Sambungan kisah perjalanan secara ad-hoc ke Taiping. Tidur semalam di Kuala Kangsar, pagi Ahad bergerak balik KL. Selepas tol Jalan Duta, akan ternampaklah nun diatas bukit, tersergam indah Istana Negara yang baru..terus melencong naik flyover yg bersimpang-siur itu. Dah banyak kali lalu Jalan Duta ni sejak istana tu siap, tapi entah tak terfikir nak gi naik atas. Bila Supemeng Malaya buat entri ke sini, baru terfikir nak check it out..the viral effect..Kesetiaan pada Raja dan Negara..
Tapi ambik gambar ala-kadar je sebab cuaca panas sangat, nak buka mata pun payah, dah pukul 12.00 tengahari..ramai juga pelancong..mostly dari Indonesia..bapak2, ibu2..
Ada pengawal berkuda..tapi macam geli je nak gi dekat, sebab bau busuk, kuda tu kencing kat situ juga..yelah mana tahan kan..
Istana baru ni boleh tengok dari jauh sajalah. Nak zoom dekat2 pun, kamera compact sajo. Tapi istana yang lama, pernah masuk. Pada hari pertabalan Agong dlm tahun 2012, adalah pegi ambik gambar di luar Istana Negara lama dalam entri ini. Nampak 'bunting' pameran Raja Kita, minggu depannya pergi terjah masuk istana, tapi cuma boleh masuk balai rongseri ni saja. Rasanya pameran ni masih lagi on sampai sekarang..

![]() |
at the compound |
Untuk kenangan..kena naik bukit juga. Kebanyakan istana dibina atas bukit kan..