ni TSM jadi menteri apa tah, tak ingat. Saya dan kawan berharap TSM jadi PM sebab TSM sangatlah berwibawa masa jadi MB Johor. Rupanya tahun 2020..dimakbul Allah swt..

Kali ni tajuk yang sama, cerita yang berbeza, tapi tentang Johor juga. Bukan bangsa Johor tapi laksa Johor yang marvellous. Dari dua penjual yang berbeza...

laksa Johor dari Senduk Mama Noorah
harga RM10.00 

nyum, nyum

Laksa Johor yg kedua ni, yang dijual oleh rakan pejabat..harga RM6.00

Walaupun ada sikit perbezaan rasa, dua-dua laksa Johor ini sangatlah sedap..Alhamduilillah..