Tuesday, 17 February 2009

To err

Diam.

Membisu.

Sepi.

Tanpa suara. Tanpa berita.

Aku tahu dirimu ada di sana. Diammu seribu bahasa.

Lantas, aku menghulur berita. Bertamu di ambang pintu rumahmu.

Jawapanmu, layananmu sungguh mendukacitakan.

Kita sudah dewasa, teman. Bisa merasai perbedaannya. Bisa mengesan dari sinar matamu, dari butir ucapanmu, dari diammu..

Aku sedih. Membungkam. Diamku melayan perasaan.

Diam ini sangat merimaskan. Sangat menyesakkan jiwa. Sangat membebankan perasaan. Kerana engkau jauh walaupun dirimu dekat. Diammu memberi makna. Diammu mengungkap seribu rasa.

Aku rindukan ukhwah sesama kita, teman. Aku rindukan mutiara kata yang keluar dari ulas bibirmu. Bisa mententeramkan jiwa yang gundah gulana…

Dalam diam, aku bertafakur. Bermuhasabah diri. Hikmah dalam bicara Allah s.w.t. ini ingin ku cari dan hayati. Puas sudah membelek diri, kekhilafan, kesalahan, kekurangan adalah fitrah manusia..

Maafkanlah dan terimalah kekurangan diri ini, teman kerana kita manusia biasa…


“To err is human, to forgive divine”

And I know, you knew better, my friends... and I must admit that this silence is louder than words..


Wednesday, 11 February 2009

Air mata umat Islam di Tel Aviv


oleh Ainol Amriz Ismail, Mingguan Malaysia, 5 October 2007

Umat Islam yang melihat Masjid Bahar yang terletak di lokasi strategik berhadapan Laut Mediterranean di Kota Jaffa Lama di sini pastinya mengalirkan air mata apabila ia kini dijadikan restoran dan tempat meneguk arak.



Inilah angkara jahat rejim Israel yang secara terang-terangan menghina umat Islam apabila bahagian atas bumbung masjid yang masih tersergam kubahnya itu diubah menjadi pub dan restoran dengan rakyatnya menikmati arak tanpa memikirkan sentimen minoriti umat Islam yang masih menetap di ibu negara Israel itu.

Ia adalah senario tiga masjid yang masih kekal di kawasan Tel-Aviv, kira-kira sejam perjalanan dari Jerusalem dalam misi menjejak kependudukan Palestin yang terus menerima penindasan rejim Israel serta keangkuhan tanpa batasan.

Masjid Bahar yang dibina pada abad semasa zaman Empayar Uthmaniah sering kali digunakan oleh nelayan untuk beribadah kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Laut Mediterranean. Bahar itu sendiri bermaksud laut, kini merupakan masjid yang ditinggalkan dan diarah tutup oleh pentadbiran Israel kerana bimbang penguasaan berterusan rakyat Palestin di kawasan yang mereka sifatkan sebagai lombong bagi industri pelancongan itu.

Kami melihat sendiri, dengan kalimah 'LailahaillAllah Muhammadurasulullah' yang masih utuh di pintu masuk masjid berkenaan tidak langsung dihormati oleh penduduk Israel yang dianggarkan 99 peratus di kawasan ini, sebaliknya dengan rasa angkuh bahagian bumbung masjid berkenaan dijadikan restoran dan pub untuk meneguk arak.
 
Seorang qari di Masjid Hamidiah di sini - salah satu masjid yang masih berfungsi dan menerima kehadiran umat Islam, Abbas Muhammad berkata, sepatutnya tempat beribadah tidak dicemari kerana umat Islam tidak pernah tergamak melakukan sedemikian kepada agama lain.

Masjid Hamidiah
"Kami minoriti di sini. Israel terlalu angkuh. Mereka mahu masjid itu ditutup. Hari ini tiada lagi jemaah di situ. Bahagian atasnya dijadikan pub. Perasaan sakit hati ini, sepatutnya bukan hanya kami yang menanggungnya tetapi seluruh umat Islam di dunia," katanya.

Di Tel Aviv terdapat tiga masjid - Masjid Hasan Bik (dibina pada tahun 1916), Masjid Hamidiah (dibina pada tahun 1850an oleh Sultan Abdul Hamid ke-2) dan Masjid Bahar (dibina pada abad ke-17, kini berusia lebih 300 tahun).

Masjid Hasan Bik kini digunakan oleh golongan musafir dan tidak lagi digunakan secara terbuka di kawasan pelancongan berhampiran pantai ini.



Masjid Hasan Bik (source: google)

Hanya Masjid Hamidiah yang kini menempatkan 500 jemaah pada solat Jumaat berikutan kedudukannya dalam minoriti kecil penduduk Palestin di ibu negara Israel ini.

"Kami tetap berusaha mempertahankan Islam di sini biarpun berhadapan kesukaran kerana letaknya masjid ini dalam lingkungan aktiviti keseronokan dunia. Bagi saya, umat Islam adalah bersaudara di seluruh dunia. Ia ibarat satu badan manusia. Kalau satu anggota terasa sakit, yang lainnya akan berasa sakitnya. Begitulah di Palestin, jika kami sedang ditimpa kesakitan, umat Islam di seluruh dunia harus berasa sakitnya." kata Abbas.

Sukar untuk menterjemahkan isi hati Abbas - salah seorang penduduk Islam minoriti di Tel Aviv ini, apabila dia meminta supaya 'diambil' semula Masjid Bahar dari jajahan Israel. Namun begitu, satu resolusi sebenarnya perlu dibuat oleh orang Palestin sendiri. Kembalikan perpaduan di kalangan puak bertelagah - Hamas dan Fatah, wujudkan perbincangan secara damai bukan dalam konteks peperangan dan kembali menuntut hak umat Islam dengan cara paling terhormat.
 
Mungkin di Masjid Hamidiah, nadinya masih berdenyut, tetapi Masjid Hasan Bik di tengah kota ini, semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Adalah malang Masjid Bahar terus tumbang, dicurah dengan arak sedangkan kalimah Allah terus kekal utuh tanpa ada cacat dan celanya. 
 
Bagi umat Islam dunia, dimana sekalipun kaki ini berpijak di bumi Palestin,ia adalah tanah suci dan ia pernah diduduki, dilalui dan disinggah oleh Nabi Yaakob, Nabi Yusof, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam juga percaya Palestin ini merupakan bumi para anbia di mana telah menjadi tempat para Nabi menyampaikan ajaran mereka, wafat di bumi ini dan mereka termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ishak, Nabi Syuib, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya.
Oleh yang demikian adalah satu penghinaan yang sukar dimaafkan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas kependudukan rakyat Palestin, khususnya apa yang telah berlaku ke atas masjid di Tel Aviv ini.
 
Masjid Bahar akan begitulah sampai bila-bila. Kalimah Allah akan terus dihina. Wahai umat Islam dunia, bangkitlah. Ayuh kita membantu Palestin, bebas dari kekejaman dan penindasan rejim Israel.

Fakta:
Tel Aviv merupakan sebuah kota pesisir dan kota metropolitan di Israel. Dalam tempoh lapan bulan - Mei hingga Disember 1948, di mana Jerusalem menjadi rebutan sebahagian penduduk Israel untuk menamakan wilayah itu sebagai ibu negara, namun hanya dua negara - El Salvador dan Costa Rica memperakuinya. Selain daripada itu, negara luar masih menganggap Tel-Aviv merupakan ibu kota de facto Israel dan menempatkan kedutaan mereka di sana. Nama "Tel Aviv" (Tel Abib) dalam bahasa Ibrani bererti 'bukit semi', sebuah nama yang diberikan melalui terjemahan buku Theodor Herzl's Altneuland (Negara Lama Baru). Nama "Tel Aviv" diambil oleh penterjemah, Nahnum Sokolov, dari buku Yehezkiel dari Alkitab.

Friday, 30 January 2009

Once upon a time

"Kuala Lumpur
senyumanmu di pagi ini
sungguh bererti
kerna cinta bersemi lagi
setelah kemarau panjang " - Alleycats


Berjalan-jalan di pagi hari bersama fzyfuzzy menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman ibarat walking back to history. Minda pantas menggambarkan kotaraya Kuala Lumpur pada kurun masehi ke-18. Deretan rumah-rumah kedai yang dibina sebelum perang dunia pertama menggambarkan betapa kukuhnya binaan bangunan yang berusia lebih 100 tahun.



Sebelum tahun 1884, rumah-rumah kedai di Kuala Lumpur dibina oleh pedagang-pedagang Cina dengan beratap nipah sebagai premis perniagaan mereka yang kebanyakannya berniaga untuk pelombong-pelombong bijih timah. 

Kejadian banjir dan kebakaran menyebabkan residen British untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federation of Malay States) iaitu Sir Frank Swettenham memerintahkan rumah-rumah kedai dibina menggunakan batu-bata dan beratap genting. Rekabentuk rumah kedai ini diadaptasi dari rekabentuk rumah kedai yang terdapat di selatan negara China.

Sir Frank Swettenham

Ciri-ciri tipikal rekabentuk rumah kedai:
 
* dibina berderet dengan mempunyai lorong belakang (back lane)
* dindingnya terdiri daripada load-bearing wall
* Bangunan 2-tingkat : tingkat bawah utk premis perniagaan dan tingkat atas untuk penginapan
* mempunyai lubang udara (air-well) untuk pencahayaan dan pengudaraan semulajadi
* mempunyai kaki lima di tingkat bawah (bahagian hadapan)
* bahagian depan tingkat satu mengunjur di atas kaki lima dan berfungsi sebagai atap untuk kaki lima
contoh rumah kedai pre-war
 
gambar dicuplik dari fzyfuzzy

Kuala Lumpur di zaman Jepun - wikipedia
 
Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah penempatan terawal bagi orang Melayu, India Chettiar dan juga India Muslim yang mana dahulunya tinggal di Java Street (Jalan Tun Perak). Legasinya masih terdapat di jalan ini, Jalan Melayu dan Jalan Masjid India.

Jalan Melayu, off Jalan Tun Perak

Semoga sejarah ini tetap kekal untuk legasi generasi akan datang
"Selamat Hari Wilayah"