Friday 3 June 2022

Drama Arab : Justice (2017)


Assalamualaikum...

Review legal drama yang menarik dari negara United Arab Emirates (UAE). Drama keluaran Netflix dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Abu Dhabi. Abu Dhabi ialah ibu negara UAE. Bandar lain yang femes ialah Dubai.

Co-created by Emmy winner William Finkelstein ("L.A. Law"). 
Based on real Sharia cases from Abu Dhabi Judicial Department.
 
Semuanya 18 episod, berdurasi 32 - 49  minit.
 
Lakonan peguam, public prosecutor dan hakim, semuanya mantap. Scene perbicaraan dalam mahkamah pun terbaik. Ini baru real..kita yang menonton rasa teruja minda tengok perbicaraan yang mantap, penggulungan daripada peguam cara dan peguam bela serta hakim, memang best lah. Kes mahkamah pula pelbagai, ada kes keluarga, ada kes jenayah, kes bunuh, kes penipuan internet, kes medical, kes buli, kes kahwin sebab nak kerakyatan. Kes sebenar, best je semua kes.
 

Drama berkisar tentang Farah, seorang peguam yang baru balik dari US. Dia tak nak join firma guaman bapanya kerana nak bekerja sendiri. Bapa dia, Hasan Ahmad ialah seorang peguam terkenal. 
 
 
Drama memaparkan kes-kes guaman yang dikendalikan oleh Farah dan bapa dia. Walaupun siasatan tentang kes tak berapa detail tapi scene perbicaraan di mahkamah sangat best.

Selain kes-kes mahkamah, drama juga mengisahkan keluarga Hasan Ahmad yang harmonis. Kisah adik-adik Farah - Rashid dan Leila dan juga ibu mereka, Fatima.

keluarga Hasan Ahmad


Hasan Ahmad dan isteri ialah ibubapa yang berfikiran moden dan terbuka, yang sentiasa support pilihan anak-anak tapi at the same time, menyiasat dan ambil tahu. 
 
Contohnya, bila Rashid beritau dia tolong kawan untuk konsert penyanyi rock, bapa dia tanya staff dia tentang penyanyi rock tersebut. Bila Leila bekerja dalam pejabat professor lelaki dan semacam rapat dengan professor tu, Hasan upah penyiasat untuk siasat latar belakang professor tersebut.

Fatima juga seorang ibu yang rational. Bila Leila tak nak gi melawat kawan dia yang ditahan di hospital sakit mental, Fatima bagi nasihat supaya tidak lupakan kawan ketika mereka susah. Bila Rashid tak nak kongsi bilik dengan Gholam (budak yang lari dari rumah), Fatima beri nasihat supaya kita mesti berlapang hati menerima tetamu.
 
Bila tengok drama ni, tak sangka ada perkataan Bahasa Melayu rupanya berasal dari bahasa Arab seperti mahkamah, syarikat, mustahil, soal, jawab, hakikat, maklumat...

Drama ni ada scene di Ferrari World, the world's largest indoor theme park di Abu Dhabi..

Ferrari World Abu Dhabi
the first Ferrari-branded theme park
 
Sesekali tengok drama Arab best juga...berbeza pakaian, bahasa, suasana..

Syukran..

22 comments:

  1. menarik. rasanya seumur hidup tak pernah tonton drama Arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, first time tengok drama Arab...best jg..

      Delete
  2. oooo ada kt Netflix ye, boleh layan ni

    ReplyDelete
  3. Rajinnya nohas layan drama bersiri di Netflix. Saya biasa tengok movie je.
    Cantiknya taman tema kat Abu Dhabi tu.
    Dulu, arwah mak saya rajin juga layan drama Arab kat tv. Dia punya lagu sebelum start satu-satu episod tu, 5 minit, baru cerita start. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan2 tengok..hehe...taman tema ferrari..nampak gah...drama arab moden, lagu intro pun best..

      Delete
  4. menarik kak, mbul belum pernah menonton...melihat latar belakang profesi di dunia hukum sepertinya pembahasannya agak berat ya kak hihi...tapi dibumbui dengan drama keluarga yang lebih relate dengan keseharian kita menambah daya tarik ..trims kak reviewnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..pembahasan agak berat tapi bisa mengerti...kisah keluarga agak menarik...so drama ni balance..kisah dunia hukum & keluarga..

      Delete
  5. selalu tengok drama turki je tak pernah lagi tengok citer arab ni. pergh tempat diorang shoot gempak betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time tengok drama Arab..best jg..tukar angin...hehe..

      Delete
  6. Pencipta bersama ialah yang buat LA Law (memang tengok). Jadi memang seronok.
    Nanti kalau ada kesempatan. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...based on konsep 'LA Law'...menarik plotnya..tak boring..

      Delete
  7. DULU2 ADA FILEM ARAB MESIR KAT TV 1

    ReplyDelete
  8. Jalan cerita pun menarik mesti best
    Ni

    ReplyDelete
  9. antara negara arab yg moden. hahaha. harus suggest kt cousin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..arab moden..yg pompuan tak semua berhijab..

      Delete
  10. jika ada di netflix, nak je menontonnya. cari kelainan... TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended...seronok dgr perbualan bahasa Arab..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!