Tuesday, 27 July 2021

Musang Queen? Jalan-Jalan Cari Durian

Assalamualaikum semua...

Sejak minggu lepas, siang malam dok pulun buat report kerja, belum habis lagi..Alhamdulillah, sibuk itu rezeki..minta maaf ya kawan2, tak sempat nak blog walking, lepas ni saya singgah jalan-jalan..

Hari Ahad minggu dulu, masa puasa hari tarwiyah, mak cakap teringin nak makan kuah durian..so kita pun jalan-jalan cari durian. Dah tahu port jual durian murah ialah di simpang tiga rumpun bambu di Taman Dato' Senu. Kat sini orang jual durian secara longgok..ada juga yang timbang..

RM10 sekilo..murah le kot..kalau di KL ni..
 
durian kampung 2 longgok RM30
satu longgok ada 3 biji

durian kampung - sekilo RM10
10kg RM80 - diskaun RM20
 
durian kawin paksa
beli yang ini, dapat 6 biji RM50 
 
durian lelong
 
musang queen (tekka)
penjual tu cakap lagi sedap dari musang king 
malas nak tanya harga, 
species2 musang ni mesti harga kayangan
 
durian kawin, biji besar, isi nipis
ada juga isi tebal..oklah, semua ok
selamat dah buat kuah durian, 
makan dengan roti jala
 
sekian, kisah jalan-jalan cari durian, 
ada ke yang pernah makan species musang queen (tekka) tu?
 
Durian Tekka (D160) diantara 10 species durian yang terbaik di Malaysia. 
Isinya warna kuning kunyit, rasanya pula berlemak, manis & pekat.
Isinya tebal, biji kecil, mempunyai aroma yang kuat
 

#keep calm and eat durian

44 comments:

  1. Alhamdulillah dpt menjamu selera dgn durian harga pun ok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat ni durian murah, berbaloi beli...selamat dah buat kuah durian..Alhamdulillah..

      Delete
  2. Banyak jenis duriannya. Boleh pilih pilih. Harga macam murah je tu kak. Durian kayangan tak berani nak tanya harga. Terkelu dengar nanti. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harga durian kt sini antara yg murah..durian musang king tu yg dah siap pack, adalah 3 ulas harga RM35..huhu..terkedu dengar..

      Delete
  3. Tak pernah cuba musang queen. Musang king pun tak pernah. Kat manjung ni, durian kampung sekilo dah RM5. Sedapnya buat kuah durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musang King tu pernah rasa, beli yg dah siap pack, masa tu harga dia RM25, nak merasa, pejam mata, beli..hehe..Musang Queen baru first time jumpa..sekilo RM5 tu oklah harganya..

      Delete
  4. Tidak pernah makan Musang Queen.
    Saya bukan gila durian sangat. Makan sahaja apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 masa kecik2 tak tau jenis2 durian ni, makan apa yg ada..bila dah tau, teringin nak rasa jenis2 durian..hehe..

      Delete
  5. Musang king akak hanya mampu tgk ja haha..makan durian kg ja la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musang King tu beli yg siap pack, yg 2-3 ulas tu bolehlah, nak beli sebiji, pakai timbang..berpinau biji mata..

      Delete
  6. Alhamdulillah kotakan permintaan bonda nohas, sedap dapat makan durian, senang dah tahu tempat jualan durian longgok.. Thanks nohas

    ReplyDelete
  7. Tak tau pun kewujudan musang queen. Hihi. Makan durian kampung je. Mungkin dah hujung musim, nampak banyak juga penjual dah turun harga RM10 sekilo. Kira murah la kalau di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai yg panggil nama tu, selalu panggil tekka atau D160..mungkin lambakan buah di pasaran, harga jd murah..

      Delete
  8. So far x pernah lg try durian tekka ni.. X tau plk dia spesis musang queen rupanya heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama lain utk durian tekka...warna kuning kunyit sama mcm musang king, sbb tu panggil musang queen..hehe..

      Delete
  9. Musang queen pun adaaa ya, harga sah sah sama level dengan musang king tu hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kualiti dgn musang king, harga lbh kurang sama...durian premium..

      Delete
  10. SAya lebih suka IOI dan durian kampung.. hehhe

    ReplyDelete
  11. Lps kena vaksin ni bau durian pun rasa nak muntah kak..hehehehehe..tapi klu buat serawa durian makan lak..ngeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Side effect vaksin...hehe..serawa durian dah kurang bau durian..

      Delete
  12. Uish.. Ada musang queen.. Tak pernah jumpa lagi orang jual kat sini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama tak sepopular Musang King..selalu depa panggil D160.. akk pun first time jumpa..

      Delete
  13. Musang queen pun ada ke??

    murah la harga durian dia jual. Tak macam di penang. Harga masih kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..cuma tak sepopular King..

      Yg kat sini murah jg..oo..kat penang masih mahal..byk permintaan tu..

      Delete
  14. sekarang Hans perasan harga durian dah murah-murah
    geram rasa nak beli jer tapi badan sekarang asyik dok rasa panas jer
    hahahaha

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, dah lama tak mkn... musim durian baru boleh buat..hehe..

      Delete
  16. Adoi.. Kena cari durian semula ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara tengah musim, lbh baik makan puas2, lepas ni, kena tunggu tahun depan pulak..

      Delete
  17. bila lambakan durian harga dah murah sikit kan
    kat kg cik Nor jual yg fresh sekilo rm2 dah huhuu
    penatt gilerrr angkut doyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga durian dah murah sikit, pembeli yg untung..
      RM2 sekilo murah tu..penat kutip & angkut lg..

      Delete
  18. Ingat nohas buat lawak tadi, rupanya betul ada durian musang queen..hihi
    Memang tak pernah tau & makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali jumpa..ada panggilan lain utk durian ni..ada yg dah try, katanya sedap..boleh try..

      Delete
  19. Oh! Ada musang queen juga ye. First time dengar.
    Kita tak boleh lupa durian kampung sebab itulah durian yang mula-mula kita makan zaman dulu. Sedap betuldibuat serawa makan dengan lempeng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time dengar..rupanya popular dgn nama tekka..
      dulu2 ada durian kampung je kan..bila muncul species yg baru, teringin lak nak rasa..
      sedap bila buat serawa..

      Delete
  20. Tahun ni harga durian kira murahlah
    Musang Queen tu jenama baru, mana asalnya durian tekka
    harganya lagi murah daripada musang king.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sbb pkp..lambakan durian penyebab harga jd murah..

      betul..ramai yg panggil tekka drpd nama musang queen..oo..musang king lg mahal..

      Delete
  21. Durian Tekka tu rasa dia ada pahit2 skit..SA x berapa suka..sama macam durian musang king..x tau kenapa durian kayangan ni x kena dengan tekak SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka durian tekka..sedap, lemak manis..ooo..tak kena dgn tsste SA..

      Delete
  22. Kalau nk mkn durian betul2 time nk dekat habis musim harga akan jatuh merudum. Hehehe.. harga buah murah nk beli pun tak kisah berap kilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga murah, boleh borong byk2..makan puas2..kalau nk habis musim, lg mahal rasanya..sbb buah sikit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!