Monday, 29 December 2025

Pangkin Aki Mohd @ Tanjung Malim..

Assalamualaikum semua..Isnin terakhir di tahun 2025..

Sambungan kisah makan kenduri rumah sepupu di Felda Gunung Besout 1 di Sungkai, Perak..

Balik dari kenduri, singgah di Pangkin Aki Mohd di Tanjung Malim..book satu malam di sini..

 

Kawasan di tepi sungai, off jalan besar Tanjung Malim..sebelum ke sini, singgah dulu di pasaraya TF, beli air minuman, telur ayam, timun, jajan2. Pagi tadi, mak dah masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak buat sarapan pagi esok. Petang ni makan laksa penang, kakak bawa kuah laksa..

Kami cuma dapat book satu chalet saja, sebab dah penuh. Kakak dan adik booked dua gazebo di tepi sungai.

dua buah chalet yang basic
ada katil dan bilik air, ada air-cond
 
titi ke sungai & gazebo
 
gazebo depan sungai
tangga yang dikanan tu ialah tangga ke tandas
ada disediakan sinki untuk basuh pinggan mangkuk 
 
ada wading pool
 
bahagian depan gazebo
 
sungai yang cetek
 
bentang lapik tepi gazebo, adik bawa peralatan camping
 
tempat dapur disediakan, dapur bawa sendiri
periuk kuah laksa & rebus telur
 
aktiviti makan laksa utara
 
bermandi-manda di waktu petang
 
kalau ikutkan perancangan, nak buat BBQ di malam hari
tapi semua dah kekenyangan, tak jadi BBQ

--------------------------------------------
 
Pagi esoknya, aktiviti BBQ dimulakan, cuma ayam & sosej..
 
anak saudara tengah bakar ayam
 
 makan nasi lemak diatas gazebo
 
makan nasi lemak di luar gazebo
 
have fun in the river dengan pelampung
 
mandi sungai
 
berbaring di sungai

syok betul..sampai tak naik si budak kecik tu.. 
 
Pukul 12 tengahari, check out.. 

2 comments:

  1. Wah, best betul ni, healing satu family, dapat mandi sungai. Seronoknya!

    ReplyDelete
  2. Seronok, dah macam aktiviti camping cuma tak perlu nak pacak khemah 😅 lamanya tak mandi-manda dekat sungai.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!