Alhamdulillah..selesai sudah episod jiwa kacau, pecah kepala dengan kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kejar report dari branch, dah organise semua, tunggu nak release report pada klien saja. Sekarang ni episod nak menjawab soalan auditor pula dan juga menanti gelombang kedua untuk akaun yang berakhir 31 Mac. Tapi gelombang kedua ni taklah seteruk gelombang pertama yang berakhir 31 Disember. Hopefully..
Sementara gelombang kedua ni belum bermula, jom kita release stress di Berjaya Times Square. Takyah pening-pening kepala nak drive, trafik jem, nak parking segala, kita naik monorel je, turun di stesen Imbi..and off to BTS.
monorail baru..masih berkilat
Berjaya Times Square dari sisi belakang
snap gambar ni semasa ada kerja di Jalan Pudu
Ada apa di Berjaya Times Square? ada indoor theme park...memang sesuai untuk stress reliever...hihi..
naik yang ni
puas menjerit, rasa macam nak tercampak keluar je
laju sungguh..
yang ni tak naik, anak saudara je naik
terbalik upside down..
bang, bang, bang - bump cars
merry-go-round..layan 'the child in us'..hihi
bahagian kanak-kanak
Ada roller-coaster juga tapi tak naik...gerun tengok route sampai ke cucur atap. Dah bergumbira di theme park, jom kita main piano pulak. Piano Gergasi. Main dengan kaki..
Info tentang piano
ini pianonya
pijak-pijak dengan kaki, akan keluar bunyinya
Di bahagian bawah piano, ada petak-petak bendalir ni, bergerak-gerak benda ungu ni bila dipijak..ralit memijak..
kanak-kanak suka bebenor
Dah letih, perut pun berkeroncong minta diisi, jom cari makan pulak. Jalan-jalan jumpa cafe yang menarik ni - Wawan Cafe
dibina dengan recycle wood
gaya rumah tradisi Melayu
Tapi kami tak makan di sini, makan di tempat lain. Hari yang letih but fun. Till then..happy Monday..