Hola! Selamat Tahun Baru 2016.
Entry pertama tahun ni. Tahun baru tapi cerita lama. Trip singkat ke Alor Setar di awal Disember 2015. Bawa ibubapa ziarah adik di sana, sambil-sambil tu jalan-jalan ke tempat menarik. Adik pula cuti lama sebab cuti sekolah, dia cikgu. Dialah yang jadi driver-cum-tour guide.
Tempat pertama yang dilawati ialah Muzium Padi. Padi dan negeri Kedah memang berpisah tiada. Nama pun negeri Jelapang Padi Malaysia. Padi diproses menjadi beras, beras dimasak menjadi nasi - makanan ruji rakyat Malaysia.
Dua kali pergi sini, pertama kali pergi dah pukul 4.45 petang, muzium tutup pukul 5.00, tak jadi masuk, datang semula esok pagi. Muzium ni lokasinya di kawasan Gunung Keriang. Kat bahagian mana Alor Setar, entahlah..nak ke sini, kena lalu sawah padi yang terbentang luas.
Muzium Padi Alor Setar
Menarik bangunan muzium ni, bentuk seberkas padi berwarna keemasan. Di persekitaran ada pelbagai arca yang ada kaitan dengan sawah padi.
arca burung-burung bangau
membajak sawah
Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak pun dikenakan bayaran, tak ingat berapa.
harga dah naik dari RM3.00 ke RM5.00
Jom kita masuk. Mula-mula masuk sini - ke Puncak Gunung Keriang.
Kena naik tangga sampai ke atas (tingkat 3)..semput den.
Sampai diatas, perghh..terbentang luas pemandangan sawah padi dan suasana desa. Tapi jangan tertipu, jangan terpedaya..ini semua lukisan saja.
Boleh duduk di bangku-bangku yang disediakan sambil menikmati pemandangan lukisan ni, lantai akan berpusing. Tapi lambat sangat pergerakan lantai tu, lebih baik berjalan sendiri. Takde apa di atas ni, cuma lihat lukisan ni saja.
damainya suasana
Dah habis, jom turun untuk sesi lawatan seterusnya. Mengenali padi dengan lebih dekat lagi. Setiap hari makan nasi, jom kenali apa yang kita makan. You are what you eat...hihi..
struktur padi
ada embryo, endosperm
kisah dalam Sejarah Melayu
kisah Wan Empuk, Wan Mailini
dari padi dibuat tepung, dari tepung dibuat kuih
kuih sepit/kapit, peneram, kuih bulat2 tu ntah panggil apa
Ada pameran jenis-jenis padi dari negara-negara seluruh dunia - di semua benua - Asia, Afrika, America, Eropah. Dahsyat padi ni, majoriti seluruh negara di dunia ada tanam padi.
kita makan nasi dari padi apa ya??
Kemudian turun ke tingkat basement, ada A-Z mengenai padi - dari proses menanam hinggalah penyimpanan padi. Memang menarik, berinformasi. Di sini ada kedai souvenir.
jenis-jenis padi
bahasa kerbau
tempat simpan padi
Gurindam
Memang menarik muzium ni, sila masukkan ke dalam itinerari anda jika berkunjung ke Alor Setar. Highly recommended.
selamat tinggal
ini Gunung Keriang yang sebenarnya
betul-betul berhadapan dengan Muzium Padi
Bila tengok padi, tengok nasi, teringat pada perit jerih keringat seorang petani, bergelumang dengan tanah demi sebutir beras yang kita makan.
Teringat pada tema teater 'the Mist' yang ditonton di Ho Chi Minh - "Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls. Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." Samalah juga di sini - di negeri Jelapang Padi.
SEMANGAT PADI KEKAL DIJIWA PESAWAH PADI XKIRA DI MANA...KAK NI ORG KEDAH JUGA TAPI XPERNAH SAMPAI KE MUZIUM PADI DI GUNUNG KRIANG NI..TERPESONA MANDANG SAWAH PADI YG TERBENTANG INDAH KAN...DAMAI JIWA.
ReplyDeletejalan ke muzium ni penuh dgn sawah padi terbentang luas, damai je mata memandang..
DeleteKak... tahun ni tahun melawat kedah.
ReplyDeleteDiscover Kedah 2016
jom..melawat Kedah..pi Langkawi..
DeleteHehehe... saya tak pernah masuk lagi museum ni, walaupun dekat saja kalau nak pi skodeng situ. Nice review sis ;3
ReplyDeleteNanti bulan 5 ni kalau ada mai utara lagi, lajak mai perlis sekali sis, beli harumanis di ladang harumanis bukit bintang ;3
orang jauh dah sampai..hihi..
Deletepelam harumanis..sedap tu, kalau dah sampai KL, melambung-lambung harganya, beli kat ladang murah kot harganya..
kalau kat kl tu memang dah dilambung harganya ke tahap yang melampau, sepatutnya sekilo (ikut gred masing-masing) range between RM25-30 saja, sepatutnyalah... tapi untuk tahun ni tak pasti lagi berapa harganya, huhuh...
Deletemy sis ada order kt ofismate dia (org Perlis), about RM22 sekilo tahun lepas..oklah kan harganya..
DeleteOoh, ok sangat la tu dapat RM22/kilo sis. Beli kat kenalan yang ada tanam harumanis sendiri, boleh dapat harga around that ;3
Deletebeli kt kebun, katanya..sampai KL, dah kecut..tapi dptlah mkn..huhu..
DeleteLupa nak wish, Happy New Year 2016 sis! X3
ReplyDeleteHappy New Year to you too, plain..
Deleteaduh rindu kampong halaman kaknoor lah nohas bola tengok jelapang padi malaysia ni huhu ..
ReplyDeletemai balik kpg..
DeleteSalam 2016,thinking of you nohas. Saya belum pernah ke muzium padi.menarik, educative kan
ReplyDeleteSalam 2016. Memang sangat berinformasi muzium ni, kalau ke Alor Star, kena singgah sini..
DeleteMenarik muzium padi ni wajib singgah jika.ke kedah.Lagi pun bayaran masuk tak mahal.akak suka bahagian atas tengok lukisan tu..macam real
ReplyDeletebetul tu, memang kena singgah kalau ke Kedah, bayaran pun reasonable. Mula2 tu ingat betullah pemandangan sawah padi..hihihi..memang menarik konsepnya..
Deleterupanya byk negara yg tanam padi . nasib baik ada entry ni . klu x mmg tak tahu ... rasanya , china dan jepun pun ada juga kan ...
ReplyDeleteseluruh dunia ada tanam padi, ada jg dipamerkan di sini, cuma tak ambik gambar je..China dan Jepun pun ada..
DeleteAs/kum nohas. Selamat Tahun Baru.
ReplyDeleteSaya pun teringin nak melawat muzium padi ni... tapi tak pernah lagi berkesempatan. Bukan apa... saya suka jalan menuju ke muzium ni... suasananya... sawah padi yang luas terbentang mengingatkan saya zaman kecik2 dulu.
Waalaikumussalam..Selamat tahun baru, Sweetie..
DeletePemandangan menuju ke muzium ni memang menarik, tenang, aman damai dengan sawah padi terbentang luas, cantik sungguh..lupa nak snap gambar..
Selamat tahun baru 2016. Rupanya padi pun banyak jenis ye. Tak tau pulak. Tenguk lukisan tu cantiknya.. macam real je.
ReplyDeleteJom jom pegi langkawi lagi... hehehehe n3 yang ado pun tak habis lagi
Selamat tahun baru 2016. Banyak jenis padi ni, yg kita jumpa dah diproses menjadi beras...first time tu ingatkan real pemandangan sawah padi..nampak real..
DeleteTahun melawat Kedah..jom pi Langkawi..tengok akak gi, bestnya JJCM..
Selamat Tahun Baru 2016 kak Nohas...yang JM tahu mkn beras Jasmine Super 5 je...kalau tanya mkn jenis padi yg mana mmg fail
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru, JM..
DeleteRasanya ramai yg tak tau jenis2 padi ni, bila dah jadi beras, nampak sama je..kecuali beras panjang, beras siam..
selamat tahun baru 2016
ReplyDeleteselamat tahun baru..
Deletecantik lukisan kat muzium tu,very informatif,orang melayu ada sejarah yang panjang dengan penanaman padi,tapi sekarang banyak tapak sawah yang dah bertukar dengan ladang kelapa sawit...masa kecik dulu rajin ikut atuk nenek ke bendang,seronok zaman tu...sekarang dah takda,sedihh..
ReplyDeletebyk dapat dipelajari ttg padi di sini, kt Kedah, tengok masih banyak lg sawah..kelapa sawit mudah nak jaga kot..
Deletebestnya, ada sawah padi, saya takde pengalaman dgn bendang...huhu..
happy new year kak =D
ReplyDeletepenah lalu sini tapi tak singgah.. hehe..
menarik juga dalam dia.. ada banyak lukisan2 tu CT suka jugak..
happy new year, Siti..
Deletebest muzium ni, very informative..orang utara kena singgah ni..
biasa tu harga naik.. sekrang serba serbi naik kan..
ReplyDeletexpe masih ok harga tu.. support tourism kita cewah =P
ok harga tu..ya, betul tu, support local tourism..
DeleteKakak sebenarnya baru tahu tau di Kedah ada Muzium Padi mcam ini
ReplyDeleteTengok lukisan tu memang mendamaikan. Tapi rasanya sekarang suasana tu dah tak ada lagilah kakak rasa.
saya pun baru tau juga...hihi..lukisan tu memang mendamaikan..ada lagi kak, kawasan nak masuk muzium ni, terbentang luas sawah padi..sungguh damai, kalau padi menguning, mesti cantik viewnya..
DeleteSelamat tahun baru Nohas...(hope masih x terlambat)
ReplyDeleteBaru tau ada muzium padi
Selamat tahun baru..still early January..
Deletesaya pun baru tau..hihi..
selamat mlm nohas.
ReplyDeleteselamat petang kak PI..
DeleteSelamat Tahun Baru 2016 Nohas..
ReplyDeleteNanti gi juga Muzium padi ni..
Nampak menarik..
Selamat Tahun Baru, Nur Hayati..
Deletehighly recommended tuk pergi melawat muzium ni..banyak info ttg padi..
tutup kol 5ptg, bukak kol brape pulak mkcik bukit? Cum on - timekaseh dlm bhs Vietnam., ;p
ReplyDeleterasanya bukak pukul 8.30 pg..sama2 wak..
Delete