Hola! Selamat Tahun Baru 2016.
Entry pertama tahun ni. Tahun baru tapi cerita lama. Trip singkat ke Alor Setar di awal Disember 2015. Bawa ibubapa ziarah adik di sana, sambil-sambil tu jalan-jalan ke tempat menarik. Adik pula cuti lama sebab cuti sekolah, dia cikgu. Dialah yang jadi driver-cum-tour guide.
Tempat pertama yang dilawati ialah Muzium Padi. Padi dan negeri Kedah memang berpisah tiada. Nama pun negeri Jelapang Padi Malaysia. Padi diproses menjadi beras, beras dimasak menjadi nasi - makanan ruji rakyat Malaysia.
Dua kali pergi sini, pertama kali pergi dah pukul 4.45 petang, muzium tutup pukul 5.00, tak jadi masuk, datang semula esok pagi. Muzium ni lokasinya di kawasan Gunung Keriang. Kat bahagian mana Alor Setar, entahlah..nak ke sini, kena lalu sawah padi yang terbentang luas.
Muzium Padi Alor Setar
Menarik bangunan muzium ni, bentuk seberkas padi berwarna keemasan. Di persekitaran ada pelbagai arca yang ada kaitan dengan sawah padi.
arca burung-burung bangau
membajak sawah
Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak pun dikenakan bayaran, tak ingat berapa.
harga dah naik dari RM3.00 ke RM5.00
Jom kita masuk. Mula-mula masuk sini - ke Puncak Gunung Keriang.
Kena naik tangga sampai ke atas (tingkat 3)..semput den.
Sampai diatas, perghh..terbentang luas pemandangan sawah padi dan suasana desa. Tapi jangan tertipu, jangan terpedaya..ini semua lukisan saja.
Boleh duduk di bangku-bangku yang disediakan sambil menikmati pemandangan lukisan ni, lantai akan berpusing. Tapi lambat sangat pergerakan lantai tu, lebih baik berjalan sendiri. Takde apa di atas ni, cuma lihat lukisan ni saja.
damainya suasana
Dah habis, jom turun untuk sesi lawatan seterusnya. Mengenali padi dengan lebih dekat lagi. Setiap hari makan nasi, jom kenali apa yang kita makan. You are what you eat...hihi..
struktur padi
ada embryo, endosperm
kisah dalam Sejarah Melayu
kisah Wan Empuk, Wan Mailini
dari padi dibuat tepung, dari tepung dibuat kuih
kuih sepit/kapit, peneram, kuih bulat2 tu ntah panggil apa
Ada pameran jenis-jenis padi dari negara-negara seluruh dunia - di semua benua - Asia, Afrika, America, Eropah. Dahsyat padi ni, majoriti seluruh negara di dunia ada tanam padi.
kita makan nasi dari padi apa ya??
Kemudian turun ke tingkat basement, ada A-Z mengenai padi - dari proses menanam hinggalah penyimpanan padi. Memang menarik, berinformasi. Di sini ada kedai souvenir.
jenis-jenis padi
bahasa kerbau
tempat simpan padi
Gurindam
Memang menarik muzium ni, sila masukkan ke dalam itinerari anda jika berkunjung ke Alor Setar. Highly recommended.
selamat tinggal
ini Gunung Keriang yang sebenarnya
betul-betul berhadapan dengan Muzium Padi
Bila tengok padi, tengok nasi, teringat pada perit jerih keringat seorang petani, bergelumang dengan tanah demi sebutir beras yang kita makan.
Teringat pada tema teater 'the Mist' yang ditonton di Ho Chi Minh - "Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls. Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." Samalah juga di sini - di negeri Jelapang Padi.