Sunday, 2 January 2011
Aku dan Majalah GLAM..adakah cinta akan berputik?
Dalam keriuhan sorakan “Happy New Year”, percikan bunga api…aku rupanya ralit mengulit majalah GLAM..”Gaya Lebih Anggun Mewah”....asyikkk… semuanya indah-indah belaka mengikut piawaian duniawi..melihat what’s hot in the market…bercempera di dada majalah dari beg tangan..kasut..houte culture..alat solek,..parfums.…berselingkuh dengan who’s who, LOL, fashionista dan sosialis kota berparti sana-sini…
Mata membuntang, nafsu menggebu-gebu…Prada, Emilio Pucci, Miu Miu, Chanel, Christian Loubotin, LV, Jimmy Choo…semuanya ribu riban.. Beg tangan Birkin harga puluhan ribu..
Arghh..perempuan, nafsunya kan ada 9…
Serangan psikologi, mental block dilabuhkan…”dunia, dunia…”
“Ya Allah, biarlah dunia ini berada ditanganku, jangan sekali dihatiku..”
Selamat Tahun Baru.
...................................
Majalah free memang seronok dibaca…walaupun menyampah tengok model-model yang terlampau..hati berbicara juga..”berdosa tengok aurat orang lain”. Titik.
Bagi a plain woman macam saya, terfikir juga dalam benak fikiran apa ilmu yang saya cari dalam majalah seperti ini sedangkan di alam realiti ‘terberkenan’ beg tangan harga RM700++, pun tawaf 10 kali kat Sogo, kot-kot ada yang murah sikit yang seumpama beg tangan pilihan hati..Nak tunggu sale, ada tanda ‘new arrival’..hish susah betull…kemahuan hati tak sama dengan saiz dompet, hehe..
Memang ada ilmu dipelajari, ilmu kehidupan, ilmu psikologi..segmen Korner Mak Datin dan celoteh Datin X, ohh.. rupanya tak semuanya indah-indah belaka…that’s life.
Ilmu psikologi, manusia ini mempunyai ego tersendiri. Yang kaya, ingin memperlihatkan kekayaannya secara material melalui pakaian, kediaman, assessori, gajet, dll. Yang membezakan the have’s and the have’s not. Implicitly, to tell the world, “hey, I’m rich and can afford to have all the good things in life. Don’t you want to be like me?” Hmm…
Ilmu perniagaan: “branding”, “marketing” dan good quality products, seiring sejalan. Know your target market and also your competitors. Siapa yang perlu dijemput untuk product launch, lokasi, gimmicks..teringat kata-kata pakar motivasi kekayaan “melayan ego golongan ini adalah a very good business, they have money to burn..”
Kata orang, ‘you are what you read’ but for me,”read all under the sun” dan biarlah minda yang menyaringnya, menapisnya...bagus ke, OK to follow, nak simpan dalam memori, to use as a conversation starter, for general knowledge only or layak untuk recycle bin, etc. etc..
Not a good start for a new year, huh? Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Wednesday, 13 October 2010
Tanda Ingatan
Kembali memblog. Episod 'jiwa kacau', 'pecah kepala', nampaknya telah beransur-ansur pergi. Suasana kerja kembali ke 'normal pace'. Pray hard..
Apa nak cerita, ye? Tengok kiri-kanan cubicle..oklah, cerita tentang cenderahati atau kata orang seberang, ole-ole. Inilah ole-ole yang paling popular, senang dibawa sebagai hadiah untuk teman-teman...keychains..walaupun kecil, 'it is the thought that counts'..
Keychains yang bergantungan di ofis..dari dalam dan luar negara...alangkah seronoknya dapat gi holiday..
Keychain orang asli Chiang Mai, dari kaum Karen atau Hmong, tak pasti tapi yang pastinya, tak sampai hati nak guna..
Bookmark dari ofismate yang dah meninggal dunia. Bila tengok bookmark tu, saya teringat pada dia, dia yang bernama Malini. Pesakit diabetes keturunan yang kronik, yang tidak putus-putus mencari cinta..akhirnya, kecewa, langsung gi melancong...dialah ofismate yang setia menghantar kad ucapan Hari Raya setiap kali Syawal menjelma..kini tiada lagi. Dia dan kad raya juga.
Life is short, go travel. I need a break..really..
Thursday, 26 August 2010
Santapan Rohani
Ustaz Fathi Yakan menyatakan dan memperihalkan peripentingnya seluruh kaum Muslimin khususnya para daie untuk beriltizam dengan sifat-sifat keimanan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surat At-Taubah, ayat 112: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara, yang rukuk', yang sujud, yang menyuruh yang ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin itu."
Melalui ayat Al-Qur'an ini, dapatlah disaring bahawa antara ciri-ciri keimanan yang perlu ada pada diri seorang Mukimin yang beriltizam dengan sesungguhnya dengan Islam dan amal-amal Islami termasuklah:
1. Al-Taibun – orang yang sentiasa bertaubat
2. Al-‘Abidun – orang yang beribadat
3. Al-Hamidun – orang yang bertahmid memuji kebesaran Allah
4. Al-Saihun – pengembara di jalan Allah
5. Al-Raki’un & Al-Sajidun – orang yang banyak rukuk dan sujud kepada Allah
6. Al-Amiru bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil Munkar – orang yang menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran
7. Wal Hafizuna Li Hududullah – orang yang memelihara batas hukum Allah.
Buat renungan semasa, bersamalah kita renungkan Sabda Rasulullah SAW berikut yang bermaksud: “Akan datang satu masa (zaman) di kalangan umatku, (di mana) mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang lain. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan Akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan (Akhirat), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan ciptaan Allah dan melupakan Tuhan yang menciptakan.”
Sebagai tazkirah buat diri, marilah kita renungkan pesanan Sayyidina Umar al-Khattab yang disampaikannya kepada pemimpin negeri dan masyarakat yang telah dilantik dalam suatu majlis di mana katanya: “Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Ini kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu membuatkan dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna!”
source: extracted somebody's blog in 2007 (sudah terlupa)..semoga beliau diganjari Allah SWT dunia & akhirat..