Monday, 30 March 2015

Mee Xinjiang

Assalamualaikum...

Mee xinjiang, anyone? Tak perlu ke Xinjiang, hehe..boleh makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli.


Apa yang menarik sajian mee xinjiang ni ialah datangnya dalam dua pinggan..terkejut juga. Satu mee kosong berkuah, yang satu lagi sayur dan daging berkuah juga. Tengok di dalam menu, macam kecik je. Sekali datang, tudia..banyak pulak kuahnya. Alhamdulillah, memang sedap dan mengenyangkan.

Mee Tarik Warisan Asli di PV128

- check it out -

Friday, 27 March 2015

98 Davey Rd, Birmingham..

Assalamualaikum..salam ceria, salam petang Jumaat...

Petang-petang ni, mengelamun sekejap. Bila dah on Google Maps, mulalah nak guna streetview, nak check-out..down the memory lane..


Dua tahun tinggal di sini, di 98 Davey Road, Birmingham...still the same..

the house
sebelum ke Malaysian Hall untuk sambutan Hari Raya


Lamunan terhenti..

Sunday, 22 March 2015

A Cool Retreat - the CPR

Assalamualaikum..semoga sihat, ceria-ceria selalu..

Cuaca panas lagi kan...Alhamdulillah, panas dan sejuk pemberian Allah..ada pekerjaan memerlukan cuaca panas, ada juga yang perlukan hujan..kan...

Jom kita sejuk-sejukkan badan, back to nature, bermesra dengan alam semulajadi..di CPR..Chongkak Park & Resort - Hutan Lipur Sungai Chongkak..di Ulu Langat, Selangor..


Bayaran masuk RM1.00 untuk sorang. Kalau bawa kereta masuk, bayaran lain pula. Kami park kereta di luar saja sebab dapat port yg dekat dengan entrance ni.

peta keseluruhan hutan lipur

piknik - ada disediakan gazebo berbumbung

orang semakin ramai

sungguh nyaman, redup dan sejuk beserta deruan bunyi sungai mengalir

Berjalan ke dalam lagi, wahh..di sini lagi best sungainya..

Gembira sungguh budak-budak melompat ke sungai dari jambatan tu
Disini banyak pokok-pokok hutan..yang ni pokok meranti..dua species..


overall, best juga CPR ni..tempat untuk lari dari kesibukan kotaraya...a cool retreat..