Sunday, 13 July 2014

Singapore - Day 3 : The Trailblazer - into the Green

Assalamualaikum..

Hari ketiga di Singapore. Hari Ahad. Hari untuk bersenam..haha..dah dua hari ronda-ronda kota batu, hari ni mari kita jungle-trekking pula di tengah-tengah kota Singa, 'city in a garden' ni..

Banyak park sebenarnya di Singapore ni..tapi yang famous ialah yang tiga serangkai yang dipanggil the Southern Ridges..iaitu Mount Faber Park, Telok Blangah Hill Park dan Kent Ridge Park. Di antara dua park, ada pula HortPark, yang ni bukan hutan semulajadi, tapi lebihkurang macam nursery pokok-pokok..

Lokasi the Southern Ridges - Kent Ridge Park selepas the HortPark

From Wikipedia:
The Southern Ridges is a 9-kilometre (5.6 miles) trail that connects parks along the southern ridge of Singapore. Some of the attractions along this trail include its greenery and the connecting bridges

Boleh start dari Harbourfront stn, naik cable-car ke Jewel Box di Mount Faber Park atau ikut Marang trail, sambung dengan Faber trail. Tapi kami ambik shortcut, terus ke Henderson Road. Dari Aljunied ke Tiong Baru stn, ambik bas, turun di bus stop depan Masjid Al-Amin.


Mengikut maklumat, boleh masuk ke Mount Faber Park, dari belakang masjid ni..so, pergilah tengok, tapi macam tak berapa menyakinkan, tinggi juga nak kena panjat..tak jadi. 

signboard ke trail belakang Masjid Al-Amin


Balik semula ke bus stop tadi, tengok ramai pula makcik-makcik berpakaian sama ala-ala kumpulan marhaban, sedang duduk2 di bus stop. Tanya kat sorang makcik tu, dia cakap naik bas, turun depan sikit. 

Alhamdulillah, dah sampai, ni signboardnya. Tujuan utama ke sini ialah nak pergi ke Henderson Waves...dah nampak, yang melintang kat belakang tu..

Henderson Waves
From Wikipedia:
Henderson Waves is a 274-metre (899 ft)[4] long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) Ltd Singapore.

The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.

Jom kita mendaki bersama nyonya ni dan anaknya. Dah sampai atas, nyonya tu rileks je, yang kami berdua ni dah termengah-mengah, minum air, rehat dulu, ambik nafas, bagi stable..nyonya tu tegur kami, dia kata dia lebih tua, rambut dah putih beruban tapi takdelah letih sangat,..rupa-rupanya setiap hari dia exercise kat situ...tak leh jadi ni..motivasi, motivasi...
 
menuju puncak


 
 


 Tak berapa nampak waves nya...gambar bawah ni baru nampak jelas..

source: designboom

Bila melintas jambatan ni, dah masuk ke Telok Blangah Hill Park. Apa yang menarik disini ialah the forest walk.

Forest Walk is a 1.3-kilometre (0.81 mi) long walkway that cuts through about 50 metres (160 ft) through the secondary forest in Telok Blangah Hill Park and connects to Alexandra Arch. The raised walkway with heights ranging from 3 metres (9.8 ft) to 18 metres (59 ft) brushes the canopy of trees and offers a bird's-eye view of the forest.

Jom berjalan di celah-celah dedaunan sambil mendengar burung-burung berkicau riang..


bunga-bunga hutan
maklumat tentang pokok
 

 
bangunan kondo
Dah sampai di Alexandra Arch, maknanya dah di penghujung Teluk Blangah Hill Park...
 
Alexandra Arch

Alexandra Arch is an 80-metre (260 ft) long bridge that features a curved deck and tilted arch like an opened leaf, connecting Alexandra Road and Hyderabad Road. It was designed by Buro Happold with LOOK Architects. Like the Henderson Waves bridge, Alexandra Arch will be lit with colour-changing LED lamps



Dah sampai bawah, rehat sekejap di bawah tangga.. sambung perjalanan ke HortPark melalui Flora Walk..

Flora Walk

HortPark
HortPark is a 23-hectare park located in the South-Western part of Singapore. It is the first one-stop gardening lifestyle hub in Asia that integrates a plethora of activities together under one roof in a park setting.

Masuk adalah percuma, jom kita tengok man-made garden pulak.




 

glass houses
Sampai di sini saja, dah tak larat nak ke Kent Ridge Park, lagipun hari dah pukul 12 lebih, cuaca panas sungguh..decided nak balik hotel dulu, naik bas. Seperti biasa, mudah nak tentukan bas mana nak naik, refer pada info kat bus stop.

View dari atas bas..balik ke hutan batu..tapi kehijauan tetap ada..



bangunan Maybank
 ~ Bersambung sesi petang pula ~

Wednesday, 9 July 2014

Singapore - Day 2 : Lau Pa Sat, SGX & Satay

Assalamualaikum...

Masih di hari kedua. Dari Bayfront station di Marina Bays Sands ke Telok Ayer station..tujuannya nak pergi ke Lau Pa Sat Festival Market..walaupun tahu bangunan ni masih lagi ditutup untuk proses ubahsuai, tapi nak juga pergi tengok..

Lau Pa Sat

Lau Pa Sat (old market) ni sekarang dah jadi foodcentre Apa yang menarik tentang bangunan ini ialah decorative cast-iron yang merupakan Victorian architecture.  Dapat juga snap gambar interior view..bangunan ni dibuka semula pada 29 Jun..

decorative cast-iron
Jalan ke kanan menuju Boon Tat Street.


Tiba-tiba disapa oleh seorang brother, "akak nak sate apa, bungkus ke?"...err..blur sekejap..tiba-tiba je tanya nak sate..rupa-rupanya ada tempat makan-makan di Boon Tat St ni..weekend start pukul 5.00 petang..

brother ni promoter terbaik
Kami pun decided nak try sate disini..jom tengok sate apa yang ada..


Rahim Satay..nama gerai ni..macam-macam ada..sate itik, ayam turki, yang lain sama je macam kat Malaysia..$0.60 secucuk..semua sama harga..kami order sate Turkey, sate kambing dan sate babat (perut)...dan juga chicken wings..tapi tak siap lagi, brother tu promote kaw-kaw BBQ prawn...so, order yang tu..

Order teh tarik di gerai mamak..

view dari gerai mamak jual air..
Sementara menunggu satay, mari pergi tengok pasaran saham Singapore, ditutup tinggikah, rendahkah atau bercampur-campur...sebelah ni ada bangunan Singapore Exchange..


More on office buildings and the greens..



OK, satay dan BBQ prawn dah siap untuk dimakan..

tea time merangkap dinner

dari kiri - satay babat, kambing & ayam turki
The verdict:  Sate semua OK, not bad, sedap..kuah sate rasa lain sikit dari kt Malaysia..sedap juga..BBQ prawn biasa aja..

Dah makan, bergerak ke destinasi seterusnya..Mustapha Centre..sambil tu snap view kawasan sekitar..

Sofitel Singapore
Untuk ke Mustapha Centre, laluan yang diambil : Teluk Ayer - Chinatown - Farrer Park. Mustapha Centre ni lebih kurang macam Mydin kat Malaysia..macam-macam ada..dan murah juga..



hasil tangkapan
sedap - perisa lada hitam

Sekian, end of Day 2..

Tuesday, 8 July 2014

Singapore - Day 2 : Marina Bay Sands

Dari Orchard Road, kami ke Marina Bay Sands - bangunan tiga serangkai, landmark baru Singapore sejak dibuka pada April 2010. Marina Bay Sands ialah integrated resort yang paling mahal di dunia iaitu USD5.7 billion (termasuk harga tanah). 

Ketiga-tiga bangunan itu ialah bangunan hotel, yang macam sampan kat atas bangunan tu ialah Sands Skypark - ada observation deck, restoran, nightclubs dan juga vanishing edge swimming pool..yang lain-lain seperti convention centre, muzium, restoran, theatre dan retail outlets di tingkat bawah..

Turun di Bayfront station..follow the crowd..sampai di area ni..the Shoppes @ Marina Bay...



Dah dikatakan bangunan termahal di dunia, sudah tentulah kedai-kedai yang ada yang world famous, jual branded/luxury items..berapalah agaknya sewa kedai di sini ye...kami ada juga beli barang kat sini..beli air dan biskut di 7-E je..hehe..itu saja yang mampu..ada juga canal ni..tapi taklah teruja sangat sebab di the Mines Shopping Fair pun ada...


Just jalan-jalan di tepi canal and then menuju ke Tower 3 untuk beli tiket ke Skypark observation deck..

retail area lagi
di GF Tower 3
Untuk membeli tiket ke Skypark, kena keluar dari Tower 3 dan menuju ke basement floor.

the entrance to the lift to KuDeTa
*selingan* KuDeta ni ialah nightclub. Tapi perkataan ni dah banyak kali dengar, selalunya berkaitan dengan peristiwa di Mesir, tentang As-Sisi..rupa-rupanya berasal dari perkataan Perancis..coupd'etat - pukulan atau serangan pada negara (Bahasa Indonesia)..rampasan kuasa..mcm tulah lebih kurang..

OK, keluar ikut glass door tu, turun ke bawah dan beli tiket..untuk dewasa $23.00..



Sebelum naik lif, tiba-tiba kena panggil, suruh berdiri belakang canvas putih, rupa-rupanya nak ambil gambar..siap tanya, free ke? cuak jugak, photographer tu cakap free, for our visitors..ambik gambar tu memang le free...tapi buka saja pintu lif di tingkat 56, surprise! surprise! gambar dah siap dengan background bangunan tiga serangkai tu, harga gambar..$50..perghh....bengang jugak...buat tak layan je...malas nak beli..nak buat bisnes, carilah idea lain..kami ni takdelah 'wow' sangat dengan bangunan ni..setakat 'been there, done that'..

Forget about that, let's enjoy the view at Level 56 on this observation deck...



Gardens by the Bay
info mengenai landmarks yang boleh nampak dari sini

Oh..patutlah Singapore city ni sentiasa ada suasana kehijauan.."to transform Singapore from a 'Garden City' to a 'City in a Garden' by enhancing greenery and flora in the city."  Garden city concept...belajar masa subjek 'urban planning' dulu-dulu..more info on 'City in a Garden' by Singaporean government, click here.


one of the restaurants - Sky on 57
Masa ni dah nak dekat pukul 4 petang, matahari masih lagi memancor-mancor..suasana sangat terik..dahlah tak apply sun-block, nanti bertambah 'tanned' lagi..hehe..dah puas ronda-ronda, snap-snap gambar..jomlah turun..

Press 1 for way out...no,no..for hotel lobby...perasan jadi hotel guests..hehe..

Hajat hati nak pergi ke the Gardens by the Bay, tapi dengan cuaca yang sangat panas, tak jadi...terus ke MRT station untuk destinasi seterusnya..