Saturday, 26 April 2014

Jom Bali

Assalamualaikum..salam hujung minggu..

Kok mau liburan di Bali? ya, mau banget..tapi yang ni ngakk gi Bali, neng, mbak, bapak-bapak, ibu-ibu sekalian..yang ni cuma gi resto, rumah makan..

Cerita hari Ahad lepas..gas habiss..yuhuu..ada alasan nak makan luar..hehe. Sepatutnya order je gas..tapi sebab kemalasan melanda, lagipun hujung minggu..hari untuk berehat..ambik kau berehat sungguh..seminggu dapur tak berasap...baru pagi ni, dapat tunggu orang hantar gas..huhu..

Refer GPS dalam kepala..cadang nak gi makan asam pedas di Wangsa Melawati...dekat2 kedai Andalusia..suggestion from my sister sbb dia beli barang umrah kat area situ..off we go using Jalan Genting Klang..bila lalu je depan PV128..me berkata 'kat sini dulu makan steak'..within a split second, tukar cadangan, nak makan steak pulak, teringat ada Islamic Steakhouse kat sini, so bagi signal, terus belok kiri..


Terawal pulak sampai..steakhouse buka pukul 12.00 tengahari *Islamic steakhouse dah berpindah ke Busana MARA*...jalan2 dulu, tengok apa yang ada disini..memang banyak restoran di sini..


rasa omak den, bukan omak ekau
restoran masakan arab, indian, mughal
ada Khadijah's..masa datang, belum buka lagi

Do you know pasta?
Korean resto - non halal

Lastly dah habis tawaf bangunan ni, makan di sini..di Jombali Restoran..

ada Balinese deco? nehii...
 
tekan butang untuk panggil waiter
wahh..the best nasi goreng in town? order ni lah..untuk membuktikan kebenarannya..
Me order nasi goreng tiga rasa ayam goreng, my sis order nasi goreng salmon bersos teriyaki..mari kita lihat siapa yang kena..

bersiap sedia
nasi goreng tiga rasa dengan ayam goreng
nasi goreng salmon bersos teriyaki
The verdict: Memang the best dua-dua nasi goreng ni..secukup rasa..yelah dah namanya pun tiga rasa..portion yang besar..

Apa lagi yang best ada di sini..ambik dalam menu..

Japanese influence - Bento set
kampung bento
dah goreng, bake lagi..
fushion - nasi and chicken chop

Untuk desert, order cendol topped with ice-cream..


Overall, not bad, service OK..lagipun PV128 ni, banyak parking dan free pula..dan banyak pilihan tempat makan..check it out..

Wednesday, 16 April 2014

WW #5 : Ole-ole dari Mekah...elixir love..




                                                           Made in Saudi Arabia

Friday, 11 April 2014

Sayyidul Ayyam : Untuk diri sendiri..

Assalamualaikum..

Yaumul Jumaah Sayyidul Ayyam - 'Hari Jumaat itu penghulu segala hari'

Salam Jumaat yang penuh barakah..sedikit tazkirah dari whatsApp..semoga bermanfaat..

Seorang ketua supervisor yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun di sebuah syarikat pembinaan ingin bersara dan mengemukakan surat permohonannya kepada majikannya.  Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraan beliau tetapi dengan syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah.  

Ketua supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.  Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati ketua supervisor tersebut kerana tidak membina rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Saudaraku seakidah,

Sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada setiap dari kita..sebenarnya kita sekarang sedang membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...Kita beribadah untuk Allah SWT semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sebenarnya membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri...

Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usaha kita..InsyaAllah..

Allah ta'ala berfirman:

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk dirinya sendiri.  Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hamba-Nya" [Fush-shilat: 46]

Untuk sama2 kita renungkan..