Tuesday, 3 March 2015

Bingsu @ Caffe Bene

Assalamualaikum..salam ceria..  

Apa khabar? Sihat? Cuaca sangat panas sekarang ni kan, minumlah air kosong secukupnya. Tapi kalau pekena ABC, pun memang best juga.  Dah lama mengidam nak mencuba Korean ABC - bingsu, akhirnya dapat juga di Caffe Bene, Jaya Shopping Centre, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Jaya Shopping Centre ni kes kerja saya. First time site visit ke sini, masih lagi dalam pembinaan. Second site visit selepas completion pada November 2014, kena ronda dari Level 6 hingga ke basement. Kerja sambil cuci mata, inevitable, part of the job..hehe..

Dulu tapak ni ada Jaya Supermarket, tahun 1970an, orang PJ mesti tahu. Sekarang dah dibina semula, dengan rekabentuk yang lebih moden dan up-to-date, to remain competitive.

Jaya Shopping Centre di Jalan Semangat, PJ

Masa site visit, cuma intai dari jauh je outlet Caffe Bene ni. Tapi hari Jumaat lepas, selesai je sesi lawatan tapak kilang bersebelahan Seksyen 14, minda dah merancang nak singgah di sini. Cuaca sangat panas, need something to cool me down..hehe..alasan, alasan..yeahh, we need, at least, one good reason to justify our action...lagi pun tak sempat breakfast pagi tadi..so, off to the basement car park.

dekat main entrance from Jalan 14/17

Jom masuk..disapa dengan 'Anyeonghaseyo'..yelahh, kedai Korea. Macam-kacam jenis bingsu, coklat, green tea. Order bingsu Cookies & Cream dan rice cake waffle. Diberi coaster ni...alat komunikasi di antara pelanggan dan penjaga kaunter..

Dan juga diberi sekeping kertas ni..cara-cara nak makan bingsu..step by step..


step 1 : take photo - *mesti*


tekan topping sampai ke bawah sambil tu pusing-pusingkan gelas

Ada juga video yang tunjuk cara-caranya.. 



OK, coaster dah vibrate, meh ambik food di kaunter..

the bingsu and the waffle

Snap photo dah, jom tekan dan putar..berselerak jugalah..pedulik..just want to enjoy the bingsu..

The verdict: Dua-dua sedap, the bingsu tak berapa manis. Walaupun single glass, tapi banyak, jenuh nak perabihkan, at last, tak habis juga. Rice cake waffle sangat sedap, ada ground walnut..terbaik..

Yang bestnya, ada disediakan air kosong, free flow, memang rasa mual sikit bila makan, so wash down dengan air kosong.

Total cost: RM27.35 inclusive 6% GST..

Ada promosi..'dessert in a pan'..choco n cheese...macam sedap..

 nyum..nyum..
               ---------------------------------------------------------------------------------------------
Tenants di Jaya Shopping Centre..OK juga..got everything for everyone..

 

Surau di Level 6..ceria in purple..


- check it out -

Wednesday, 25 February 2015

Balik kampung..hati girang..

Assalamualaikum..

Balik kampung masa cuti Tahun Baru Cina baru ni. Akhirnya, dapat juga makan ni..hajat terpendam sekian lama..

 Laksa telur goreng @ Laksa Pokok Limau, Kota Lama Kiri

Orang kuale baru sampai sini, orang luar dah sampai dulu..takpe, dahulukan orang jauh..hehe..

The verdict: Sangat OK, sedap..menepati citarasa..cuma telur goreng tu sedikit oily..

---------------------------------------------------
  Masa nak balik KL, mak buat ni...kuih lopes..daun pisang ambik kat kebun, buah kelapa kait kat pokok...bestnya, duduk kampung..

kuih lopes

kenapa dipanggil kuih lopes? entahlah macamana asal-usul nama ni..dari Portugis kot..teringat pula kat Diego Lopes de Sequeira...lepas tu Alfonso de Albuquerque..dah lama tak sebut dua nama ni..terpahat dalam lipatan sejarah Melaka 1511..history revisited..

----------------------------------------
  rakan sepejabat dilupa jangan, beli ni sebagai buah tangan..dapatlah merasa serba sedikit...walau secubit cuma..hehe..

 apam dalam daun pisang muda

Itulah saja..cerita makan-makan sempena cuti CNY..
ooo..balik kampung, hati girang..

Wednesday, 18 February 2015

Tangerines @ Mandariinid - Finale

OK, the final entry..

Keesokan harinya...di waktu pagi,di dapur rumah Ivo...

Margus merenung jauh ke arah tapak rumah dia. Masa ni kedengaran perkataan 'Allahu Akbar, Allahu Akbar' beberapa kali. Rupa-rupanya Ahmed sedang bersolat. Nika mengintai ke dalam bilik Ahmed.

barang-barang Margus di atas meja kecik tu, itu saja yang selamat

Ahmed keluar dari bilik, terus letak segumpal duit atas meja kecik depan Margus. Margus tanya duit apa ni?


Ahmed beri duit gaji dia sebagai askar upahan untuk Margus balik ke Estonia, tapi Margus menolak. 

--------------------------------------------------------

Nika dengan tapenya...hehe...filem ni tahun 1992, sebab tu masih ada lagi tape macam ni, sekarang dah semakin pupus..

Ahmed datang duduk depan Nika.

Ahmed beritau yang orang Islam menghormati agama lain. Nika pun cakap perkara yang sama.

 Ahmed tanya Nika mengenai dua orang askar Georgia yang terbunuh tu. Nika beritahu yang mereka bukan kawan rapat, bertemu untuk sama-sama berperang.


Ahmed beritau yang Ibrahim ibarat adik bagi dia..sob, sob..Nika minta maaf diatas kematian Ibrahim..

-------------------------------------------

Kayu api dah semakin kurang..Ahmed volunteer nak belah kayu api di luar. Sebelum keluar, sempat dia beritau Nika..


yeayy...dua-dua dah boleh memaafkan..

Setelah Ahmed keluar, Ivo tanya Margus, 'kenapa tak mahu terima duit Ahmed? Dia ikhlas nak bagi'..Margus tersedar, lalu keluar, join Ahmed belah kayu api.


Masa ni tinggal Ivo dan Nika di dalam rumah.


Ivo bertanya kenapa Nika selalu lihat gambar cucu dia. Nika jawab cucu Ivo tu sangat cantik, beri dia semangat untuk teruskan hidup..perghh..jadi motivasi..

Perbualan santai mereka diteruskan..Ivo bertanya, Nika ni kerja apa sebelum perang..


Pelakon teater..huhu..

Ivo ni memang fatherly and positive person..beri semangat pada Nika..


impian Ivo..nak tengok lakonan Nika di Tbilisi (ibu negara Georgia)..bersama Margus dan Ahmed..sama-sama bertepuk tangan..begini, begini..Nika ketawa riang..Ivo juga tersenyum..sambil menggayakan cara mereka bertiga bertepuk tangan..

Inilah happy moments dalam filem ni...full of hopes, full of joy..a breather..

Tapi keceriaan mereka cuma seketika, diganggu oleh bunyi kenderaan di luar.

ohh..no, askar Abkhazia yang datang..official, bukan askar upahan..

Ahmed yang entertain mereka. Ivo dan Nika mengintai dari dalam rumah. Nika dah kesan bahaya, lebih baik bersiap siaga, bertanya pada Ivo, dimana senjata-senjata dia dan Ahmed.


 Ternyata askar-askar ni lebih keras, takde toleransi..yelahh, di masa-masa genting, waktu perang, semuanya jadi suspicious..


Ahmed beritau dia orang Chechnya, datang bantu berperang bagi pihak Abkhazia. Margus pun cuba membantu.

Ketua askar ni tak percaya. Dia suruh Ahmed cakap Chechnya.


Ahmed bengang. Askar-askar lain menuduh dia orang Georgia dan nak tembak dia. Ivo keluar sambil menjerit beritau Ahmed berperang untuk Abkhazia.



Tapi dah terlewat. Askar-askar tu dah menghunus senjata pada Ahmed, tiba-tiba, ada tembakan bertalu-talu dari arah rumah Ivo.

 Nika selamatkan Ahmed, berbalas tembakan askar-askar Abkhazia. Ahmed dan Margus segera berlari ke arah bangsal di sebelah rumah Ivo, untuk berlindung. Nika campak senapang pada Ahmed, tapi Margus tak sempat berlindung, ditembak mati oleh askar Abkhazia.


Margus terbaring kaku di tepi Ahmed.

Bila tembakan berakhir, Nika keluar dari rumah, berjalan ke arah askar-askar Abkhazia yang terbaring di tepi jeep. Tapi malangnya, ketua askar tu belum mati lagi, tinggal nyawa-nyawa ikan, melepaskan tembakan pada Nika. Ahmed terperanjat, lalu tembak ketua askar tu.



Ahmed dan Ivo memeriksa keadaan Nika. Dia dah mati..huhu..sedih..


Dua kematian
-----------------------------------------------------
Ivo dan Ahmed buat keranda untuk pengebumian dua-dua sahabat mereka.


saat-saat sedih

Margus dikebumikan di dalam kebun limau dia.


Ivo nak kebumikan Nika di sisi anak dia..ohh..anak Ivo dah mati.


anak Ivo pun mati dalam perang.

Tapi yang bestnya..dialog ni..


sebarkan kasih sayang, hilangkan kebencian..

Ivo suruh Ahmed jawab pertanyaan tu - 'adakah itu membawa perbezaan'. Tiada - kalau ada pun, cuma dendam, benci, sakit hati..Ahmed merenung jauh, kemudian geleng kepala.

Giliran Ahmed pula bertanya..kalau dia yang terbunuh, adakah Ivo akan kebumikan dia di sini juga?

 Ivo jawab..'ya, tapi jauh sikit'..haha..berlainan agama..

Time to say goodbye...saat-saat sedih..


Ahmed bersalam dengan Ivo, kemudian tunduk cium tangan Ivo..really surprise..tanda sangat berterimakasih..yelahh..hal hidup dan mati..

 dalam jeep, Ahmed pasang tape yang Nika dok baiki selama ni..keluar lagu Georgia 'Qagaldis Navi' dinyanyi oleh Irakli Charkviani..sedap lagu ni..


perjalanan menuju ke Chechnya..

- The End -

Review from Patryk Czekaj, Contributing Writer at IMDb (source: www.imdb.com)
 
Tangerines is filled with many unexpected laughable situations and amusing taunts, but at the same time has some intense scenes that remind the viewer of the war that takes place off screen, and a few heartbreaking moments that may easily bring tears to one's eyes. But the most important aspect of the whole scenario is the bonding between all the characters. Under Ivo's watchful eye, the two enemies gradually become close to each other when they finally recognize the true power of compassion and kindness. It takes time, but after lots of insults and death threats the two men begin to see that prejudice against people is only a fictitious creature made by hatred and it can be quickly defeated by opening one's mind to new experiences.

The moralizing side of the whole story might seem simple, yet the way it's delivered through that really well-written script is imaginative and profoundly touching. By seeing the enormous change that the characters go through in those tough times, one might actually ponder the true meaning of humanity as a entirety, without any boundaries caused by such trivial matters as different nationalities, races or religions. It's actually quite fascinating to observe how universal the story really is, and how easily adaptable to all sorts of flash points in our hate-ridden world.

The premise is interesting, but the final effect is truly stunning. Honestly, I consider Tangerines to be the most captivating European feature I saw during Warsaw Film Festival this year and it should definitely be screened in more countries. By the time I finished the review, I knew that Zaza Urushadze won the festival's best director award, which is well deserved considering how his visionary approach to a hard and controversial topic made the movie an enormously enjoyable treat.

Jika ada kesempatan, silalah tonton filem yang hebat ni, diantara 5 filem nominated for Best Foreign Language Film di Golden Globe Awards and Academy Awards 2015Soundtrack nya pun best, very traditional.

OK, have a nice long weekend..happy holiday..