Tuesday 18 October 2022

Drama China Era Republican

Nihao..review drama cina era Republikan..

Era Republikan ialah zaman penjajahan Jepun di negara China masa perang dunia ke-2 iaitu diantara tahun 1930 - 1945. Masa ni, China dah moden. Suka tengok suasana time ni, kombinasi budaya cina dan western. The set is stunning, the costume, the train, the building, the house's interior...menarik semuanya..

Jom tengok 5 drama era Republican yang best..

1) Medical Examiner Dr Qin (2016) 


Drama ni ada banyak season. Yang ni yang pertama. Drama penyiasatan melibatkan ahli forensik bernama Qin Ming dan pembantunya yang macam tomboy (Li Da Bao) dan seorang detektif (Lin Tao). Bila melibatkan forensik ni, memang banyaklah scene bedah mayat. Semua kes bunuh, memang gross..
 
Di episod-episod akhir, Dr Qin diperangkap dan dituduh bunuh guru dia. Skrip memang tight, tak dapat nak teka siapa penjahat tapi bestlah drama ni..walaupun kes serius tapi ada comedic relief..persahabatan mereka bertiga..
 

2) Detective L (2019)

 

Drama penyiasatan juga. Mengisahkan heroine, Qin Xiao Man, seorang fresh graduate daripada police academy kena bekerja dengan hero, Luo Fei, seorang detektif terkenal. Macam-macam kisah penyiasatan termasuklah konspirasi kongsi gelap Jepun.
 

3) Fall in Love (2021)

 

Kisah heroine, Mu Wan Qing, yang tinggal di Jepun, kembali ke Shanghai dengan tujuan menyimpan abu mayat mak dia dan juga menyiasat kematian adik lelaki dia. Hero, Tan Xuan Lin, seorang komander tentera yang merampas kuasa di Shanghai. Dia dan heroin bekerjasama menyiasat kematian yang berlaku pada ahli keluarga mereka serta konspirasi jahat semasa zaman Jepun.

4) City of Streamer (2022)

 

Kisah balas dendam heroin (Feng Shi Zeng) dan hero kedua (Meng Xu An) terhadap keluarga hero (Rong Jia Shang). Keluarga angkat Feng jatuh miskin disebabkan kebakaran yang memusnahkan perniagaan bapa angkat dia. Feng dapat tahu daripada Meng yang bapa hero, Rong Ding Kun ialah dalang dalam kebakaran tersebut. Rong Ding Kun ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan terkenal di Shanghai.

Feng berpakat dengan Meng untuk membalas dendam terhadap Rong Ding Kun. Meng pula nak balas dendam sebab Rong Ding Kun dah merosakkan kakak dia dengan ganja, kemudian tinggalkan kakak dia yang sedang mengandung. Feng masuk ke dalam keluarga Rong sebagai tutor untuk anak-anak dia termasuk hero. Hero terjatuh cinta dengan Feng menyebabkan Feng serba-salah nak teruskan niat dia. Bila dah lama menyiasat, terbongkar perkara yang lebih mengejutkan mengenai keluarga sebenar Feng dan Rong Ding Kun.

drama ni best, suka strong female lead, setting dan costume yang cantik. drama yang serius, the business side pun interesting..hero pula hensem, eye candy betul..


5) Checkmate (2022)

 

Kisah penyiasatan ala-ala Agatha Christie dan konspirasi kongsi gelap Jepun di China.

Si Tu Yan, seorang peguam muda dari Peking telah dipecat daripada jawatannya kerana berpegang pada prinsipnya. Dalam perjalanan ke Harbin menaiki keretapi, dia bertemu dan berkawan dengan Luo Shao Chuan, seorang anggota polis daripada keluarga kaya di Harbin. Penjenayah kes Si Tu Yan yang menyebabkan dia dipecat, telah dibunuh dalam keretapi tersebut. Si Tu Yan dan Luo Shao Chuan dengan pertolongan seorang wartawan menyiasat kes tersebut sebelum sampai Harbin.
 
Semasa di Harbin, Si Tu Yan terus jadi penyiasat bila guru dia mati mengejut dalam satu jamuan. Kemudiannya, dia menyelesaikan beberapa kes pembunuhan yang berlaku di Harbin, yang menemukan dia dengan Zhou Mo Wan, seorang guru muzik yang sama-sama membantu dalam penyiasatan. Rupa-rupanya ada konspirasi yang lebih besar yang merancang untuk perangkap Si Tu Yuan.


Banyak juga drama China era republican yang best, yang genre penyiasatan, perisik, anti-Jepun, perniagaan dan lain-lain.

26 comments:

  1. betul drama tema ni memang best, dari costume , plot dan jalan cerita sangat menarik. tapi itulah tak sempat nak tengok, yg dalam list pun berlambak lagi kiv..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok budaya cina & western...tak sempat nak tengok semua, hihi...slow2..

      Delete
  2. wahhhh! teringat dulu-dulu tak pernah miss tonton drama cina petang2 kat tv2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..itu drama cina hong kong...yg ni china mainland..

      Delete
  3. wah bestnya...napa le 8tv tak siarkan citer ni semua. Sekarang tengah dok tenguk who rules the world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tv, tayang drama yg popular...dah tengok 'who rules the world', best kan...

      Delete
  4. No 1 dan 2 dah tengok.. no 3 dan 4 tak tengok lagi.. No 5 tu baru tengok sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no. 3 tu akk tengok x habis, mcm bosan sikit plot citer, yg no. 4 tu tengok masa ongoing, mmg layan habiss...

      Delete
  5. Replies
    1. dah habis tengok... ada yg half way sbb plot x best..

      Delete
  6. menarik jugak. saya pun suka tengok drama yang ada set dan kostum yang cantik. Zaman 1930s ni memang China dan Jepun tengah kemuncak konflik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman Jepun mnjajah negara China, mmg byk konflik & penentangan....costume western + chinese, cantik...

      Delete
  7. ni netflix ke makcik., hehehe

    ReplyDelete
  8. Mesti cantik cinematography zaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik...gabungan budaya china & barat...

      Delete
  9. Saya nonton Ertugrul tak habis2 lagi ni. Haha
    Cerita lain semua kena tolak tepi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tgh tengok Ertugrul jg tapi itulah, bercinta nak habiskan semua season...huhu..

      Delete
  10. Ada masa nanti boleh tengok ni. Sekarang saya sedang pulun marathon The Crown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ada nampak di netflix...sekrg ni layan the Empress & Ertugrul di netflix..

      Delete
  11. Rajinnya layan drama china, nohas ni. Drama china mainland ni, saya kurang tengok, sebab cakap mandarin. Dulu ada la jugak layan drama kantonis, sebelum masuknya drama korea. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best2 citer china mainland, dah puas tengok drama korea...hihi...tukar angin...dah byk tengok drama china,.faham jg sikit2 bahasa mandarin...hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!