Ada urusan di Majlis Perbandaran Kajang, ternampak risalah ni..
Program Kebun Komuniti.
Selama ni biasa dengar dewan komuniti, kolej komuniti, ni ada pulak kebun komuniti. Jom, edisi siasat.
Kebun Komuniti - program gotong-royong mengusahakan kebun sayur secara halal, bukan secara haram meneroka tanah kerajaan.
Kebenaran hanya diberi kepada Jawatankuasa Penduduk (kena lengkapkan Borang MPKj/JPP/LL-01). Tak boleh individu yang mohon, kena melalui Jawatankuasa Penduduk. Hasil tanaman dikongsi bersama mereka yg setuju terlibat dan tidak boleh dijualbeli.

Sesuai dengan objektif program ni, iaitu
- Untuk kegunaan sendiri dan komuniti (bertukar-tukar hasil tanaman dengan jiran tetangga)
- Mempertingkatkan semangat kekitaan di kalangan penduduk melalui pendekatan bergotong-royong dan bantu-menbantu dalam menjayakan program.
Macam best je program ni..boleh jadi pekebun kecil, tapi balik kerja pun time bulan bersinar, camner nak berkebun..main farmville je lahh..atau guna kaedah hydroponik...paling senang beli kat pasaraya..hihi..
OK, meh kita tengok apa lagi syarat Kebun Komuniti ni..
Kawasan Bercucuk Tanam
- dikawasan yg dibenarkan sahaja dan tidak menghalang laluan awam
- laluan selebar 1 meter untuk ke plot teres dan diantara plot
- kawasan cerun dan berbukit tidak digalakkan kerana menyebabkan hakisan dan kegagalan cerun
- jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan pokok yg tingginya tidak lebih dari 3 meter
- yang popular jenis ni..
Jenis dedaun
Jenis buah dan kekacang
Jenis umbisi
Lain-lain syarat:
- digalakkan guna baja organik dan kompos; baja kimia tidak digalakkan
- racun kimia tidak dibenarkan
- Larutan Minyak Neem (semambu) (Neem Oil)
- Larutan Bawang Putih dengan sabun
- Micro Organism (MO) yang dibenarkan (contohnya BT)
- kawalan penyakit secara mekanikal dan kultural seperti teknik pengawalan kitaran kehidupan (Life Cycle) digalakkan (tak faham..)
Akhir sekali, untuk pengairan, kalau boleh guna air hujan yang ditakung dan haiwan ternakan tidak dibenarkan dalam kawasan kebun....kalau ada yang nak bela ayam, kambing..it is a no-no..
Menarik tak kebun komuniti ni? Kalau menonton program Korean Cuisine & Dining, selalu juga nampak kebun komuniti masyarakat Korea di luar bandar...
Yang ni untuk Daerah Ulu Langat, tak taulah majlis daerah/perbandaran yang lain ada buat program Local Agenda 21 ni...ke cuma sesuai di kawasan2 bandar yang kekurangan tanah..
Berbudi pada tanah, in shaa Allah, akan dapat hasilnya. Boleh jimat duit dapur, dapat sayuran yang segar dari kebun, yang lebih sihat, tiada bahan kimia..
Dah ada ke yang buat kebun macam ni? curious juga nak tau..berjaya ke idok, nak gi melawat..hihi...kena tanya MPKj ni..