Malam-malam makan nasi lemak...pukul 11 malam pulak tu...huhu..memang menambah lemak..
Apakan daya..cravings for nasi lemak memalam buta..stress kerja kot, aritu balik ofis pukul 11.00 malam sebab temankan member ofis. Semasa berjalan ke kereta, rasa lapar pulak..tak dinner lagi. Member pun belum makan, dia buka puasa minum air je...tiba-tiba teringat nasi lemak bungkus di Kampung Baru..jom, jom...lupakan masa..
Masih ada lagi nasi lemak seringgit...sedap pulak tu..nama kedai ni Nasi Lemak CT Garden, di sebelah Kelab Sultan Sulaiman. Depan sekolah rendah Kampung Baru.
Dah lama kedai ni beroperasi, berpuluh tahun rasanya. First time datang makan di sini dalam tahun 2006-2007, ini baru jejak kembali. Itupun ragu-ragu juga, masih ada lagi ke idok kedai ni, Alhamdulillah, masih wujud lagi. Tak perlu ragu-ragu, sayang..Kedai ni dibuka pukul 4.00 petang, tutup 4.00 pagi, memang cater untuk makan malam saja..
ambik nasi lemak bungkus seberapa banyak yang anda suka
bergerak ke bahagian lauk-pauk...perghh..banyaknya pilihan
bertray-tray, menunjukkan ramai pelanggan
semua ada - paru, kerang, ayam, daging, ikan, telur
sambal telur puyuh, rendang ayam
paru goreng & sambal tempe kacang
ikan keli goreng pun ada
pilihan kami - sambal kerang & telur mata kerbau je
the nasi lemak...enak banget!!
takde lauk tambahan pun sedap nasinya
Memang ramai pelanggan pelbagai bangsa bertali arus datang makan, beli bungkus, walaupun masa menghampiri detik 12.00 malam. Bukan senang nak cari nasi lemak RM1.00 zaman ni di KL, yang jual tepi jalan pun, nasi lemak kosong paling minima RM1.20 - RM1.50 sebungkus..
Recommended pada yang mencari nasi lemak yang murah dan sedap. Waktu niaga pun panjang, sampai kul 4 pagi. Kot-kot mengidam nasi lemak pukul 4 pagi, bolehlah ke sini ya..Jom, jom...ppali ppali..