Salam semua...
Kembali ke pejabat semalam (hari Rabu) selepas cuti 4 hari. tak kemana, ada di KL je..tapi nak on laptop, takde kederat..hehe..oklah nak abadikan kenangan di masa Hari Raya Haji, hari Rabu lepas...pertama kali join aktiviti melapah lembu korban di surau dekat rumah..first time kome (malunya..hihi)..
Jom tengok acara sembelihan..ada 9 ekor lembu semuanya..
lembu-lembu yang dah disembelih, dipotong besar-besar, dibawa ke surau..
digantung macam ni, untuk dipotong kecil-kecil pula
saja..boleh tukar2, tengok mana yang tajam..
kita ni bidan terjun je, so takdelah T-shirt seragam,
join group Lembu 1, awallah kena buat kerja
Dah habis awal, kita snap-snap gambar pula
Selepas solat Zohor, acara pembagian daging korban kepada peserta,
ajk surau, pembantu2, asnaf dan orang ramai
Acara kemuncak yang dinanti-nantikan - free lunch menu daging korban, daging fresh
menu - kari daging, sup daging, daging goreng belengas
dengan nasi putih, sambal belacan & sambal kicap
Alhamdulillah, sedap semuanya..












Ibadah korban saham akhirat..Di KL masih ada pepohon memayungi kan redup suasana..banyak ya lembu korban..alhamdulillah..
ReplyDelete