Friday, 13 July 2012

Jom Bekam

Assalamu'alaikum, salam Jumaat..

Pernah berbekam? Rawatan alternatif ini menjadi pilihan saya sebagai salah satu cara menjaga kesihatan. Selalunya saya berbekam di Taman Melawati, di rumah kedai depan Medan Selera Taman Melawati, di sebelah Pusat Rawatan Kohilal.   

Tuanpunya pusat bekam ini ialah Tuan Haji Ibrahim Mokhsen (seperti gambar dibawah)Jika lalu di Jalan Negara Dua, mesti nampak gambar ini depan kedai.  Tuan Haji ini memang dah lama menjalankan rawatan bekam, kali pertama saya pergi ke sini ialah dalam tahun 1998.  Untuk wanita, isterinya yang dipanggil Ummu yang akan membuat bekam.
Sila ke sini untuk berbekam - orang lama, banyak pengalaman, banyak nasihat
Update
Pusat Bekam Haji Ibrahim Mohsen telah berpindah ke Blok D-G-7, Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Ampang, Selangor (ikut jalan ke Ukay Perdana). Tel: 013 3758087 / 017 2980952 / 012 2105563

Kali ni bertukar angin pula, nak cuba bekam di sini, di AKUBEKAM. Lokasinya di Taman Tun Dr Ismail.



Ada sedikit perbezaan, jika di Taman Melawati, kulit ditoreh menggunakan 'razor blade' tapi disini menggunakan alat cucuk seperti pen yang selalu doktor guna untuk cucuk jari semasa test kencing manis.  

Jika di Melawati, kulit ditoreh sekali sahaja untuk tiga kali sedutan, tapi di sini, tiga kali sedutan, tiga kali kena cucuk (banyak pulak tu), memang pedih, tahan je lah.  Nak buat rawatan mana ada yang seronok-seronok, best-best, kanns..

Ubat untuk dimakan selepas bekam
Rawatan di sini mengikut jam, bergantung kepada penyakit and pesakitBoleh negotiate dengan tukang bekam. Bayarannya pula mengikut minit, satu minit RM2.33, kalau sejam..hmm..seperti resit dibawah *gulp - telan air liur dulu* dah terbiasa dekat Melawati, cuma bayar RM35 sahaja, tiba-tiba kena bayar ratusan ringgit..terkedu seketika..nak sihat, no pain no gain..health is wealth..*ayat-ayat penenang hati*

Bayarannya *gulp - telan air liur dulu*


Ubat-ubat itu bukanlah compulsory kena beli, dicadangkan beli mengikut penyakit bagi memudahkan proses pembekaman selanjutnya..semua ubat-ubat dari herba-herba terpilih, local dan overseas..ubat halau angin dalam badan, ubat melancarkan perjalanan darah (deep circulation) dan ubat bagi tenaga selepas bekam...

So, siapa-siapa yang nak try bekam, bolehlah try di kedua-dua tempat ini..disyorkan sebab sudah lama berada di pasaran..

Yayasan Ta'lim dan pusat reflexology
Disebelah AKUBEKAM ini, ada pusat reflexology dari China, yang ini belum try lagi. Mungkin nanti..InsyaAllah..Diatasnya ada kelas pengajian Darul Ta'lim. Setiap hari ada kelas pengajian percuma untuk orang-orang dewasa..

Animal Hotel
Satu baris dengan AKUBEKAM, ada ini the Puppy Cottage, gambar selingan sebab cute.  Tempat grooming dan juga hotel untuk haiwan-haiwan peliharaan. Mana-mana tuan-tuan haiwan ini nak bercuti lama, takde di rumah, disini tempat transit untuk haiwan-haiwan peliharaan mereka. Yelah, kalau tinggal dirumah, nanti mati kelaparan pulak haiwan-haiwan ni.

Tuesday, 3 July 2012

Ole-ole Khas Minang

Assalamu'alaikum, salam sejahtera. 

Belum habis lagi dengan entry Bukit Tinggi. Mari lihat ole-ole khas Minang yang ada di Bukit Tinggi.

 Kerepek/Keropok
 L-R: Kerepek pijit berlado, keropok daun bayam, jejari ubi jala ungu (keledek), kerepek belinjo, keropok jengkol (jering), sagun bakar dan kerepek pijit asli

 Sebenarnya ada macam-macam lagi kerepek/keropok yang dihasilkan menerusi industri kampung.

Keropok jengkol


First time jumpa keropok jengkol atau jering ni, memang tiada di Malaysia. Bau jering yang kuat juga, rasanya OK, cuma boleh dimakan sekali-sekala, kalau tiap-tiap hari, boleh pening kepala..


Sulaman
Sulaman baju dan telekung

  
Bukit Tinggi memang terkenal dengan sulaman yang halus dan menarik.  Sulamannya berbeda dengan sulaman di tanah Jawa. Kebanyakan tourist yang datang kesini memborong hasil sulaman seperti telekung, baju dan tudung.

Ikan tasik Singkarak
Ikan tatau nama - tapi ikan salai
Ikan bilih
Tasik Singkarak terkenal dengan hasil ikan-ikan seperti ikan bilih.  Ikan bilih macam ikan bilis saiz besar di Malaysia tetapi rasanya kurang enak sikit, rasa tawar. Kebanyakan ikan-ikan yang dijual telah disalai untuk tahan lebih lama, masak lomak..sedap kot..


Ini sahaja yang sempat dibawa pulang dari Bukit Tinggi. Yang lain-lain seperti biasa, fridge magnet, key-chains and t-shirts.

Tuesday, 26 June 2012

Doa Untuk Ibu Bapa

Assalamu'alaikum, salam sejahtera kepada semua, friends and silent readers...

Entry kali ini diambil dari e-mail tahun 2005, untuk tatapan semua dan semoga bermanfaat.
......................................................................................

Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi  mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana
mereka memeliharaku.

Ya  Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya  sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebajikan mereka dengan 
perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat-ganda.

Ya  Allah, 
Bila maghfirah-Mu telah mencapai  mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa'at 
untukku. Tetapi jika  sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang 
dinaungi kemulian-Mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia yang Maha Agung, serta  anugerah yang tidak
berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin, Amin.. Ya Rabbul A'lamin..

Nota : 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada ibu bapa kita. Siapa tahu hidup kita dirundung 
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis  melihat ibu bapanya. Atau kata-katanya sering 
mengguris hati mereka, atau yang  jarang memperdulikan dan mendoakan mereka.

Percayalah bahawa anak yang derhaka balasannya didahulukan didunia ini.