Thursday, 1 July 2021

Ulasan buku FT : Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Tuhan Manusia

Faisal Tehrani (FT) diantara penulis yang saya suka cara penulisan. Berilmiah, thought provoking dan very engaging. Pertama kali baca tulisan beliau ialah cerpen Senja Haram dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1997.  

Ada buat entry cerpen ni. Boleh baca disini.

Diharamkan? meh baca Senja Haram

Senja Haram: The Debate

Entry kali ni nak review buku Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Tuhan Manusia. Dua-dua buku ni dah lama saya beli, tapi nak menghabiskannya memanglah bercinta...

Sebabnya?.. 

Cinta Hari-Hari Rusuhan tu separa berat, Tuhan Manusia tu memang berat..itu yang ambik masa yang agak lama nak menghabiskan..hehe..

Cinta Hari-Hari Rusuhan

cover buku yang sungguh 'over'..
ini cetakan pertama pada tahun 2000, 
cetakan terbaru lain gambar covernya
ada 288 mukasurat
 
Novel tentang kisah hidup Basri pada dua zaman iaitu pada tahun 70an dan 90an. Basri ialah seorang pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1973 dan seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. 
 
Dia berasal dari keluarga susah di Kedah. Dia bercinta dengan Tengku Valizah, anak seorang ahli perniagaan yang kaya. Tengku Valizah juga pelajar di Universiti Malaya. Walaupun berketurunan bangsawan, Tengku Valizah berjiwa rakyat dan menyokong perjuangan Basri.

Pada tahun 70an, novel ni banyak mengisahkan aktiviti-aktiviti gerakan pelajar yang memperjuangkan pelbagai isu nasional dan antarabangsa seperti isu Palestin dan Zionis Israel, isu setinggan, isu petani. 
 
Gerakan pelajar dalam novel ini sangat aktif dalam mendesak kerajaan dengan demonstrasi jalanan, edaran risalah, rapat umum, pementasan drama, ucapan-ucapan panas pemimpin pelajar, perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri. Banyaklah adegan kena kejar dengan FRU dan polis dan gambaran keadaan rusuhan.
 
Bila pihak berkuasa menggempur, ramai kawan-kawan Basri yang kena tangkap tapi Basri dapat melarikan diri ke luar negara, sebagai pelarian politik, mulanya di Sydney, kemudian di Paris dan akhirnya di London.

Kisah di tahun 90an pula berkisar kepada kisah hidup Basri di Scud Cafe, London. Scud Cafe ialah tempat berkumpul pelbagai manusia yang jadi pelarian. Ada yang lari dari serangan bom atom di Jepun, lari dari perang di Palestin. Scud Cafe juga tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia di London, terutamanya kawan-kawan Basariah.
 
Basri mengenali Basariah apabila dia menyelamatkan Basariah dalam letupan bom di London. Basariah kemudiannya jatuh cinta dengan Basri. 
 
Siapakah Basariah? Bagaimana pula kisah cinta Basri dan Tengku Valizah yang ditinggalkan tanpa khabar berita? Apa yang terjadi kepada Tengku Valizah selepas pemergian Basri?
 
Novel yang menarik..kisah gerakan pelajar di tahun 70an dan kisah-kisah kemanusiaan..

Tuhan Manusia

340 muka surat
pertama kali diterbitkan pada September 2007

Novel ini mengangkat tema yang berat iaitu isu murtad, pluralisme dan liberalisme. Hampir separuh novel ni berbentuk naratif iaitu himpunan kenangan, peristiwa dan dialog yang berlaku kepada watak utama, Ali Taqi, seorang pelajar sekolah menengah.
 
Ali Taqi dalam perjalanan dengan teksi daripada lapangan terbang ke kampungnya yang jauh di utara. Dalam perjalanan tersebut, dia banyak memikirkan isu murtad serta pluralisme agama setelah abangnya, Talha menjadi murtad.

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama".
 
"Pluralisme adalah produk liberalisme dan liberalisme itu pula adalah produk sekularisme. Sekularisme ini  dari awal lagi, mahu menjadikan manusia Islam murtad secara konsepnya."
 
"Sekularisme, istilah yang dicipta George Jacob Holyoake pada pertengahan abad ke 19, bermula sebagai satu sistem etika sosial yang bersikap neutral terhadap sistem kepercayaan agama. Faham ini berkembang dan menjadi antagonistik dan dengan jelas menidakkan peranan dan kepercayaan agama dalam apa jua bidang kehidupan"
 
Novel ni memang sarat dengan ilmu, sarat dengan penerangan, diskusi ilmiah dan perdebatan mengenai kenapa Islam menolak pluralisme dan liberalisme dan bahaya fahaman pluralisme.  
 
Menarik dibaca, untuk diskusi intelek.

34 comments:

  1. Buku-buku karya Faisal Tehrani memang power. Memang menguji minda. Saya perlukan masa yg khusus utk fokus dan menghayati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena betul2 fokus, baru seronok minda baca karya FT..

      Delete
  2. penulis femes n menghasilkan banyak karya penulisan berkualiti tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok minda baca karya FT..tapi saya baru baca 3 je novel dia...hehe..

      Delete
  3. Memang buat kita terfikir.
    Haah gambar novel pertama macam tidak sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan FT ni mmg buat kita terfikir..
      itulah..sakit mata tengok...cover buku tak menggambarkan isi dalam...hehe..

      Delete
  4. Cover buku dia macam buku yang lamaaaa punya.
    Tapi betul, over sungguh cover buku no 1 tu hahaha. Macam tak sesuai pulakk bila tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..style lama, mcm di tahun 70an..betul, cover tak berapa sesuai dengan budaya orang kita..

      Delete
  5. Masa form berapa tak ingat ada satu cerpen faisal tehrani tajuk sehijau warna daun kot. dalam subjek bahasa melayu, buku antologi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada ya kena kupas karya FT ni dlm subjek BM...tak pernah baca lg cerpen tu..

      Delete
  6. huuu segan pulak baca entri ni. saya lambat baca buku bukan sebab isinya berat... tapi tuannya yang berat tangan ^^' Novel kedua tu nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samalah kita, sebab tahu isinya berat, tangan pun berat nak ambik buku tu...
      mmg menarik tapi kena fokus bacanya..

      Delete
  7. Tahu akan penulis ini tetapi belum pernah membaca karya-karyanya

    ReplyDelete
  8. novelnya mcm berat utk dibaca kerana penuh dgn nilai2 intelek n eksotika....
    jom tukar2 blog list dgn saya? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dua2 novel ni tema yg berat..
      ok Abam Kie..bereh!

      Delete
  9. Berat isinya berat lagi nak membacanya..hehehehehehe..
    Inshallah one sweet time cuba untuk membacanya...
    well sy juga suka karya FT ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mula2 tangan berat, kemudian mata pula berat..hehe..
      baca karya FT ni satu kepuasan minda..karya dia yg lama2 tu best..

      Delete
  10. Jenis Mrs. A memang tak bacalah kot nih! huhuhuu...
    Suka bacaan santai-santai sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua buku ni bertahun jg nak habiskan...hehe..

      Delete
  11. Tak pernah lg baca karya FT. Menariknya tulisan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel & cerpen dia mmg best..penulisan yg kreatif..

      Delete
  12. dulu banyak cover novel macam tu..haha

    agak berat juga jalan cerita dia tapi menarik juga cerita mengenai perjuangan Basri. kalau buat filem ni macam best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 novel ni agak berat..nak menghabiskan baca payah jugak..hehe..

      gen xyz, milenial rasanya kurang gemar genre mcm ni, yg veteran rasanya suka..

      Delete
  13. Tak pernah lagi baca karya Faisal Tehrani. Cover buku tu memang over nau pulak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..karya yg bagus. hehe..ha'ah..tak memenuhi budaya org timur..

      Delete
  14. Kalau saya pun, mungkin ambil masa lama kot, nak habis membaca. Buku sekarang yang saya tengah baca ni pun, tak habis-habis lagi. Bila tinggal beberapa hari, start balik baca dari awal. Ntah sejenis perangai pelik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terlupa kot jln cerita, tu yang baca balik dari awal..hehe..

      Delete
  15. Terbaik ulasan Nohas 👍
    Seronok saya baca, sebab kalau saya nak membaca sendiri karya FT ni mungkin ambil masa sangat lama dan mungkin jugak tak mampu nak tamatkan bacaan..hehe. Seperti yang berlaku kepada 2 buah buku FT dalam simpanan saya dulu. Karya FT sesuai untuk pemikiran aras tinggi.

    Nampaknya cover buku Cinta Hari-hari Rusuhan tu tak menggambarkan isi buku. Mungkin ada tujuan lain - nak menarik pembeli atau nak ‘melindungi’ isi cerita berkenaan aktivis pelajar yang mungkin isu sensitif pada masa tersebut.

    Nak citer je, dulu-dulu masa PBAKL saya pernah cuba mengejar FT sebab nak dapatkan signature dia. Masa tu ngam lepas beli Manikam Kalbu atau Bedar Sukma Bisu. Tapi gagal, sebab dia menghilang dibalik pintu dewan…hehe. Itulah kali pertama dan terakhir nampak dia secara live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Ujie..simple je ulasannya..

      betul karya FT ni sesuai utk mereka yg suka penulisan yg serius lg berilmiah..Cinta Hari-Hari Rusuhan tu terbit masa tgh hangat dgn kes DSAI/reformasi thn 1998..hehe..betul, mungkin nak cover isu sensitif masa tu..

      tak pernah jumpa FT secara live..kalau dpt signature FT atas buku2 tu, buat kenangan..

      Delete
  16. Best bareview sis.. Baca review ini pun dah terasa beratnya isi dalam novel ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..dua2 buku ni memang berat tema dia..

      Delete
  17. Cinta hari hari rusuhan tu jalan ceritanya seakan movie pulang, lepak kat cafe London.. wonder Basri pulang? :) best ulasan nohas, enjoyed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh di jadikan movie or drama...Basri balik M'sia as a tourist, itupun Basariah yg pujuk..nak temukan dgn mak dia, Tengku Valizah, bekas kekasih Basri..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!