Friday, 8 June 2012

Mari Kita Minum Dulu..

Assalamu'alaikum..hari ini ialah hari mengemaskini e-mail. Hampir seribu e-mail, bacanya sekali sahaja.  Mana-mana e-mail yang baik sangat bagus di buat satu entry untuk pengetahuan umum. Semoga bermanfaat.

Nak bercerita tentang air, H2O. Merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT, yang Maha Pencipta, anugerah untuk hamba2Nya.  

Air merupakan elemen penting untuk kulit, tisu dan organ badan. Setiap bahagian badan manusia bergantung kepada air.  Otak – 75%, Darah – 90%, Otot – 75%, Buah pinggang – 82%, Tulang – 22%.


Fungsi kelenjar dan organ akan merosot sekiranya bekalan air bersih tidak mencukupi di dalam badan.  Begitulah pentingnya fungsi air untuk badan manusia..SubhanAllah.

Sekiranya air didalam badan tidak mencukupi, sel-sel akan mengambil air daripada aliran darah yang akan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih keras lagi.  Dimasa yang sama, buah pinggang tidak boleh menapis darah secara efektif.  Sekiranya hal ini berlaku, beban kerja buah pinggang akan diagih-agihkan kepada hati dan organ-organ lain, yang menyebabkan organ-organ ini pula mengalami stress.  Organ badan pun boleh stress sebab terlebih kerja, ya saudara-saudari..

Hal ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit minor seperti  sembelit, kulit kering/gatal, jerawat, hidung berdarah, jangkitan saluran kencing, batuk, bersin,  resdung dan sakit kepala.

Orang dewasa boleh kehilangan 2.5 liter air sehari melalui perpeluhan, pernafasan dan perkumuhan.   Tanda-tanda badan kehilangan 5% dari jumlah bekalan air ialah apabila kita merasa letih dan ketidakselesaan.

Berapa banyak air patut diminum setiap hari? Ia bergantung kepada berat badan kita.  Secara rawaknya ialah meminum satu ounce air untuk setiap dua pound berat badan kita. *matilah nak kira kaedah Imperial ni*

Jangan gundah-gulana, lebih kurang begini formulanya: 

(berat badan x 2.2)/2) x 29.57 ml = kadar minimum air yang perlu diminum setiap hari

Pakar nutrisi, para doktor sering menyarankan kita minum 8 gelas air putih sehari,  sudah betullah tu..sekiranya satu gelas = 300 ml, sehari 2.4 liter air..memang bagus untuk kesihatan.

Panduan berguna:

Minum dua gelas air selepas bangun tidur – untuk mengaktifkan organ-organ badan [Menurut riwayat, Rasulullah SAW minum air yang telah didinginkan semalaman, Wallahua’lam]

Minum satu gelas air 30 minit sebelum makan – menolong proses penghadaman

Minum satu gelas air sebelum mandi – boleh menurun tekanan darah

Minum satu gelas air sebelum tidur – untuk mengelakkan strok atau serangan jantung


Begitulah manfaat air kepada manusia.  Sesungguhnya Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Kita juga berasal dari air yang hina..

Tuesday, 5 June 2012

Food Adventure

Salam semua...dah makan? 

Appara..pukul duabelas malam, dok tanya dah makan ke belum. Sebenarnya tadi baru menonton program Axian's Food Adventure di Asian Food Channel...tajuknya 'Midnight Show'.  

Jason Yeoh @ Axian pergi menjejaki gerai-gerai yang dibuka dari tengah malam hingga ke pagi.. tak sangka ramainya orang menjamu selera di waktu sebegini..empat tempat iaitu Nasi Kandar Beratur di Penang, latex mee di Bentong, asam pedas Munnar di Melaka dan steamed rice roll di Teluk Intan.


 
Program ni memang menarik walaupun dalam Bahasa Cina tapi ada subtitle English. Mula-mula terjumpa program ni di channel AEC, masa tu hos berada di pekan Bentong menjejaki asal-usul 'yong tow fu', terus hooked dengan program ini dan baru-baru ni dapat tahu ada di AFC.

Apa yang menarik, bukan sahaja makanannya tetapi cerita/asal-usul di sebalik makanan tersebut, peniaga pertama dan juga kisah-kisah nostalgia peniaga, pekan/bandar dan juga cara pembuatan makanan tersebut. 

Kebanyakan kedai/gerai makanan diusahakan oleh tiga hingga ke empat generasi dan hos akan menemuramah golongan2 tua bagi mendapatkan asal-usul makanan, ada yang berasal dari negara Cina, ada ada yang telah diubahsuai dari makanan barat oleh tukang masak bangsa Cina yang bekerja dengan bangsawan British pada zaman sebelum merdeka.

Ingatkan cuma memaparkan Chinese food sahaja tetapi bukan rupanya. Makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Kandar, Asam Pedas, Nasi Lemak pun ada disiarkan seperti dalam 'Midnight Show'.

Antara program yang pernah ditonton ialah Kek Durian & Kaya Puff di Kuala Kubu Baru, British Tea di the Olde Smoke House (Bukit Fraser), Ketchup Wanton Mee di Pontian, Biskut Ayam di Bidor, Yong Tow Fu dan Tofu di Bentong.

Tak kurang menarik ialah program 'Slow Life', shooting di Ubud, Bali. Tiga restoran..semuanya diusahakan oleh foreigner yang berkahwin dengan perempuan Bali. Sari Organik - restoran ditengah sawah (mat saleh), Cafe Angkasa (Japanese) dan Nuri Naughty (mat saleh). 


Hos ada juga singgah di mini studio, interview pelukis Pandey, memang sedih tengok studio yang serba kekurangan, mendengar kisah hidupnya, tapi tertarik dengan cita-cita tinggi beliau.

Rancangan yang menarik walaupun kebanyakan makanan yang dipaparkan tidak boleh dimakan oleh Muslim tetapi format program memang the best with insightful knowledge, historical input and untold stories..

Sunday, 3 June 2012

Skyline..skyline

 Edisi moonlighting..sambil bekerja, buat juga kerja lain
Central Business District KL's skyline


Bintang Walk - a view from the top