Tuesday, 5 May 2020

Hidangan/Makanan

Salam Ramadan...

Alhamdulillah, dah 12 hari kita berpuasa dalam tempoh PKP, disambung dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) pula...semoga dapat melayan Ramadan dengan sebaiknya, merebut ganjaran pahala yang berlipat-ganda..

Sejak cuti PKP, sudah tentu banyak juadah telah dimasak di rumah, ada yang mencuba resepi baru, untuk santapan seisi keluarga. Dalam kita merangka-rangka juadah apa yang nak dimasak hari ni, marilah tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang ada menyebut tentang makanan. Siapakah yang menerima hidangan/makanan direct dari Allah swt? Maha Suci Allah Ar-Razzaq.

1. Kaum Nabi Musa a.s.

Setelah Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil keluar dari negeri Mesir lari dari Firaun dan melalui Laut Merah sebelah utara (terbelah Laut Merah antara mukjizat Nabi Musa), mereka tiba di padang pasir yang panas terik dan Allah swt telah menaungi mereka dengan awan dan menurunkan makanan. Kisah ini disebut dalam ayat 57, Surah Al-Baqarah.

"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri"

Mengikut tafsir, manna ialah makanan manis sebagai madu dan salwa ialah burung sebangsa puyuh.

Kemudian Nabi Musa as meminta air untuk kaumnya, satu lagi mukjizat Allah kurniakan kepada Nabi Musa as, disebut dalam ayat 60 Surah Al-Baqarah.

"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan."

Allah swt telah bagikan Bani Israil kepada dua belas suku seperti yang disebut dalam ayat 160 Surah Al-A'raaf.

"Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa (Kami berfirman); "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tetapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri."

Tapi kaum Bani Israil ni tidak tahan makan satu jenis makanan sahaja,  mereka minta Nabi Musa memohon kepada Allah swt supaya mengeluarkan makanan lain iaitu sayur-mayur, ketimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah. (ayat 61 Surah Al-Baqarah).  




Tapi Nabi Musa berkata: "Maukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?" Maknanya manna dan salwa itu adalah makanan yang lebih baik, lebih berkhasiat daripada makanan lain yang diminta oleh kaum Bani Israil.


2. Maryam bint'Imran

Maryam bint'Imran ialah ibu kepada Nabi Isa as. Dalam Surah Ali'Imran, ayat 35, ibu Maryam semasa mengandungkan Maryam, beliau telah bernazar yang anak akan lahir itu akan diberikan untuk berkhidmat di Baitul Muqaddis. Dalam ayat 37, Maryam dipelihara oleh Nabi Zakariya. Menurut riwayat, Nabi Zakariya ialah suami kepada ibu saudara Maryam. Maryam bermunajat, beribadah di dalam satu mihrab (bilik) di Masjid Al-Aqsa. Setiap kali Nabi Zakariya masuk ke mihrab, beliau dapati ada makanan di sisi Maryam.

"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya  masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata : "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab".

MashaAllah, Allah turunkan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya.


 pokok kurma berbuah lebat

Manakala dalam Surah Maryam pula, dalam ayat 22, semasa Maryam mengandung, beliau telah keluar dari mihrab dan pergi ke tempat yang jauh untuk mengelak dari tohmahan masyarakat. Menurut riwayat, tempat tersebut ialah Bethlehem, lebih kurang 9 kilometer dari Jerusalem (lokasi Baitul Muqaddis).

Dalam ayat 23, ketika sakit untuk bersalin, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma dan dalam keadaan runsing dan berkeluh-kesah. Dalam ayat 24, malaikat Jibril datang memberi semangat kepada Maryam.

"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah:"Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu".

"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" (ayat 25).

Dalam ayat 26, Jibril menyuruh Maryam makan buah kurma dan minum air sungai itu dan bersenang hati dan tidak bercakap dengan manusia sebab bernazar kepada (Allah) Ar Rahman.

3. Nabi Isa as 

Kisah hidangan kepada Nabi Isa as dan pengikut-pengikutnya (golongan Hawariyyun yang seramai 12 orang) diceritakan dalam Surah Al-Maa-idah (Hidangan), ayat 112 hingga ayat 115.

"(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut 'Isa berkata: "Hai 'Isa putera Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?". 'Isa menjawab: "Bertaqwalah kepada Allah jika betul-betul kamu orang yang beriman." (Ayat 112)

"Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu" (Ayat 113)

"'Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami, satu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezkilah kami, dan Engkaulah Pemberi Rezeki yang Paling Utama." (Ayat 114)

"Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barang siapa yang kafir diantaramu sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun diantara umat manusia." (Ayat 115)

gambar hiasan sahaja

Allah swt telah memakbulkan doa Nabi Isa dengan menurunkan hidangan yang diapit oleh dua buah awan dan membawanya turun menuju Nabi Isa. Sementara, Al Hawariyun menyaksikan peristiwa menakjubkan tersebut. Dikhabarkan, hidangan tersebut terdiri daripada roti, ikan, delima dan buah-buahan, dan makanan lain-lainnya. Menerima kasih sayang Allah, Nabi Isa pun kemudian bersujud, diikuti para pengikutnya. Turunnya hidangan dari langit ialah salah satu mukjizat Nabi Isa as.


Wallahua'alam. Semoga kisah-kisah diatas memberi kekuatan kepada kita untuk terus bermujahadah mendekatkan diri kepada Allah swt, mengharap kasih sayang Nya. Allah Maha Kuasa untuk menjadikan sesuatu yang dikehendakiNya, dengan hanya berfirman kepada (hakikat) benda itu, "Jadilah", maka ia terus jadi. Subhanallah.

*Untuk terjemahan dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, saya merujuk kepada naskah Al-Quran dan Terjemahnya hadiah dari Khadim al Haramain asy Syarifain (Pelayan kedua Tanah Suci) Raja Fahd ibn' Abd al' Aziz Al Sa'ud.

34 comments:

  1. Alhamdulillah tksh perkongsian yg bermanfaat moga kita drpd kalangan bertakwa n beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..sama2..kisah2 dlm Alquran byk mmberi teladan kpd kita..

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Bagusnya sharing stuff macam ni..teruskan berkongsi..

    ReplyDelete
  4. Tak dapat makan kurma pun lg Ramadan kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga sembuh sepenuhnya..masih sempat lg..

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian Nohas yg bermanfaat ni..
    Kisah yg lalu adalah Ibrah buat Kita Kan.
    Selamat menjalani ibadah puasa Nohas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita mengambil ibrah kisah dlm al-quran..
      selamat berpuasa CH..

      Delete
  6. Kaum bani israel mmg kaum yg tidak bersyukur malah degil tingkahnya, ramai Rasul dari kaum mereka menyebabkan mereka makin sombong. Semoga kita dpt memgbil iktibar dari kisah yg dikongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..banyak nikmat Allah berikan kpd mereka tetapi mereka tetap engkar, sehingga Allah murka..kisah dlm al-quran sebagai teladan..

      Delete
  7. Melihat foto kurma saya jadi ingin, tapi apa daya sekarang ini supermarket di kota saya tak ada sedia kurma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada rezeki makan buah kurma...mungkin di tempat lain ada yg menjualnya..

      Delete
    2. Saya akan mencoba mencarinya
      Tentu saja tetap menggunakan masker wajah saat keluar rumah mencari kurma :)

      Delete
    3. Ya, pakai masker wajah and dont forget social distancing dlm supermarket..

      Delete
  8. Sempena bulan puasa yg mulia ni..posting sebegini terbaik. Renung2kan utk muhasabah diri senďiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran..Alhamdulillah..semoga bermanfaat..

      Delete
  9. Allah Taala maha pemurah lagi maha mengasihani. Alhamdulillah 🤲🏻💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih sayang Allha sgt luas dan tanpa syarat..

      Delete
  10. Alhamdulillah, rezeki terus daripada Allah. Untung kaum Bani Israel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka beruntung tapi tidak tahu bersyukur..

      Delete
  11. Perkongsian yang menarik
    Dapatlah update knowledge ni

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Alhamdullah dapat sedikit sebanyak ilmu dalam entri ini. Terima kasih atas perkongsian. SS pun suka maka burung puyuh. lama nya tak makan.. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sama2, semoga bermanfaat..sedap burung puyuh, lama jg x makan..

      Delete
  13. tingat jugak citer AlManna Salwa ni sebab dulu masa pinggang saya patah.. doc fisio saya suruh cari arabic gum ni jadikan antara hidangan. carila dan memang jadi rutin ikhtiar nak sehat. alhamdulillahh.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak khasiat arabic gam..alhamdulillah..

      Delete
  14. tq nohas.
    bacaan berguna utk aida saat ni. hikmah blogwalking :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat kak..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!