Friday, 7 August 2015

Rumah Sinar Salam

Assalamualaikum...Salam Jumaat..

Rumah Sinar Salam..pertama kali menjejakkan kaki di sini tahun 2010 untuk program di bawah NGO Perkim cawangan Sentul Timur. Sudah lama tidak berprogram di sini.

Rumah Sinar Salam memberi perlindungan kepada wanita-wanita penagih dadah, penghidap HIV dan pekerja seks yang ingin kembali ke pangkal jalan, memberi kaunseling, khidmat nasihat dan kemahiran hidup untuk memulakan fasa baru kehidupan mereka.

Dengan bantuan kewangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rumah Sinar Salam (mengambil sempena nama Yayasan Salam sebagai penaungnya serta memberi bantuan kepakaran dan pengurusan) membuka pintu pada 1 Dis 2007 khusus untuk wanita yang memerlukan bantuan pemulihan ini.

No. 6A, Tkt 1, Lorong Haji Taib 3, KL

Berprogram bersama Ustazah Norhafizah Musa



Bersama Ustazah Murshidah untuk kelas pengajian tengahari



Kelas Iqra'


Solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas

Bersama dengan penghuni Rumah Sinar Salam semasa Kelas Iqra' mengundang rasa pilu di hati, bertatih mereka belajar dari Iqra' 1, kagum dengan semangat mereka. Alhamdulillah, semoga mereka terus istiqomah. 

Kisah lampau mereka lupakan, buka lembaran baru dalam kehidupan..bumi mana yg tidak ditimpa hujan..kita semua hambaNya yang lemah..

Monday, 3 August 2015

Warung Maya - bersatu dengan alam

Assalamualaikum ..masih lagi cerita di Jalan Nipah, off Jalan Ampang. Sebelum ni entry Greenhouse by Muir..sebenarnya di Jalan Nipah ni, ada satu lagi tempat makan yang berkonsep 'hijau', benar-benar bersatu dengan alam...ni dia..Warung Maya, namanya..

dicelah dahan pokok

 so natural

Ni kali kedua saya singgah di warung ni..first time dulu dalam entry Makan Nasi. Kali ni pun makan nasi, sarapan merangkap makan tengahari di sini..

Dah lama rasanya tak jumpa gerai old skool macam ni.

Brunch

 Makcik Warung Maya sedang ambil daun pisang.

Memang banyak pokok pisang di sini. Tak lama lagi tiadalah pemandangan sebegini, kawasan ini akan dibangunkan dengan projek komersil. No more greens, ditelan arus pembangunan. Tinggal kenangan.

Thursday, 30 July 2015

Greenhouse by Muir

Terjumpa restoran ni semasa site visit di Ampang, Greenhouse by Muir..three-in-one..bakery, cafe and restoran..Japanese concept..



Evendough Cafe

Kuroshio Market..

tempat menyediakan sushi, sashimi dan yang sewaktu dengannya

scallop..sekeping RM31.80..huh!

fresh fish

Hot Market - jual nasi campur Japanese style
set ekonomi: nasi putih + miso soup (RM6.36 incl GST)
ada unagi, pollack, ayam teriyaki

beli takoyaki je..3 ketul RM4.34

dining area

Jom intai bahagian bakery pula


Di sini..Greenhouse by Muir, di Jalan Nipah

Penggemar Japanese foods..bolehlah food hunting di sini..