Friday, 7 February 2014

Motivasi Bilik Tidur...

Assalamualaikum...entry lewat petang Jumaat. Seorang sahabat letak ini dalam group whatsApp..dalam Bahasa Inggeris, saja translate untuk exercise minda...(susah juga nak cari perkataan yg sesuai...). Untuk renungan bersama di petang-petang begini..

"Saya bangun dari tidur. Lantas berfikir, lalu bertanya pada diri sendiri: Apakah rahsia untuk berjaya di dalam hidup?  Tiba-tiba saya dapat jawapannya dari dalam bilik. 

Kipas berkata: Tenangkan diri anda..

Atap berkata : Letakkan cita-citamu setinggi mungkin..

Tingkap berkata : Lihatlah dunia..(secara maya atau fizikal..pergilah mengembara..)..

Jam berkata : Setiap minit itu berharga (masa itu emas..)

Cemin berkata : Fikir sebelum bertindak..

Pintu berkata : Bekerja keras untuk mencapai cita-citamu..

dan jangan lupa, Permaidani (Lantai) berkata: Rendahkanlah hatimu, bersujud dan bersolatlah..

tambahan..
Komputer/smartphone berkata: Gunakanlah aku semaximum mungkin untuk mencari ilmu, networking, marketing, internet business..

Berjaya itu subjektif...semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..

The original version..
When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of success in life? I found the answer right there in my room.  The Fan said: Be cool.  The Roof said: Aim high, The Window said: See the world, The Clock said: Every minute is precious, The Mirror said: Reflect before you act, The Door said : Push hard for your goals, And don't forget, the Carpet said: Kneel down and Pray...

Have a nice weekend...

Friday, 31 January 2014

Makan Nasi..

Sekali-sekala, bertukar selera tapi makan nasi juga..makanan ruji..

1) Hadramawt, Jalan Ampang

Restoran ni ada cawangan di Chulan Square, Jalan Raja Chulan. Yang ni lagi besar dan luas kawasannya, parking pun banyak. Tagline - the best Yemeni and Arabian food in town.


deko - very Arabian mood

Atas suggestion waiter, order this Lamb Zurbian - 'special rice and lamb mixed and cooked together with very special spices'

Lamb Zurbian
Ingatkan seketul je lamb nya, rupa-rupanya sampai tiga ketul..jenuh nak perabihkan..besar juga portionnya..

bukan satu, rupanya tigaaa..

The verdict: Terasa rempah-ratusnya..nasinya lembab2 sikit, mungkin ada yoghurt or something else..makan banyak, rasa kembang tekak..elok order iced lemon tea..

2) Restoran ZK, Jalan Kampung Attap

Restoran ni memang famous, masuk Majalah 3 lagilah bertambah famous..

beratur..pemandangan biasa di restoran2 nasi kandar yg famous
What we ordered? for sure, kari kepala ikan..
signature dish
sambal sotong
standard side dishes
The verdict: Licin, hingga menjilat jari..fingers licking good.

3) Gerai tepi Jalan Nipah, off Jalan Ampang..

Pergi ambil gambar site, tiba-tiba ternampak gerai ni di seberang jalan. Singgah untuk breakfast...makan nasi lemak bungkus..

makan nasi lemak sebungkus dan milo panas..
Gerai ni diuruskan oleh dua orang warga emas suami-isteri..sambil-sambil makan, bersembang-sembang dengan makcik tu..

Saya: Nasi lemak ni makcik buat sendiri ke?

Makcik : Hmmm..ya. Kenapa tak sedap ke?

Alamak, direct sungguh soalan..tapi memang kurang sedap pun..haha..mcm tau-tau je..atas meja yang nampak penuh mcm penuh tu..ada kuih lepat pisang, pulut panggang, karipap dan kek marble..lepat pisang OK, pulut panggang not OK, yg lagi dua tu, tengok dari rupa paras..tak menarik minat untuk dicuba..

Ada juga menjual lauk-pauk nasi campur..'masak guna dapur arang'..makcik tu siap beritau..beli pulak nasi bungkus untuk lunch..nasi lagi..tapi memang sedap lauk-lauknya...

Nak pergi mencuba? Landmarknya..ke sebelah kanan the South Korean Embassy..hanok building ni..


Kalau pergi lagi ke sini, kalau tengok gerai ni tak ada, maknanya tanah kosong dibelakangnya dah nak dimajukan....alamak, sedihlah pulak mengenangkan mokcik dan pokcik tu..dah lebih 30 tahun berniaga di situ..really, can't do anything..

Saturday, 25 January 2014

Apresiasi dan Kamera

Assalamualaikum...

Welcome aboard to the 100th follower (blog lain dah beratus-ratus, beribu-ribu followers..huhu)...tak lupa juga pada 99 selected people yang sudi menjadi sahabat maya saya...yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini (blog kadang2 rajin, kadang2 malas..). kepada pengomen2..kamsahamnida.

Tak dilupakan juga all silent readers, you make my day..kadang-kadang scary juga bila tengok audience dari Israel pun ada, mungkin sebab ada entry tentang Tel Aviv kot..suspens.. Dengan internet apa-apa pun mungkin..dunia tanpa sempadan..world wide web..
-------------------------------------------------
Tadaa..ini kamera-kamera yang ada dalam laciku...kamera ofis semuanya.. pelbagai brand..Canon, Olympus, Pentax..semua digital kamera kecuali yang kiri sekali..itu kamera tahun 90an...


Evolusi kamera kompak digital: Olympus tu 2.0 mp, Canon 7.1mp, Pentax 14 mp

Kamera manual ni saja disimpan untuk kenangan, dah jadi barang antik..cuma filemnya terlupa nak simpan..huhu..

antique


tinggal kenangan
 
filem roll - source:csramachandran


Betapa kecanggihan teknologi menyebabkan benda-benda menjadi lupus, mengikut perubahan zaman. Mungkin satu hari nanti kompact kamera pun akan lupus juga, diganti dengan smartphones, android, tabs, ipad.  Sekarang ni pun sudah nampak tanda-tandanya..tapi DSLR, takleh lawan, unbeatable.. 

Tapi yang best, teknologi memudahkan kerja kita..makes our life easier...Alhamdulillah..