Monday, 28 December 2020

Brickfields

Hola! happy Monday..

Jalan-jalan sambil kerja ke Brickfields - Little India KL, tempat yang melimpah-ruah pembangunannya, spill-over effect daripada KL Sentral development - pusat pengangkutan utama. 

Bangunan pejabat moden tumbuh bagai cendawan selepas hujan, berjaya menarik penyewa international..google, agoda, shell, general electric..

 Jalan Tun Sambanthan

Menara Shell
Green Building with LEED Platinum certification

Menara Allianz Sentral & NU2

NU Sentral & Menara 1 Sentrum

 
penghias kaki lima

Jalan-jalan, terjumpa yang viral, penjual air teh masala, harga RM1.00..

teh masala - rasa rempah ratus

kempen menjaga kebersihan bandaraya
model yang buang sampah pun cantik
 
countdown to 2021..#staysafe

Sunday, 20 December 2020

Kulit masak lemak

 Pertama kali makan kulit lembu masak lemak
 

Sodap juga, kenyal-kenyal rasanya...kulit masak lemak sama rebung..
air asam perut lembu (babat) & pegedil kentang..sayur takde, sebab dah habis, tinggal ulam raja je, malas nak ambik..
 
Makan di sini..
 
De'Salai Bangi Station @ Bangi Gateway
 
Macam-macam jenis masak lemak ada di sini, masakan nogori, terbaikk..
 
kulit lembu ni pernah makan yang dibuat keropok, selalu jumpa di kedai Minang, kedai nasi Padang, dipanggil juga keropok jangek
 
keropok kulit lembu aka keropok jangek
 
 
you all pernah ke makan kulit lembu? cer citer..

Thursday, 17 December 2020

Ganu Crackers

 Ganu crackers..u'oll..

packaging dah ok, boleh gi international ni
 
kok keras bener keropoknya
 
support local product, beli ganu crackers ni di 7-Eleven
tapi kurang sikit rasanya, keropoknya keras, macam dah lemau
 semoga ada penambahbaikan

yang ni juga yang sedap
 
ok, itu je nak cerita malam ni..selamat malam..

Sunday, 13 December 2020

Cina, Jepun & Arab-Thai

Salam hari minggu..

Sangat busy dengan kerja lately, semuanya nak sebelum akhir tahun. YES - year end sibuk. Ni pun di pejabat, update blog sekejap. Kisah random, kisah makan-makan dalam tahun 2020...

  Restoran Mohd Chan , Seksyen 15, Shah Alam

Teringin nak makan makanan cina, lunch disini lepas habis kerja di kawasan ni.

macam manalah Rich Man Fried Rice tu

order ni - dim sum & dumpling soup - healthy food lah kononnya..

Sushi King Express, Prima Sri Gombak

mengimbau kenangan travel ke Jepun bila tengok dua gambar ni,  Osaka dan Shibuya, Tokyo..huhu..

Chicken Gyoza (ladu ayam goreng) & Nabeyaki Udon

 

Restoran Arab.Thai, eCurve, Mutiara Damansara 

 

 Pad Thai- suka tengok depa hidang macam ni, ada kacang tumbuk, cili kering kisar, taugeh & limau..kalau authentic resto Thai, ada gula pasir juga..


Sekian, selamat berhujung minggu

ada masa saya blogwalking, melawat kawan-kawan..#staysafe

Thursday, 10 December 2020

Hadiah Geng Kuat Komen dari blogger Shida

 

Terima kasih, jazakillah Shida Radzuan

tuan blog Dunia Sebenar Shida diatas kiriman hadiah yang awesome ni..

 USB flash drive and extension

* Thank you very much, I will use it well *

Tuesday, 8 December 2020

Perginya abang ipar menemui Yang Maha Pencipta

Assalamualaikum...
 
Semalam, hari Isnin 7.12.2020, telah pergi abang ipar saya menemui Penciptanya sekitar pukul 6.00 petang di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 


 
 
Abang ipar masuk wad pada hari Sabtu lepas kerana jangkitan kuman. Kemudian diagnos ada organ failure. Pagi semalam, doktor dah panggil waris sebab keadaan tenat. Sempat ziarah arwah dalam pukul 5 lebih, dari KL naik komuter 

stesen keretapi Seremban
 
pemandangan dari koridor depan High Dependency Ward 1 
Tingkat 6 HTJ
 
kakak saya dan adik-beradik, sanak-saudara arwah abang ipar
 
menunggu untuk ke tempat mandi jenazah bhg forensik
 
Van jenazah bergerak ke Kuala Pilah
dikebumikan malam semalam juga
 
solat jenazah di kampung
 
Tamat sudah urusan dunia arwah abang ipar, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin..amiin..Ya Robbala'lamin

Wednesday, 2 December 2020

6 program realiti Korea yang best!!

Hello December...annyeonghaseyo..

Kita mulakan entry bulan Disember dengan senarai program realiti Korea yang menarik, kisah kehidupan yang bisa mengundang air mata, travelog local dan luar negara. Semuanya dah saya tonton, semuanya best bagi saya..nak share dengan korang semua...ke ada yang dah pernah ditonton?
 
 1. Screening Humanity
 

Ditayang di channel KBS2, mula tahun 2001. Rancangan mengenai kisah kehidupan rakyat marhaen Korea Selatan. Kebanyakannya kisah di luar bandar, kawasan kampung. Macam-macam kisah kehidupan.
 
Yang saya ingat episod 'My mom, Phuong'. Kisah seorang wanita Vietnam yang kahwin dengan duda Korea anak 3, yang ada ladang garam. Kisah bagaimana dia menyesuaikan diri dengan keluarga mertua, anak-anak tiri, masyarakat disamping menolong suami mengerjakan ladang garam. Dapat lihat cara depa buat garam putih.

Kalau tengok kdrama Prison Playbook, banduan Min-Cheol minat sangat program ni, kelakar tengok mereka buat aerial, nak dapat siaran TV.

Menarik rancangan ni, ada part yang 'habuk masuk mata'...huhu..

2. A Walk around the Neighbourhood

 
Program KBS 2 juga, mula ditayang pada Januari 2019. Dihost oleh aktor veteran, Kim Joung-chul. Program ronda-ronda, berjalan kaki, melawat kawasan, bertemu dengan masyarakat, melihat kehidupan harian mereka, mencuba local foods.

Dalam episod 45, Joung-chul pergi melawat Gimpo, kawasan disebelah Imjin River, yang bersempadan dengann negara Korea Utara. Masa tonton kdrama Search, teringat episod ni. Kampung dalam drama Search tu sama keadaannya dengan kampung dalam episod ni, setiap rumah ada tempat berlindung bawah tanah. Di kampung tu ada tiang tinggi, tempat letak heller speaker (untuk buat announcement)..

Joung-chul naik bas bersama penduduk kampung

Menarik rancangan ni, bila berjalan kaki akan jumpa banyak kejutan, benda-benda yang tak disangka. Rancangan ni juga ada part ''mata masuk habuk'', heart-wrenching story..sampaikan host pun sebak..
 
Bila tengok rancangan ni, dapat tau yang ramai warga emas Korea tinggal seorang diri dan mengurus kehidupan sendiri..

3. Life Perfectionist
 

Rancangan terbitan SBS, menonton di website viu, sekarang ni dah episod 761. Ada 2 segmen, satu food related dan non-food related. Produser mencari restoran, bakeri, gerai yang menjual makanan sedap dan dikunjungi ramai pelanggan. Menyiasat kaedah yang peniaga ambil membuatkan makanan itu sedap.

Segman non-food pula tentang kepakaran dan skill luarbiasa. Mereka ni orang biasa je, tapi boleh jadi luarbiasa. Ada yang buat research sendiri, ada yang melalui latihan, ada yang dah pekerjaan dia hari2, lama2 jadi terer. Macam-macam skill - wild camping, tebar base pizza, terbangkan kapalterbang kertas, mental calculation, baiki handbag, baiki kasut, baiki jam.  Yang tebar base pizza tu siap masuk Guinness Book, terer giler. Kita biasa tengok penebar roti canai yang menari-nari, lambung-lambung, masa tebar roti canai, tapi yang ni lagi hebat..Memang menariklah segmen ni.
 
Tak tercapai akalku tengok macamana specialist ni baiki handbag yang rosak boleh jadi macam baru..mencipta gam organik, melebur kulit utk tampal, buat corak yang sama..kagum betul..
 
4. House on the Wheels

 
Program kembara dengan rumah kecil oleh 3 orang aktor - Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Yeo Jin-Goo. Ada 12 episod semuanya, tonton di website viu.

Mereka bawa rumah kecil yang serba lengkap - ada dapur, bilik air, katil, park di kawasan yang cantik - di tepi laut, di tepi bukit, di tepi hutan buluh. Mereka masak-masak dan jemput aktor & aktres jadi tetamu mereka. Antara yang jadi tetamu ialah IU, Hyeri, Jung Eun-ji, Ha Ji-won, Lee Sung-kyung.

Bila tengok program ni, baru tahu yang orang Korea makan daging lembu mentah, yang dipanggil 'beef sashimi'. Dalam episod 1, masa depa beli daging, peniaga tu siap hiris daging, bagi rasa, suruh kunyah, lagi lama lagi sedap, rasa butter. Idok le teman. Masa IU jadi tetamu lagi le, siap pecah telur ayam campur dengan daging mentah, kemudian makan mentah2...kembang tekak..

Dalam program ni juga, dapat tahu yang kumpuian rock terkenal, the Queen ada nyanyi lagu tajuk ''Mustapha"..bila check di youtube, lirik lagu ni Islamik sikit..

Overall, ok juga rancangan ni, walaupun sedikit slow pace..

5. Hometown Flex

Rancangan jalan-jalan melawat kampung halaman beberapa aktor dan aktres Korea Selatan. Di host oleh dua orang city slicker (orang Seoul), pelakon Lee Seung-gi dan Cha Tae-Hyun. Ada 10 episod + 1 special episod.

Bandar yang mereka pergi ialah Busan, Gwangju, Cheongju, Daejon dan Jeonju. Setiap tempat ni mereka dilayan oleh selebriti yang berasal dari tempat ni. Selebriti ni memperkenalkan tempat-tempat nostalgia mereka sebelum jadi selebriti, tempat makan yang best, tempat tinggal mereka dulu..ada part yang sedih bila ada yang pergi sekolah lama dan berjumpa guru mereka. 
 
Producer juga sediakan game yang depa kena main, local vs city slickers. Siapa yang kalah, tak dapat makan, kena gi kedai, masak beli ramen. Kelakar betullah, tak kering gusi. Program realiti kalau ada Lee Seung-gi memang best, tambah kalau selebriti tu pelawak. Di Daejon dan Jeonju, salah seorang selebriti tempatan ialah member program 2 Days 1 Night (2D1N), bertemu dengan host Cha Tae Hyun yang juga member 2D1N..memang meriah betul..

Masa di Cheongju, Seung-gi reunion dengan Han Hyo-Joo..pasangan dia dalam drama Shining Inheritance/Brilliant Legacy.

suka couple ni dalam Shining Inheritance
masa tu depa muda belia, 10 tahun yang lalu

Dalam rancangan ni, baru tahu yang orang korea juga main batu seremban,  yang depa panggil 'gonggi'. Masa di Gwangju, Yunho (TVXQ) dan Cha Tae Hyun main gonggi, tiba-tiba jari Tae Hyun cramp..haha..kelakar..

Best rancangan ni tapi disebabkan covid-19, terpaksa dihentikan di episod 10. Dalam Episod 11, host buat summary kesemua 10 episod dan pilih mana yang best bagi mereka.

6. Jung Hae-in Walk-documentary

 
Pertama kali tengok Jung Hae-in berlakon dalam drama 'Three Musketeer'. Masa tu dia belum popular lagi. Perasan dia, masa dia berlakon dalam drama Prison Playbook. Watak dia sebagai kapten askar yang kena fitnah dan kena penjara atas tuduhan bunuh. Bila check info, dia ada buat vlog travel ke New York. Menarik travelogue dia. Tempat pertama yang dia pergi di New York ialah cari foodtruck the Halal Guy. 
 
The Halal Guy ni memang berasal dari New York, ada cawangan di Itaewon, Seoul. JHI cakap dia pernah makan di Itaewon, nak rasa Halal Guy yang authentic di New York pula.
 
Tempat-tempat menarik di New York yang dia pergi ialah Roosevelt Centre, Times Square, the raging bull @ New York Stock Exchange, Empire State Building. Asyik makan lobster je dia ni. Paling best masa dia dan 2 orang kawan dia pergi ke Niagara Falls..puas hati tengok view air terjun Niagara..cameraman pun terbaik..close-angle shot..Rasa macam bestnya New York..macam nak pi travel sana..

Inilah 6 program realiti Korea yang best bagi saya, yang menambah pengetahuan am, menyentuh perasaan, buat kita tersenyum, buat kita menangis, jalan-jalan secara maya..
 
Recommended for viewing..