Tuesday, 11 March 2025

Kunming, China : Ziarah 2 Masjid | Jinma Biji Square

Ahad, 27 Oktober 2024..
 
Hari baru, hari terakhir di Kunming, China.Sepatutnya hari ni kami ke Shilin Stone Forest, tiket keretapi pergi-balik dah dibeli tapi sebelum tidur semalam, rasa malas pula nak pergi bersesak-sesak di hari minggu..so, cancel itinerary ke Shilin, hari ni aktiviti cuma jalan-jalan di dalam bandar sahaja..

Shilin Stone Forest merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kunming. Lokasinya 90km ke selatan Kunming city...
 
Shilin Stone Forest (source: wikipedia)
 
Sebelum keluar, prepare breakfast, 
makan roti dengan canned tuna..Alhamdulillah..
 
sarapan pagi ni..Alhamdulillah..
 
Keluar dari hotel, melintas jalan, berjalan ke arah Nancheng Lu 
 
Nancheng Lu..sapa peminat drama cina
mesti kenal artis lelaki tu kan...hehe..
 
Masuk Nancheng Lu ni sebab disini ada masjid
 
gerai kecik jual makanan halal
 
dari luar memang takde tanda2 macam masjid, tawakal je masuk
 
nampak kalimah 'Laillahaillallah' 
dalam map, nama masjid ni ialah Masjid Yixigong
 
bila nak keluar, ternampak wanita Muslim yang tengah duduk berniaga
 
ada gerai makan di dua-dua belah
 
Berdiri di simpang jalan, panggil Didi, nak pergi ke satu lagi masjid dan
kawasan dataran yang ada Jinma Biji Archway
 
Masjid Yongning
 
peniaga-peniaga di Masjid Yongning
 
entrance ke Masjid Yongning
 
Masjid Yongning
 
Berjalan melintas jalan, menuju ke satu dataran yang luas
Jinma Biji Square yang ada dua archway (gerbang) 

Jinma Biji Square
 
 
Masjid Yongning - view dari dataran
 
Dua archways di Jinma Biji Square
 
Jinma Biji Square ialah central area Kunming City. Disini ada dua gerbang - 
Golden Horse & Jade Rooster Archway
juga dikenali sebagai Jinma Biji Archway
 
Built in China’s Ming Dynasty, it has history of more than 400 years. Right on the central axis of old Kunming city, it is located in the center of downtown Kunming.
 
Jade Rooster Archway
- disebelah barat
 
ada lukisan ayam jantan, juga dikenali sebagai Biji Archway
 
Disebelah timur, ada Golden Horse Archway 

Golden Horse Archway juga dikenali sebagai Jinma Archway
 
Mengikut riwayat, Jinma dan Biji itu ialah nama dua gunung yang terletak di Kunming. Ada satu lagi archway - Zhong-ai Archway yang terletak di utara. Ketiga-tiga archway ni membentuk triangular shape.
 
Ingin mencari lokasi Zhong-ai Archway, kami pun berjalan mengikut arah ini. Masa ni tak tahu lagi orientation..
 
ikut lorong ini..rupanya menuju ke selatan
 
lalu lorong ni, ada banyak kedai jual souvenir
 
restoran halal
 
nampak sabun-sabun ni, cantik le pulak
sabun daripada bunga dan dedaunan
 
Singgah kedai jual sabun ni. Beli sabun buat souvenir
peniaga tu pandai mengayat, bagi diskaun, free gift
daripada nak beli sabun je, terbeli
teh bulat2, kopi 3-in-1
 
banyak sungguh barang...bikin ngiler,,
 
kopi dari Jamaica

Teh yang dibeli, dapat harga 100yuan..
 
sedap tehnya...

Oklah, bergerak-bergerak..tanya kat peniaga tu..kat mana ''Zhong-ai fang"..
dia tunjuk ke arah dua archway tu dan suruh jalan terus lagi..
 
oo..makna, belah sana utara..kami pun berpatah balik ke dua archway..
 
teringin nak beli benda ni yang selalu ada dalam drama cina
gula keras pelbagai bentuk
 
deretan gerai-gerai
 
view di jalan besar
 
Melintas jalan besar ni menuju ke utara, mencari Zhong-ai Archway
Gate of Loyalty and Love - an attribute to Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar 
a famous Muslim politician @ gabenor pertama Yunnan District
 
bersambung...

3 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!