Sambung citer Penang. Jom ikut cek ronda-ronda Tanjong.
Tanjong mana? Tanjong Tokong? Tanjong Bungah?
George Town.
Dulu sebelum British sampai, George Town dipanggil Tanjong. Butterworth dikenali sebagai Bagan. British dah merubah segalanya, nampaknya kekal sampai sekarang, walaupun ada ura-ura nak tukar balik dua nama ni.
"Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh
pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada
1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama
Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith"
Nama George Town berasal dari nama raja British, King George III. Nama Butterworth dari nama gabenor pertama Negeri-Negeri Selat iaitu William John Butterworth, yang bertugas dari 1843 hingga 1855.
OK je kan, kalau nak tukar ke nama Tanjung, Bagan, semula. Ke tak best? takde commercial value? tak international? Di Myanmar, ada tempat nama Bagan. Popular juga...
---------------------------
Letakkan ketepi isu kontroversi ni, jom, kita start ukur jalan. Dulu masa pergi tahun 2012, dah ronda-ronda, tapi kali ni ikut jalan lain pulak.
Mula dari Jalan Penang. Keluar hotel, pusing kiri, cepatt jalan. Jumpa mural penarik beca.
sedang bersantai menunggu pelanggan
Masjid Benggali
tempat wajib singgah di Penang
Jeruk Madu Pak Ali
Masuk Lebuh Campbell. Ni laluan ke Upside Down Museum.
mural buah berangan
Jalan ni dinamakan sempena aktiviti membuat tali
apakah nama jalan ini? cer teka, cer teka..
Jalan Pintal Tali..pandai adik-adik
Jom kita jalan lagi. Cari mural-mural besi yang menceritakan sejarah lorong-lorong yang ada di sini.
dim sum di Lorong Cintra
Amazing race - mencari Camera Museum di Lebuh Muntri.
The Southern Hotel
jubin lantai yang cantik
Lebuh Muntri mengambil nama dari Orang Kaya Menteri of Larut, Perak
iaitu Ngah Ibrahim. Pedagang bijih timah berniaga dengan Ngah Ibrahim
sebab Larut merupakan pengeluar bijih timah terbesar masa tu
Dah sampai depan Camera Museum, tutuplah pulak. Takde rezeki. Jom lah balik. Ingatkan nak masuk Love Lane, dah tak larat. Berpatah balik, masuk Jalan Leith menuju ke Jalan Sultan Ahmad Shah.
Di Lebuh Muntri juga, tempat pereka kasut antarabangsa,
Jimmy Choo mula apprenticeship buat kasut
menarik bangunan ni
Jalan-jalan lagi, menyusuri Jalan Sultan Ahmad Shah sampai jumpa Friendship Park, ada tulisan
I love Penang
Bersambung..entry terakhir Penang.
Lama dan teman tak berjalan ke Penang....
ReplyDeletelast pi thn 2012, dah 6 thn baru jejak balik..
DeleteKalau gi Penang...paling best makanan dia.
ReplyDeleteya, setuju...syurga makanan..
DeletePERNAH JUGA PUSING2 TANJONG LAMA DULUMKN DURIAN ATAS BUKIT
ReplyDeletedurian balik pulau yg femes kt penang...
Deletehehehe
ReplyDeletelast pergi sini dalam 3 tahun lepas
seronok cari mural masa tu
seronok bila jln2 terjumpa mural..satu aktiviti bila ada di georgetown..
DeleteLamanya tak masuk Penang.
ReplyDeletebyk tarikan di Penang..
DeleteJalan pintal tali... heheheh, pintal rambut pun bolehhh XD
ReplyDeleteaktiviti yg sama..pintal-memintal..
DeleteJeruk pak ali mmg sangat sodap. Orang belah utara rasanya masih panggil Butterworth dengan nama Bagan. hihi.
ReplyDeletejeruk pak ali mmg menjadi pilihan ramai..Alhamdulillah, bisnes bertambah maju..bangunan dah besar..ha'ah, selalu gak dengar masa zaman boria dulu, depa dok sebut 'pi Bagan'..
Deletejeruk itu yang sedap.
ReplyDeletejeruk Pak Ali kegemaran ramai..jeruk siam dah tak best..
DeleteMemang suka jeruk Pak Ali.. Cantik-cantik lukisan yang dilukis di dinding tu..
ReplyDeleteskang ni mmg cari jeruk Pak Ali je kalau ke Penang...mural2 yg menceritakan sejarah lorong2..
Deletejalan pintal tali!! haha sy dh letih nk cari art mural sbb byk. hmm angkat bendera. skrg masih lg panggil tanjong dan rumah sy di bagan hehe
ReplyDeletejalan2 di kwsn ni mesti terjumpa mural...org Penang masih panggi tanjong & bagan, org luar jrg panggil nama ni..
Delete