Assalamualaikum...Salam Jumaat..
Rumah Sinar Salam..pertama kali menjejakkan kaki di sini tahun 2010 untuk program di bawah NGO Perkim cawangan Sentul Timur. Sudah lama tidak berprogram di sini.
Rumah Sinar Salam memberi perlindungan kepada wanita-wanita penagih dadah, penghidap HIV dan pekerja seks yang ingin kembali ke pangkal jalan, memberi kaunseling, khidmat nasihat dan kemahiran hidup untuk memulakan fasa baru kehidupan mereka.
Dengan bantuan kewangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rumah Sinar Salam (mengambil sempena nama Yayasan Salam sebagai penaungnya serta memberi bantuan kepakaran dan pengurusan) membuka pintu pada 1 Dis 2007 khusus untuk wanita yang memerlukan bantuan pemulihan ini.

No. 6A, Tkt 1, Lorong Haji Taib 3, KL
Berprogram bersama Ustazah Norhafizah Musa
Bersama Ustazah Murshidah untuk kelas pengajian tengahari
Kelas Iqra'
Solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas
Bersama dengan penghuni Rumah Sinar Salam semasa Kelas Iqra' mengundang rasa pilu di hati, bertatih mereka belajar dari Iqra' 1, kagum dengan semangat mereka. Alhamdulillah, semoga mereka terus istiqomah.
Kisah lampau mereka lupakan, buka lembaran baru dalam kehidupan..bumi mana yg tidak ditimpa hujan..kita semua hambaNya yang lemah..