Thursday, 6 August 2026

Pasar Malam di Bandar Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua...

Hujung minggu lepas, balik kampung. Ambil cuti hari Jumaat, balik semula ke KL hari Ahad.

Hari Jumaat ada pasar malam di bandar Kuala Kangsar. dah lama tak gi sini. Dah semakin luas pasar malamnya. Bangunan pasar dah dirobohkan, tapaknya dah dibaiki dan dibuat tapak pasar malam.

kawasan pasar malam
bangunan yang nampak dibelakang tu ialah bangunan pejabat
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
 
moh kiter explore, mother nak beli lemang
 
beli lemang di sini - Hadi Lemang Bakar 
 
 
RM10.00 for 5 ketul
 
mesti beli nih
 
selepas beli, berlenggang pergi
 
ada gak laksa macam nih..
tak pulak gi riki-riki
 
last day jual RM5.00, minggu depan dah naik RM6.00
beli 2 bekas laksa
 
 
murtabak legend Haji Midin 
  
berbaloi murtabak macam ni..inti tebal

 jalan-jalan tengok suasana..beli apam lenggang, lemang
laksa penang, nugget & bebola ikan..jadilah buat makan malam 
 
kalau kome ada di Kuala Kangsar hari Jumaat
 jangan lupa singgah pasar malam ni 

No comments:

Post a Comment

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!