Assalamualaikum..selamat malam..
 |
ku tunggu mu datang.. |
Secebis kertas, tertulis September. Apakah signifikannya? Ya, bulan September 2014, InsyaAllah, saya akan dapat duit KUTU..hahaha!..tergelak besar...
Perancangan pertama untuk tahun 2014..MAIN KUTU..yang lain-lain belum rancang lagi..yang nilah yang pertama..hari Selasa lepas cabut undi..hehe..
Officemates di account department, aktif sungguh main kutu, setiap tahun buat agenda ni. Kali ni main dengan skala besar..projek mega 2014 dengan 36 penama..berdurasi selama 12 bulan. Sebulan tiga nama dapat habuan..setiap nama kena contribute RM100/- sebulan, so dapatlah RM3,600/-, banyak juga..tapi saya cuma ambil satu nama saja..
Entahlah, rasa kelakar pun ada...dalam hidup, adalah sekali main kutu. Itupun tak lama, terus bayar sampai habis, sebab bosan ada hutang tertunggak. Dan selepas tu, saya jadi anti main kutu..kerana dua sebab:
1) setiap bulan keluar duit, tapi tak dapat interest/dividen. Kalau simpan kat Tabung Haji/ASB setiap bulan, akhir tahun, ada juga dividen & bonus, adalah peningkatan dalam angka-angka..
2) rasa bosan terikat dengan hutang sampai setahun..sebenarnya boleh je buat rileks..as the time goes by, masa setahun tu cepat je berlalu..tapi entah, rasa macam tak best je..sebab almost setiap hari tengok muka kawan-kawan yang kita berhutang..hehe..
Tapi tahun ni lain pulak, bila ditanya, begitu lancar memberi jawapan, 'OKlah'..a change of heart?? a sign of aging, kot..kata hati, saja suka-suka, join the fun and also the fund..the more, the merrier..nak kata azam baru, tak le kot..
Sistem kutu ni tak tahulah macamana asalnya, tapi dah lama ada, sejak saya kecik lagi (tak le kecik sgt, rasanya sekolah rendah kot), ada macam-macam jenis kutu..kutu tupperware (main kutu sebab nak beli barangan jenama tupperware, mahal tak mampu nak bayar sekaligus), kutu pinggan-mangkuk, kutu kain batik, dsb..dan selalunya orang perempuanlah yg rajin organise benda-benda macam ni..mencipta macam-macam jenis kutu..ya dok?
Bila dipikirin, apa bestnya main kutu ni ya..tingg!!...sebenarnya sistem kutu ni ialah satu manifestasi semangat gotong-royong yang telah lama diamalkan dan sinonim dengan masyarakat Melayu..
Yang lain-lain yang boleh difikirkan termasuklah..(mcm menjawab soalan SPM pulak..)
1) mengeratkan silaturahim & memupuk semangat setiakawan yang tinggi
2) membantu mereka yang memerlukan wang yang banyak dengan segera
3) 'trust building' - melahirkan rasa percaya pada sahabat-sahabat
4) menjadi insan yang amanah
5) Last but not least, ada 'something to talk about in the office'..kadang-kadang kat ofis, takde common issue nak bersembang, melainkan kalau nak buat annual dinner/company trip/event, jemputan kahwin ke, baru dapat anak ke, barulah ada sikit commotion, everybody is talking the same thing..masa nak organise peserta untuk skim kutu ni, mcm komplot mafia je..rahsia, tak nak boss tau..
Kelemahan sistem kutu yang boleh difikirkan ialah 'tiada bonus/dividen' - you get what you pay, berisiko tinggi - ketua tak amanah, duit hilang dan juga boleh mengakibatkan permusuhan, bermasam-muka, tak puas hati, dll.
Dulu pernah duit kutu kena curi sebab office dimasuki pencuri. Dia curi duit kutu dalam laci. Habis kecoh satu office, sapa nak ganti..masa tu, peserta kutu semuanya tension..sampai chairman pun tahu tapi at last dapat juga ganti dengan duit insurance..
Sekian, doakan saya istiqomah main kutu ni sampai ke akhir tahun 2014..InsyaAllah..