Annyeonghaseyo yeorobun..
Tiap kali menonton drama korea, selain plot yang best, suka tengok setting yang tak monotonous. Sentiasa ada kelainan dan kepelbagaian dalam pemilihan jenis, dekorasi untuk rumah dan pejabat bagi watak utama (hero/heroin).
Kalau dalam entry Bachelor Pad, kita intai kediaman hero, kali ni kita intai pejabat dalam kdrama pula. Ada beberapa pejabat hero/heroin yang cantik, yang lain daripada yang lain.
Jom tengok, kajaa..
Kalau dalam entry Bachelor Pad, kita intai kediaman hero, kali ni kita intai pejabat dalam kdrama pula. Ada beberapa pejabat hero/heroin yang cantik, yang lain daripada yang lain.
Jom tengok, kajaa..
1. Secret Garden
Terpikat pandang pertama tengok pejabat hero Kim Joo Won, CEO retail mall ni. Girlish theme, berbunga-bunga, bertingkat-tingkat...bunga geranium warna ungu dipadan dengan bunga warna putih..lembut je suasana..ada water fountain belakang sofa putih tu..
suka warna tema pejabat ni..very soothing..
kombinasi grey & black dan tingkap warna green lime
2. Crash Landing On You
Pejabat heroin, chaebol heiress Yoon Se-Ri bertema tropika, pejabat dalam taman..penuh dengan pasu dan pokok kaktus...
unik pulak tengok pejabat ni, rasa macam nurseri..hehe
pintu usang, melengkapi tema
3. She Was Pretty
Pejabat majalah The Most yang vibrant, sesuai sekali dengan syarikat penerbitan lifestyle magazine. Mezzanine floor untuk pejabat editor-in-chief
4. Bride of Water Habaek
Pejabat di hotel ni sangat menarik. Meja utama dan sofa di tengah-tengah, dikelilingi dengan rak-rak buku dan cenderahati

Kalau dapat pejabat macam ni bestkan...berangan je..hihi..