Assalamualaikum..bersua kembali..
Baru keluar dari hutan semalam, hutan tertua di dunia iaitu Taman Negara Pahang..2 hari 2 malam tanpa internet, bolehlah survive. Alhamdulillah, walaupun tinggal betul-betul di entrance Taman Negara, di tepi Sungai Tembeling dan Sungai Tahan - ada TV, whatapps pun ok juga, walaupun tenggelam timbul, dapatlah tahu apa yang berlaku di dunia luar..sedih dengan peristiwa malang yang berlaku di tanah suci Mekah..semoga mereka yang terlibat serta keluarga sabar menghadapi dugaan ini..
-------------------------------------------
OKlah, kita sambung kisah trip Chiang Mai, going to be fast track, sikit lagi nak habis..sambung kisah di hari kelima, hari Isnin, 24 Ogos 2015..
Hari ni tour special sikit sebab naik songthaew. Malam semalam dah buat booking, sebelum pukul 8.00 pagi, si merah dah sampai depan hotel..
inilah songthaew
boleh sewa untuk pergi tempat menarik di Chiang Mai
open air, takde air-cond
dalam songthaew - takde tingkap utk cakap dgn driver
nak bayar, kena turun, bayar ikut tingkap driver
nak turun, tekan loceng kat siling
Destinasi pertama kami ialah Bhubing Palace di Doi Buak Ha, atas sikit dari Doi Suthep. Bhubing Palace ni ialah winter palace untuk keluarga diraja Thai dan juga royal guesthouse untuk tetamu negara Thai.
HRH Queen Sirikit
Gambar Queen ni ada banyak di sekitar
Chiang Mai dan juga Chiang Rai
Doi tu maknanya gunung, bukit, dlm bahasa Thai. So, kawasan ni berbukit, macam naik Genting. Sebab awal pagi, suasana sejuk, berkabus. Doi Suthep lokasinya di barat Chiang Mai, sebelah kawasan Chiang Mai University.
Mula-mula driver tu stop di Wat Doi Suthep. Memang ramai tourist stop di sini. Rasa malas pulak nak melawat kuil-kuil ni, lepas tu kena mendaki tangga, so suruh driver tu pergi ke Bhubing Palace terus.
jalan kecik je (sebelah kanan)
sebelah kiri, jalan menuju ke pintu masuk istana
tiket masuk THB50 je
dibuka dari pkl 8.30 pg - 11.30 pg dan 1.00 - 3.00 petang
ditutup semasa royal visit, sekitar bulan Januari - Mac
Diberi satu pamphlet, dlm tu ada peta dan information mengenai bangunan dan kawasan di sini. Berpandukan peta tu, berjalanlah satu pusingan melawat kawasan istana.
mulanya disini
ada juga buggy yang boleh disewa
Bunga loceng
tong sampah pun diselubung bagi cantik
Bhubing Palace ni terkenal dengan garden yang cantik..memang teruja tengok bunga-bunga yang banyak dan menarik..
Gate to the Royal Path
Ruen Rab Rong (Royal Guesthouse)
dibina mengikut Thai modern style
the Bhubing Palace
Sampai disini, sapa yang jalan kaki kena corner masuk dalam kawasan hutan macam ni, yang naik buggy je boleh ikut jalan tar.
ok je, takdelah seram sangat
ada pavilion kat atas
selepas jambatan kayu ni, ada pokok Cherry Blossom
kena naik tangga ni pulak
dalam pamphlet, kawasan ni cantik sangat, dekat batas-batas tu
ada tanam pokok-pokok bunga, dibawahnya ada water reservoir yang ada musical fountain called "the Fountain of Celestial Water of People"
tapi masa pergi, reservoir tu ada, tapi musical fountain takde
garden di tepi reservoir
Royal Feast Pavillion
teak wood gazebo
duduk disini dulu, melepaskan lelah
diseberang jalan, ada gerai makanan
Ada lagi kat bahagian atas, ada Suwaree Garden (ros garden), log cabin, villa dan mansion, tapi kena mendaki ikut jalan tar, tinggi juga, dah tak larat, terpaksa skip tempat ni..tengok dalam website sajalah.
Rose Garden (source: Bhubing Palace)
Alhamdulillah, turun bukit untuk ke entrance
Berpeluh juga, exercise pagi, naik bukit, turun bukit..overall, berbaloi juga datang sini, nice place and nice garden.
Kemudian jalan-jalan di kedai-kedai dekat tempat parking, takde apa menarik, terus turun balik. On the way, driver tu stop lagi depan Wat Doi Suthep. Kali ni dia suruh kami tengok gerai-gerai di sepanjang jalan. Malas nak bantah, ikut je lah, turun juga tapi pergi ke sini..
orchid & jade factory
kat entrance, tengok ada jade showroom
tak jadi masuk, sbb malas nak tengok, sebab tak kan beli pun
Mendaki balik ke tempat parking songthaew, beritau siap-siap kat driver tu, nanti stop depan entrance Chiang Mai University, nak snap gambar. On the way turun, driver stop kat view point, untuk tengok aerial view Chiang Mai city.
Chiang Mai city
Chiang Mai University
OK, dah takde stop mana-mana lagi, direct to Sankampaeng, kawasan pelbagai industri di Chiang Mai. Khap kun kha..