Friday 19 April 2024

Filem Terbaik Oscar 2024 - Oppenheimer

 Yaa..berjaya juga menghabiskan filem berdurasi 3 jam ni..

Filem US bertajuk Oppenheimer...


Filem orang bercakap dari awal hingga akhir, genre biography thriller. Walaupun asyik bercakap je, tapi plot dia interesting..kisah nak buat bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.
 
Filem mengisahkan male lead, J. Robert Oppenheimer, seorang ahli fizik teori, yang sedang dalam pembicaraan (Security Hearing) oleh US Senator pada tahun 1954. Oppenheimer ialah mastermind dalam Manhattan Project yang terlibat dengan pembuatan bom nuklear pada perang dunia ke2 iaitu pada tahun 1942. Timeline filem ni bergerak serentak - tahun 1942 dan 1954. Kisah pembicaraan dan kronologi penciptaan bom atom.
 
Cillian Murphy as Oppenheimer
 

Oppenheimer dengan wife, Kitty
 
Interesting plot filem ni....bagaimana depa nak buat bom atom, siap bina satu bandar - Los Alamos dan kumpul semua think-tank, industrial experts & keluarga di bandar tersebut, istilah-istilah fizik, formula²...bagaimana Lewis Strauss dengki dengan Oppenheimer sebab tak setuju dengan pendapat dia..
 
dua tonggak utama - Oppenheimer & General Groves
lakonan Matt Damon
 
Dalam filem ni, ada scene Oppenheimer dengan Albert Einstein, depa diskus teori fizik di tepi tasik.

Bila tengok Oppenheimer kena soal-siasat oleh US Senator, teringat congressional hearing CEO TikTok, Shou Zi Chew oleh US lawmakers..lebih kurang sama..

Highly recommended filem ni..sungguh epik..lakonan mantap, interesting intellectual discussion..tapi the aftermath caused by these atomic bombs is something that cannot be accepted by humankind...too cruel, inhumane...
 
Peace, no war...xoxo..

14 comments:

  1. Saya tengok movie ni, masa keluar wayang, tak lama dulu. Anak ajak. Sebab suka Cillian Murphy punya lakonan dalam Peaky Blinders, layan jugak. Best betul sound effect dia, masa dia test bom tu. Lama bebenor movie ni, kebas bontot. Tapi dia sendiri menyesal kan, cipta bom tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kt wayang mmg best audio visual...semua berdebor je time test bom...jenuh gak nak habiskan...3 jam tu...ha'ah...sesal kemudian tk brguna...huhu..

      Delete
  2. belum tengok lagi.. dah keluar kat netflix or hbo ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. netflix xde lg..hbo x pasti...akk tengok di HiTV..

      Delete
  3. Agak berat theme filmnya ya Kak Nohas. aktornya sepertinya Mbul familier nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, agak berat theme nya..kena fokus...saya baru pertama kali tengok aktor ni berlakon...

      Delete
  4. menarik kisah sejarah kebijaksanaan menghancurkan ketamadunan dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram je tengok....terlampau pandai pun susah jg..

      Delete
  5. Filem ni mmg tunggu2 nak tgk.. tgk siapa berlakon pun dah tahu.. tak sabar nk tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lakonan mantap dari aktor berkaliber...puas hati nonton..

      Delete
  6. Mmg byk jugak baca review cerita ni best. Tapi tak terbuka hati lagi nak tgk hehe

    ReplyDelete
  7. wa.. best.. nti ldy tengok...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!