Thursday, 3 February 2022

The Spy Who Loved Me - Part 2

Annyeong yeorobun..

Dah masuk bulan 2..kita mulakan dengan review filem Korea..
 
Bukanlah bercinta dgn spy, cuma guna tajuk yang sama dari entry The Spy Who Loved Me. Entry tahun 2016. Filem Korea genre spy, action movie.
 
Filem spy Korea Selatan mostly membabitkan hubungan Korea Selatan dan Korea Utara yang sentiasa panas, ada je pengintip dari dua negara ni. Kebanyakan filem mengisahkan pengintip dari Korea Utara yang datang menyamar di Korea Selatan..plot cerita memang sentiasa suspense je..

Steel Rain, The Spy Gone North dan Commitment ada ditayang di Netflix, Confidential Assignment tengok di asianwiki..
 
Steel Rain (2017) 
 

Best filem ni. Mengisahkan cubaan rampasan kuasa di Korea Utara oleh pemimpin tentera. Hero, Eom Chul-Woo, bekas special force Korea Utara diarahkan oleh bos dia, Ri Tae Han untuk tembak Supreme Guard Commander, Gwang Dong Park. Sebab dapat maklumat yang Dong Park nak merampas kuasa. Ri Tae Han dan Gwang Dong Park ialah pemimpin tertinggi tentera Korea Utara.

Pada hari kejadian, ada acara di kawasan kilang di Kaseong. Dong Park dikatakan akan hadir merasmi acara tersebut. Chul-Woo bersembunyi dalam bangunan, nak tembak Dong Park. Yang hadir bukan Dong Park tapi Presiden (Great Leader) yang datang rasmi acara tersebut. Semua yang hadir  kena tembak dengan tentera. Great Leader pun cedera parah. Yang terselamat ialah dua orang pekerja kilang. Dalam keadaan havoc, Chul-Woo dan dua pekerja kilang berjaya bawa Great Leader ke Korea Selatan dengan menaiki van kilang.

Di Korea Selatan, mereka dapat dikesan oleh Kwak Chul-Woo, secretary for foreign affairs and national security kerajaan Korea Selatan. Kwak Chul-Woo dan Eon Chul-Woo kemudian joint-venture menyiasat apa yang sebenar berlaku pada hari rampasan kuasa di Korea Utara. Siapa yang sebenarnya jahat? siapa yang sebenarnya nak buat rampasan kuasa?

The Spy Gone North (2018)
 

Plot cerita yang suspense, tapi takde adegan aksi. Rupanya kisah benar yang berlaku pada ejen perisik Korea Selatan. Kisah sekitar tahun 1993. National Intelligence Service (NIS) Korea Selatan melatih bekas askar, Park Seong-young jadi ejen perisik, untuk menerobos pihak tertinggi Korea Utara bagi menyiasat kegiatan nuklear di negara tersebut. Dia diberi kod ejen - Black Venus. Cuma Presiden Korea Selatan dan bos dia, director Choi Hak-Sung yang tahu kewujudan ejen Black Venus.

Ejen Park, menyamar sebagai ahli perniagaan, bertemu dengan Ri-Myung Un, director of Eastern Economic Committee, Korea Utara, di Beijing, China. Bersama dengan Myung-Un ialah Jung Moo-Taek, ketua State Security.

Myung-Un percaya ejen Park ni ialah businessman tapi Moo-Taek tak percaya. Ejen Park dengan 'poker face' dapat kepercayaan Myung-Un hingga dijemput jumpa Presiden Korea Utara untuk deal business.
 
Semasa pemilihan presiden Korea Selatan pada tahun 1998, bos ejen Park dan beberapa orang atasan NIS buat secret deal dengan Moo Taek, yang mana deal mereka boleh affect keputusan pemilihan presiden Korea Selatan. Moo Taek berjaya pengaruh Presiden Korea Utara untuk bersetuju buat isu di sempadan (DMZ). Ejen Park dapat tahu dan berpakat dengan Myung-Un untuk menggagalkan rancangan bos dia dan Moo Taek. 

Bila deal mereka gagal, bos ejen Park berpaling tadah terhadap ejen Park, tikam belakang. Dia yang buka rahsia yang ejen Park ialah perisik Korea Selatan. Myung-Un tolong ejen Park keluar dari Korea Utara. 
 
Di akhir movie, kita dapat tahu yang kerajaan Korea Selatan hukum penjara ejen Park diatas macam-macam tuduhan berkaitan urusan bisnes dengan Korea Utara, pergi ke Pyongyang dari Beijing, dll..
 
Geram betul..kesian ejen Park, berkhidmat untuk negara tapi akhirnya dia kena khianat..
 
Commitment (2013)
 
 
Filem lakonan Top, ahli kumpulan Big Bang. Top berlakon sebagai Li-Myung Hoon, seorang remaja dari kelas atasan di Korea Utara. Bapa dia seorang ejen perisik di Korea Selatan. Bila bapa dia mati dalam keadaan mencurigakan, dia dan adik perempuan dia kena tahan di kem buruh paksa.

Bos bapa dia, buat deal dengan Myung Hoon supaya jadi ejen perisik ke Korea Selatan dan sambung misi bapa dia. Kalau dia berjaya, dia dan adik perempuan dia dilepaskan dari kem tahanan. Myung Hoon bersetuju jadi ejen dan berjaya dalam misi dia di Korea Selatan. Apabila nak balik semula ke Korea Utara, dia dihalang dan kerajaan Korea Utara hantar ejen untuk bunuh dia. 

Myung Hoon dapat melarikan diri dan jadi buruan ejen perisik korea utara dan juga NIS Korea Selatan. Adik perempuan dia dijadikan umpan oleh perisik korea utara.

Confidential Assignment (2017) 
 
 
Ramai yang menonton movie ni sebab withdrawal syndrome dari drama Crash Landing On You...hehe. Hyun Bin berlakon jadi special force Korea Utara bernama Im Cheol-ryung. Kisah ketua askar Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan dan bawa plate cetak duit palsu US Dollar.
 
Im Cheol-ryung turun ke Korea Selatan berganding bahu dengan pegawai polis Korea Selatan bernama Kang Jing-Tae (lakonan Yoo Hae-jin). Movie yang penuh aksi, kejar mengejar..ada Season 2, kali ni Kang Jing-tae pula ke Korea Utara..tahun depan kot tayangannya..


Diantara 4 filem ni, yang paling best The Spy Gone North, walaupun takde aksi kejar-mengejar, tembak-tembak..tapi ceritanya suspense..

Recommended untuk ditonton..

20 comments:

  1. cerita2 spy ni mengujakan ditonton tambah didasarkan dari kisah benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cerita spy ni sentiasa suspense je..

      Delete
  2. Teringat pula kejadian di KLIA, dua bahagian tak bersatu, ngeri.. Spy terlepas.. menarik dari movie dapat gambarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke luar negeri spy depa kejar, bunuh dgn cara senyap...tetiba Malaysia jd femes, jd tumpuan dunia..huhu..

      Delete
  3. tak tau nape tiap kali nk tgk citer yg kaitan dgn korea utara ni mcm suspen gitu... hahah mcm berdebo2 lak hahaha mcm kita plak berada kat korea utara, Kalau citer spy korea selatan ni mcm feel biasa2 je :D psiko sgt rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hehe..suspense bila tgk ejen pergi korea utara, takut terpecah rahsia, mesti teruk kena siksa..

      Delete
  4. kalau hindustan plak asyik cerita pasal pergolakan india dengan pakistan. kita je jarang ada drama atau filem pasal malaysia-indon. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia-Indonesia baik2 je..serumpun maa..

      Delete
  5. tengok cerita begini kena concentrate, kalau x nanti tak faham. thanks rekemen. kalau file Korea saya suka filem tema 'Disaster' sahaja. genre lain selalu permulaannya lambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena fokus..hehe..Steel Rain cepat jg permulaannya..terus ke action..

      Delete
  6. Uncle ingat The Spy Who Loved Me yang James Bond tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja ambik tajuk..sebab ada word 'spy'..

      Delete
  7. Aduh sakit hati baca sinopsis setiap cerita. Terutama kisah ejen Park.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ejen Park yg paling tragis..dahlah kisah benar..

      Delete
  8. byknya filem spy korea...x terlarat nak tgok skrg sbb budak2 sibuk nak periksa spm. tunggu la cuti sek akhir bln ni....

    ReplyDelete
  9. Semua dah tengok kecuali Confidential Assignment tu. Ending dia kebanyakkannya sedih. Mesti terkorban. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan ending mostly ada yg terpaksa berkorban & terkorban...yg suspense ending The Spy Gone North..nak tau Myung-Un tu kena bunuh ke tidak..huhu..kelakar dia tunjuk jam Rolex fake dia..haha..

      Delete
  10. Berat juga cerita ni tapi menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...citer spy selalunya heavy plot..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!