Thursday, 7 May 2020

Memorabilia...rantai kunci..

Salam 14 Ramadan..sudah nak masuk fasa ke-2 bulan puasa..semoga kita semua terus memburu pahala berganda di bulan barakah ini..

Siapa rindu nak travel?..hehe..sekarang ni  akhir musim bunga di negara 4 musim, bunga-bunga sakura memutih sudahpun berlalu...bye-bye semuanya, entah bila akan bersua. OK, tak dapat travel ke mana-mana, jom lah lihat-lihat ole-ole kenangan travel. Kenangan dalam bentuk keychains atau rantai kunci (Melayu), gantungan kunci (Indonesia). 

Keychains ni sikit je yang saya beli, cuma satu dua je kot, yang lain souvenir dari kawan-kawan dan juga bos. Tak tahu nak simpan kat mana, gantung di partition pejabat. Sekali-sekala, belek-belek keychain ni sambil cuba ingat siapa yang bagi..terima kasihlah yang sudi bagi souvenirs kat saya...

keychain Ranah Minang je yang saya beli, yang lain orang kasi
ada pulak angkor wat..tak perasan, huhu..
kena buang nih..tak elok gantung mcm ni..

keychain rumah minangkabau yang saya beli di Bukit Tinggi

siapa yang bagi Sydney Opera House tu? tak ingattt..

Yang terbaru

Itu saja koleksi keychains yang ada. Mungkin akan buat makeover partition ni, rasa macam serabut pulak. Ada keychain yang diguna untuk rantai kunci rumah.

yang ni souvenir lain pula

pemberat tu souvenir dari rakan pejabat yang dah meninggal dunia
bunga kaca warna ungu souvenir dari Vietnam from boss
pokok hijau beli di Kaison 

Sekian saja, santai-santai di hari cuti.

32 comments:

  1. Banyak juga koleksi keychain ccntik hadiah kenangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, byk orang bagi, kak..yg saya beli dua je..

      Delete
  2. wahhh
    sama macam Hans
    Hans ada satu rak dekat kampung
    dalam tu keychain jer
    beratus rasanya
    ker seribu lebih dah
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Banyak rantai kunci yang dikumpul. Hehe saya kalau ada saya pakai tapi tak dapat banyak rantai kunci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jg yg dipakai..mostly ofismate & bos yg bagi..

      Delete
  4. Nohas peminat key chain yr, cantik2 kan buat kenangan tmpt yg dilawati. Akk tak minat, kalo ada org kasi just sangkut kt pencil box ke camtu la, atau entah kt mana lagi tah, sudahnya hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 minat, sekrg dah kurang..keychain selalu beli as souvenir kalau gi travel, mudah & murah jg..

      Dulu letak dlm laci je, tak nmpk..hehe..

      Delete
  5. ASsalamualaikum.Betul laa. ramai yang buat gegantung mcm ni.. sambil mengimbau kenangan. SS pun tidak terkecuali. yang beli sendiri buat kenangan dan souvenir dari kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bila gantung mcm ni nmpklah souvenir yg kwn2 pejabat/bos bagi 🤗..

      Delete
  6. Saya rindu nak travel. Travel dalam Malaysia pun jadilah tapi malangnya tak boleh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jg nk travel even dlm negeri..kena pergi negeri2 yg zon hijau..

      Delete
  7. sama la keychain semua gantung kat opis
    bila bosan2 tengok keychain tu bleh la mengimbau kembali kisah jalan2 negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan travel boleh buat tersenyum sorang2..hehe..tak tahu bila boleh travel lg..huhu..

      Delete
  8. jgn dibuang keychain yg lama tu. bagilah kpd mrka yg memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau dah bosan nanti, InshaaAllah, akan bg pd mereka yg minat..

      Delete
  9. sedih pulak..souvenir dari rakan yang dah meninggal..

    akak tak minat kumpul keychain/fm, so biasanya jika dah banyak akak bagi orang yang minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, bila tengok souvenir ni teringat kt dia..

      Dulu2 minat, sekrg dah kurang..faktor usia...hehe..

      Delete
  10. Akak pulak suka kumpul fm..penuh petiais

    ReplyDelete
  11. kalau saya, asal kawan suh beli ole2 je, beli keychain ni. ni je yang nampak banyak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kalau nk bagi souvenir utk kwn2 pejabat, keychain lah selalu jd pilihan..boleh dpt byk dgn harga yg reasonable..

      Delete
  12. Wah...cantik2 dan unik2 bentuk...

    Saya..? keychain2...dah disimpam dalam botol plastik...tengok la nanti boleh display kat dinding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila display boleh tengok hari2..hehe..setiap keychain tu unik..

      Delete
  13. Suka juga kumpul keychain ni sebagai kenangan orang bagi.letak dalam satu bekas. Nak gantung takde tempat pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keychain souvenir yg comel..boleh diguna, boleh jg dijadikan hiasan..

      Delete
  14. i love collecting keychains too

    ReplyDelete
  15. aida ada byk juga keychain.
    beli sendiri dan org beri. takde tempat lagi, nohas.
    nak beli board tak terbeli-beli lagi :)
    sayang. ada yg aida guna utk kunci. byk yg aida simpan sebab sayang nak guna :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sayang nk guna..hehe..sbb susah nk dapat..nk gantung sbb boleh tengok depan mata...

      Delete
  16. Rindu pula nak travel.. Walaupun hanya dalam negara..
    Cantik-cantik keychain akak.. Sha simpan dalam satu bekas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan nk travel..keychain tu mostly souvenirs..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!