Dari Orchard Road, kami ke Marina Bay Sands - bangunan tiga serangkai, landmark baru Singapore sejak dibuka pada April 2010. Marina Bay Sands ialah integrated resort yang paling mahal di dunia iaitu USD5.7 billion (termasuk harga tanah).
Ketiga-tiga bangunan itu ialah bangunan hotel, yang macam sampan kat atas bangunan tu ialah Sands Skypark - ada observation deck, restoran, nightclubs dan juga vanishing edge swimming pool..yang lain-lain seperti convention centre, muzium, restoran, theatre dan retail outlets di tingkat bawah..
Ketiga-tiga bangunan itu ialah bangunan hotel, yang macam sampan kat atas bangunan tu ialah Sands Skypark - ada observation deck, restoran, nightclubs dan juga vanishing edge swimming pool..yang lain-lain seperti convention centre, muzium, restoran, theatre dan retail outlets di tingkat bawah..
Turun di Bayfront station..follow the crowd..sampai di area ni..the Shoppes @ Marina Bay...
Dah dikatakan bangunan termahal di dunia, sudah tentulah kedai-kedai yang ada yang world famous, jual branded/luxury items..berapalah agaknya sewa kedai di sini ye...kami ada juga beli barang kat sini..beli air dan biskut di 7-E je..hehe..itu saja yang mampu..ada juga canal ni..tapi taklah teruja sangat sebab di the Mines Shopping Fair pun ada...
Just jalan-jalan di tepi canal and then menuju ke Tower 3 untuk beli tiket ke Skypark observation deck..
retail area lagi |
di GF Tower 3 |
Untuk membeli tiket ke Skypark, kena keluar dari Tower 3 dan menuju ke basement floor.
the entrance to the lift to KuDeTa |
OK, keluar ikut glass door tu, turun ke bawah dan beli tiket..untuk dewasa $23.00..
Sebelum naik lif, tiba-tiba kena panggil, suruh berdiri belakang canvas putih, rupa-rupanya nak ambil gambar..siap tanya, free ke? cuak jugak, photographer tu cakap free, for our visitors..ambik gambar tu memang le free...tapi buka saja pintu lif di tingkat 56, surprise! surprise! gambar dah siap dengan background bangunan tiga serangkai tu, harga gambar..$50..perghh....bengang jugak...buat tak layan je...malas nak beli..nak buat bisnes, carilah idea lain..kami ni takdelah 'wow' sangat dengan bangunan ni..setakat 'been there, done that'..
Forget about that, let's enjoy the view at Level 56 on this observation deck...
Gardens by the Bay |
info mengenai landmarks yang boleh nampak dari sini |
Oh..patutlah Singapore city ni sentiasa ada suasana kehijauan.."to transform Singapore from a 'Garden City' to a 'City in a Garden' by enhancing greenery and flora in the city." Garden city concept...belajar masa subjek 'urban planning' dulu-dulu..more info on 'City in a Garden' by Singaporean government, click here.
one of the restaurants - Sky on 57 |
Press 1 for way out...no,no..for hotel lobby...perasan jadi hotel guests..hehe..
Hajat hati nak pergi ke the Gardens by the Bay, tapi dengan cuaca yang sangat panas, tak jadi...terus ke MRT station untuk destinasi seterusnya..
Banyak nyer kapal di perairan mereka kan... cantik... menara tinjau tu biasa jerr... :D
ReplyDeleteYa, memang byk..menara tinjau tu agak scary jg sebab open air..
DeleteSalam singgah.
ReplyDeleteDah bertahun xpegi spore..mesti da bnyak berubah..
W'salam...saya pun last pergi awal tahun 90an..
Deletemcm KL juga.. city kena sentiasa ada perubahan..progressive..tak boleh statik..supaya lebih livelihood..
perancangan bandarnya hebat tapi sedut pasir dr kota tinggi utk tambak buat land dia ... ermmm .
ReplyDeletemengikut maklumat..pasir yg disedut tu bukanlah free of charge..tapi dijual..siapakah yg menjualnya dan yg mendapat hasilnya...huhu....jwpannya mudah saja..
DeleteSaya cuma sampai di Merlion park je...nampaknya lain kali kena ke sini pulak...
ReplyDeleteGila mahal foto tu... lebih mahal dari entrance fee...:(
bolehlah pergi ke observation deck dan Gardens by the Bay..yang lain tu, biasa saja..
Deletekalau convert to RM lagilah mahal...seratus lebih....gambar pulak mcm photoshoot kat kedai je..tak real...snap view bangunan tu dkt Merlion Park lagi lively...
cantik juga singapore ni. biasa tgk gambar org g USS je.
ReplyDeletebird-eye view of Singapore...
DeleteAmboi sayup2 jer pemandangan dari atas... cantik bangunan2 tu... memang nampak kehijauannya pun...
ReplyDeleteKapal2 pun nampak kecik je..ada elemen air membuatkn pemandangan nmpk cantik...nak jd city in a garden..kena byk pokok..
Deletekekayaan mampu mengubah negeri kecil menjadi besar n teknologi mengindahkan lagi spore..
ReplyDeleteya betul...walaupun merdeka lebih kurang sama, tapi ekonomi mereka lebih maju..
Deletewahhh..cantik betul view..tak boleh jadi nih..nak kena pegi lagi nih..hehe
ReplyDeletedekat je..weekend pun boleh pergi..hihi..
Deletecantik betul...
ReplyDeleteview from top..
Deleteawesome view!! :D
ReplyDeleteya betul..sea view..
DeleteSiap berlunjur kaki atas deck tu
ReplyDeletedah letih..
Deletealamak.. cantiknya view kat sands bay ni..
ReplyDeletememang dasyat senibina dia
cantik view dia... tambah dkat taman dia..mcm taman avatar pun ada juga :P
view memang cantik...ada unsur2 futuristik..
Delete