Tuesday, 8 July 2025

Majlis Korban 2025

Assalamualaikum...rentetan daripada entry semalam..

2 hari pi kedai mamak Al-Malik sebab nak order sarapan untuk majlis korban pada hari Ahad, 8 Jun 2025. Baru nak up gambar² majlis korban di hari tasyrik Hari Raya AidilAdha. Bulan Zulhijjah sudah berlalu, dah masuk tahun baru, tapi takpelah kan, nak abadikan di sini untuk kenangan di masa depan..

Saya kena urus bahagian sarapan..so order jelah dari kedai mamak ni, nasi goreng dan mee goreng 30 bungkus semuanya..kena hantar ke tempat penyembelihan di Batu 9, Jalan Gombak..tak jadi hal, musim cuti jalan lengang, tambahan pula di awal pagi..

Selepas hantar sarapan, balik ke dewan, untuk acara rewang, buat persiapan untuk memasak makan tengahari/kenduri...

tempat bela lembu & kambing
disini juga tempat penyembelihan korban

 

sembelih lembu & kambing di sini
 
Di sini para muslimin je yang bertugas melapah
 
di sini, daging dilapah besar²
 
kemudian dibawa ke dewan 
 
daging di bawa ke Taman Koperasi Polis Fasa 2

Muslimin sambung melapah dan memotong daging di sini pula
 
sambung memotong
 
 kaum wanita turut membantu
 
selesai sudah, tunggu untuk ditimbang
 
memasak daging black pepper
 
Menu kali ni daging black pepper dan sup daging yang dimasak on the spot
kari kambing takde, sebab chef nya pergi haji 
yang lain, sup kambing, ayam goreng kunyit
nasi putih dimasak awal, ada yang volunteer nak masakkan
ada sambal belacan dan ulam-ulaman
 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar 
makanan sedap, ada lebih boleh tapau... 

28 comments:

  1. Alhamdulillah..semua ada tugas masing-masing. Bekerjasama dengan baik dan lancar majlis korbannya. Sedap tu dapat makan lauk daging segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua berjalan lancar...sedap daging masak black pepper..sup daging pun terbaik!..

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Amalan yang dituntut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sama2 menyumbang utk korban, sama2 gotong-royong utk kenduri..

      Delete
  3. Syiok lepas majlis layan daging baru sembelih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiokk...daging segar, sedap semua makanan..

      Delete
  4. Raya haji dah berlalu tapi ada cerita raya haji rindu la pulak nak makan daging korban. Hihi. Feel makan daging korban dengan daging kita beli sendiri tak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging korban ada lg dlm peti es..Alhamdulillah, tahun ni dapat banyak...betul, lain feel nya..maklumlah, daging ibadah..

      Delete
  5. alhamdulillah.. bagusnya amalan macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...amalan setiap tahun, InshaaAllah..

      Delete
  6. meriah tu sama2 kerjakan daging korban tu..kita pn xabis lg update entry aidiladha hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok..bergotong-royong...abadikan kenangan hari raya di dalam blog..

      Delete
  7. Sedapnya daging masak black pepper. Biasanya kalau masak untuk ramai-ramai gini buat sup daging je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap..menu wajib setiap tahun...sup daging pun ada jg..

      Delete
  8. waahhh sedapnya daging black pepper! seronok masak ramai2 camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...menu wajib setiap tahun...seronok, cepat je siap...ramai yg menolong...

      Delete
  9. alhamdulillah selesai ibadah korban n kendurinya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah seronok tengok Ibadah korban dilakukan sama2 gotong royong. Daging black pepper sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok...cepat je siap..ramai yg menyumbang tenaga...menu wajib setiap tahun...hehe..

      Delete
  11. Meriah dan teratur semuanya, alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...masing2 bersiap siaga menyumbang tenaga..

      Delete
  12. Sangat bekerjasama..subahanallah alhamdullih..nikmat ini hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nikmat berkerja dalam pasukan..ukhwah fillah..

      Delete
  13. Bestnya, seronok ada aktiviti gotong-royong macam ni, sempena korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok...bekerja sama menjaya program...

      Delete
  14. Seronok dapat melibatkan diri gotong royong aktiviti korban ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokkk...lepas potong-memotong, masak-memasak, kita makan-makan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!