Friday, 16 March 2018

Misi Cenderahati..

Assalamualaikum..

Kesibukan melanda sejak dua tiga minggu ni. Dari bulan Januari hingga Mac setiap tahun memang sangat sibuk menguruskan dua tiga mesyuarat agung. Bergelut dengan kerja pejabat lagi.

Untuk mesyuarat agung yang ketiga, dilantik jadi urusetia pendaftaran dan cenderahati. Cenderahati yang dicadang ialah 'hand towel' dan hamper buah. Hamper buah dah outsource kat kawan. Bahagian saya, kena sediakan 'hand towel' untuk 50 orang. Jom kita mulakan misi menyiapkan cenderahati 'hand towel'.

Mula-mula, kita cari kedai borong yang jual tuala. Budget untuk satu tuala = RM6.00. Alhamdulillah, kedai borong dekat je dengan pejabat. Masa lunch time, bergerak ke Lorong Haji Taib 2. Ada dua kedai borong yang jual tuala.

banyak kedai borong dekat lorong ni
 
pergi kedai ni - Star Fabrics Sdn Bhd
 
ni bahagian jual tuala, kedai sebelah jual cadar, sejadah

dah beli - kaler hijau & pink, dapat harga RM4.00 
jenis lembut, imported dari Pakistan
yang dalam plastik beg merah tu buah mangga
ada banyak kedai borong jual buah dekat sini

    tengah survey tuala 'good morning' kawan kirim
tuala good morning dah semakin nipis
yang ni tuala 'morning star' tebal sikit

Tak beli pun, whatsapp ke kawan, dia tak jawab. Jom balik, kita fikir camner nak buat dengan tuala-tuala ni.  Kawan cadang buat bunga ros. Teman ni keras tangan, nak gubah-gubah buat bunga-bunga ni, tak reti. Lagipun majlis rasmi, macam tak sesuai pulak nak buat bunga. 
 
Berlayar dalam internet, cari idea. Alhamdulillah, dapat idea dari napkin holder ni.


Nak pi cari lilitan kerawang macam gambar diatas, malaslah pulak. Ada kot jual kat kedai kraftangan persiapan pengantin. Cari design dalam internet. Tertarik dengan Victorian ornate design. Suka vintage design.

 try yang ni dulu, buat border

dah try, dua design, nampak ok juga 

Tapi rasa tak puas hati, nampak macam kusam. Nak bagi nampak berseri sikit. Godek-godek dalam kotak, ada gulungan satin warna kuning lembut. 

Tetiba dapat idea. Guna satin ni untuk tutup getah bulat yang ikat gulungan tuala. Diatasnya, letak renda jarang bercorak warna gold. 

 


Kombinasi gulungan satin warna kuning lembut dan renda jarang bercorak warna gold. Beli juga renda kilat warna gold untuk ikat buku-buku hadiah iringan untuk perasmi.

Renda jarang dah habis, guna renda kilat warna gold untuk ikat tuala warna kuning. Kekalkan juga gulungan kertas bercorak Victoria untuk beberapa tuala warna hijau.

Alhamdulillah, walaupun yang last-last tu, pakai cincai je, ikat reben, selesai juga tugasan yang diberikan. Abadikan di sini untuk rujukan masa depan.

22 comments:

  1. Wah.. Murah betul harga tuala tu.. Cantik hiasan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi murah - RM3.00, RM3.50 tapi kasar sikit. Tuala warna kuning tu harga RM3.50 sehelai..Alhamdulillah, semua puas hati dgn hadiah ni..

      Delete
  2. hehehe
    okay lah
    lepas dah balut letak renda semua
    dah nampak lawa dan ekslusif

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi berseri sikit..Alhamdulillah..

      Delete
  3. Good idea la kak. Boleh digunakan kalau ada function nanti. towel kecil yg dililit dengan warna gold mmg nampak cantik. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua berpuas hati...bolehlah, modal pun lbh kurang RM5.00 utk satu tuala...warna gold/silver nmpk berseri..

      Delete
  4. biasalah kalau nak cari rezeki...

    tidak semuanya mudah untuk kita

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.

    hihihi... ingat akak nak bagi kita cenderahati tadi.

    have a good day kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      boleh..ada lebih..thanks.

      Delete
  6. Replies
    1. trial n error..alhamdulillah, menjadi..

      Delete
  7. Okay dah tu sis, cun dah *thumbs up* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk bagi penerima gembira dpt hadiah..puas hati, Alhamdulillah..

      Delete
  8. Last time ada tengok kat Japanese art, mereka buat tuala kecil tu jadi art... ada dalam bentuk rabit... dan sebagainya... nampak sangat menarik....🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti nk buat..tgk depa buat itik, rasa cam susah je..

      Delete
  9. murah juga tuala tp skrg tuala good morning dh xtebal mcm dulu dan perasan tuala nmpk lembut tp xserap air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tuala good morning dah nipis, ingat lg tuala ni yg selalu dibagi pd mereka yg dtg merewang kenduri kawin...buat lap peluh..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!